Isnin, 17 Disember 2012

BAKSO INDONESIA TIDAK HALAL??

SEDAP....Satu daripada spesis BAKSO 

Didakwa Bercampur Daging Babi

SEBELUM ini penulis ada memaparkan bisik-bisik kononya makanan kelahiran Jepun, "sushi",  yang dijual di AEON Bandar Seri Manjong, Perak, dikatakan tidak halal  di sini. Diharapkan pihak berkenaan telah membuat siasatan terhadap kesahihan dakwaan tersebut.
            Manakala, di Indonesia Harian Metro keluaran 15 Disember, 2012 pula menyiarkan berita bahawa makanan tradisional Indonesia khususnya di tanah Jawa iaitu Bakso didakwa rencahannya terdiri daripada daging babi.
            Menurut berita tersebut pengusaha runcit makanan Bakso ditipu oleh pembekal bahan-bahan hidangan tersebut dengan menggunakan daging babi yang dilumur dengan darah lembu bagi mengabui peraihnya. Perbuatan itu dilakukan kerana kononya harga daging lembu semakin mahal berbanding babi berikutan langkah kerajaan Indonesia mengehadkan import daging lembu sebagai menjaga kepentingan penternak tempatan. Baca di sini
            Oleh itu, kepada mereka yang kerap melancong mahupun  melencong ke Indonesia, supaya berhati-hati terhadap sebarang pemakanan di sana.
            Syukurlah, kerajaan Malaysia amat prihatin serta sentiasa menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini di mana penguatkuasaan dan pemantauan berterusan sentiasa dilakukan oleh pihak berwajib bagi memastikan makanan halal di negara ini sentiasa terjamin.
            Hendaknya, tidak akan ada, sama ada sekarang mahupun pada masa akan datang usaha-usaha daripada pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab yang cuba-cuba untuk menodai dasar makanan halal di negara ini.
            Justeru, kerja keras daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kes ini amat disanjung dan umat Islam di negara ini seharusnya mengucapkan syukur serta berterima kasih kepada kerajaan. Setakat ini, makanan yang halal dan tidak halal di negara ini jelas terpamer bagi memudahkan orang-orang Islam menggunakannya.


Jagindas: Memang tidak minat makan bakso...tapi suka 'tembakau jawa'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.