Masihkah Ada Melayu Percayakan DAP??
DARI ATAS KIRI: Tunku Aziz, Karpal Singh, Kit Siang dan Guan Eng
KEPUTUSAN Pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat
(CEC) parti DAP baru-baru ini yang akhirnya memperlihat tiada satu pun orang melayu
menganggotai jawatankuasa itu sekali gus membayangkan orang melayu di sisi DAP umpama
melukut di tepi gantang. Malah, kedudukan orang melayu yang beria-ia mendokong
perjuangan DAP itu samalah ibarat "hidung tak mancung pipi
tersorong-tersorong".
Bertuahlah
kalau DAP benar-benar merasa terkilan dengan ketiadaan orang melayu dalam CEC
mereka. Bertuahlah kalau DAP khsususnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, begitu kesal
kerana tiada seorang pun melayu terpacul dalam CEC itu. Bertuahlah kalau DAP
benar-benar kasih sayangkan melayu!
Bagi
penulis, keputusan tersebut sememangnya dirangka dan di atur-atur begitu.
Penulis dapat merasakan perkara ini akan berlaku sejak Bekas Naib Pengerusi
DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim, tiba-tiba keluar DAP lantas menyanggah perjuangan
parti demokrat itu terus-terusan hinggalah sekarang.
Banyak
rahsia dan cerita-cerita disebalik tabir telah dihamburkan oleh Tunku Aziz.
Kalau selama ini cerita-cerita sedemikian kita bercakap atas sifat barangkali,
mungkin atau agaknya, namun selepas pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh
Tunku Aziz itu, maka benarlah akan sedemikian itu perangai dan hati perut DAP.
Penulis
percaya, berdasarkan pengalaman inilah DAP memang tidak lagi mempercayai melayu
dalam"kabinet" partinya. Tentunya usaha secara senyap tetapi penuh santun
telah dibuat sebelum pemipihan CEC yang baru ini bagi memastikan melayu itu
semacam dihargai tetapi tidak diperlukan! Ternyata, semuanya kecundang secara
terhormat.
Karpal
Singh yang sebelum ini digemparkan dengan ura-ura ada gerakan atau komplot
untuk menjatuhkannya ternyata meleset selepas terus menggungguli kepercayaan
DAP sebagai pengerusinya.
Penulis
percaya dengan jangkaan Tunku Aziz bahawa Karpal juga akan menerima nasib yang
sama seperti beliau. Tetapi bukan sekarang. Sebab itu, bagi meyakinkan Karpal,
masih ada tiga wakil India yang mendapat tempat dipemilihan CEC terbaru itu.
Memang diatur-atur, kan? Kalau wakil india boleh ada, bagaimana pula tiada
seorang pun wakil melayu?
Penulis
percaya, Karpal juga akan terduduk selepas ini dan tidak akan kembali berdiri
seperti terduduknya beliau di kerusi rodanya sekarang. Lantas, akan
terserlahlah bahawa wadah DAP hanyalah untuk Cina.
DAP
sudah melihat jauh kehadapan. Negara semakin maju, bererti bandar-bandar baru
akan terus muncul. Jadi, semakin banyak bandar baru yang dibuka maka semakin
ramailah orang cina yang menjadi pemastautin bahkan "pemilik" mutlak
bandar berkenaan. Kerana, orang melayu tidak mampu membangunan bandar berikutan
ketidak mampuan mereka memiliki bangunan
kedai-kedai dibandar. Majoriti orang melayu hanya mampu menjadi pemeriah bandar
.
Dengan
kata lain, orang cina adalah pemilik unggul ekonomi di negara ini. Orang melayu
pula dilihat DAP hanya bijak berpolitik dan pada masa sama di kelompok utama
mereka juga seperti di kampung dan di pinggir bandar orang melayu suka
berpecah. Malah, DAP turut melaihat orang melayu juga mudah untuk dipecah
belahkan selagi PAS yang menjadikan agama sebagai senjata politik mereka.
Sesungguhnya, penulis peracaya DAP berdoa siang dan malam agar PAS dan UMNO
tidak akan bersatu buat selama-lamanya.
Apapun
natijahnya, DAP sedar di suatu masa nanti mahu tidak mahu persempadan politik
terhadap kawasan-kawasan pilihanraya akan tetap dan terpaksa berubah. Dan, mereka
percaya dikala itu ruang orang DAP mencelah semakin cerah dan terbuka luas.
Percayalah,
mereka (DAP) tidak pernah dan tidak akan berputus asa dalam memperjuang untuk
memiliki negara ini. Sejarah pemerintahan komunis selama 14 (empat belas) hari
pada tahun 1948 masih terpahat di sanubari mereka dan mereka percaya dan yakin,
satu permulaan telah bermula hanya menunggu ketika yang baik untuk menjadi
nyata.
Justeru,
orang melayu hendaklah menyedari hakikat antara perjuangan DAP yang mahu
menguasai sepenuhnya negara ini dengan perjuangan UMNO yang mahu mengekalkan
kuasa serta hak-hak orang melayu tanpa mengganggu hak-hak orang lain.
Kerakusan
DAP bukan sekadar menguasai negara namun penulis percaya bahawa mereka juga akan
terus mencabul segala apa yang ada pada orang melayu ketika ini termasuk
raja-raja melayu serta kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara
sekarang. Memang benar DAP bukan Isreal tetapi penulis percaya dia banyak
belajar daripada tingkah laku dan pemikiran Israel.
Banyak
sudah fatwa dan tikaman-tikaman lidah PAS sebelum ini kini telah memakan diri
mereka sendiri. Tetapi, sebagai kaum yang degil dan angkuh, mereka tidak akan
mengakuinya dengan membina pelbagai sebab mursabab lain sebagai jalan menafikan
atau mendahaifkan tindakan terdahulu. DAP sedar perkara ini dan mereka melihat
ia sebagai satu kelamahan yang amat besar kepada parti PAS yang sekaligus memberi
ruang ia menjadikan PAS sebagai kuda perang untuk merobohkan masa depan institusi
melayu. (Tun Mahathir telah menyentuh serba sedikit isu lidah PAS memakan diri di sini)
Justeru,
kepada semua orang melayu, berpandang jauhlah kehadapan secara melebar terhadap
negara yang akan diwarisi oleh anak cucu kita yang sedang membesar hari ini.
Demikian juga kepada parti-parti kompenan lain terutama MCA , Gerakan dan
MIC, jujurlah dalam kesepakatan sedia
ada dengan bertunggakan dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Bukan bererti
mengalah atau menjadi kelas kedua atau ketiga tetapi demi menjadikan negara ini
terus aman damai, sejahtera, maju dan selesa buat semua rakyat di dalamnya.
Hanya dengan rahmat itu, kita akan bebas begerak, beribadat, menjalankan
aktiviti ekonomi serta mampu bersaing secara santun dipersada dunia
antarabangsa atau apa yang pantas disebut sekarang sebagai merentasi dunia
global tanpa sempadan.
Banyak
sudah yang kita lihat yang kita baca betapa mudahnya merobohkan sesuatu
institusi namun lihat pula bagaimana pula sukar untuk membangunannya semula.
Kita telah diberikan ilmu dan akal fikiran, namun jangan biarkan nafsu
mengheret kebesaran ilmu dan ketajaman akal kepada peradaban yang sundal.
Jagindas: Masih ada
rakyat yang sudah lupa menyanyikan lagu Negaraku...
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.