Kata apek... INILAH KERAJAAN 'TIMBANG' |
Timbang tu Dacing La Kawan..
Cerita perbualan penulis dengan Ah Kong di Seremban semalam:
Dialog asal:
"Sikalang
ha, ini gomen timbang banyak Bagut. Dulu punya manyak teluk. Butut cakap.
Sikalang timbang banyak tolong olang. Itu timbang manyak tolong sama melayu,
tapi cina india pun dia tolong juga ma..Tapi itu cina ha, cakap pusing-pusing
kata gomen mau bengkelap. Lagi cakap mau uni-uni itu wang kasi mau beli itu
uni.
"Hai
ya! Manyak cakap. Lu mau angkat, angkat la. Tak mau kalu tak payah angkat ma.
Itu uni ha, sapapun tak tau. Lu sukak la. Sendili mahu ingat oo.. Lu pigi sana
klinik (dia tunjuk klinik swasta) talak RM50 jangan masuk wo. Sana gomen baru RM1
ubat pun sama. Ini macam talak baik ka?"
Penulis: apa itu gomen timbang?
Apek: Lu tak tau ka? (dia menunjukan
isyarat dacing..)
Penulis: Ooooo...Kerajaan BN la.. Barisan Nasional, la apek..
Apek: BN? Sekarang baru dengar cakap BN! Cina cakap timbang
[hahahahahaha..., ini macam punya olang
pun ada ooo!]
Susun Bahasa Semula:
Kerajan Barisan Nasional (BN) sekarang sudah cukup bagus.
Sebelum ini memang teruk. Saya cakap betul. BN sekarang banyak menolong rakyat.
.. Kerajaan BN memang banyak membantu orang Melayu. Pun begitu, BN juga banyak
membantu orang cina dan india. Tapi masih ada orang cina (mungkin dia rujuk kepada DAP) yang cakap berpusing-pusing
menuduh kerajaan BN akan bengkrap. Ada pula yang kata kerajaan bagi duit sebab
mahu beli undi (mungkin dia rujuk kepada BR1M).
Ai ya! Cakap banyak pulak. Kalau awak nak ambil, ambillah.
Kalau tak mahu, tak payahlah ambil. Masa mengundi nanti siapapun tidak tahu.
Suka hati awaklah nak pilih siapa. Tapi, kena fikirlah baik-baik. (Dia menyebut
Contoh): Kalau awak pergi ke klinik sana (sambil menunjuk sebuah klinik
swasta), kalau tak ada RM50, awak tidak boleh jumpa doktor. Tetapi di klinik
kerajaan, baru RM1 kita akan dapat rawatan dan ubat yang sama. Kalau sudah
macam ini, kerajan BN tidak baik lagikah?
Apabila penulis bertanya mengapa DAP masih
kata kerajaan tidak betul dan perlu tukar selepas PRU13, apek itu menjawab: DAP
memang suka mengelirukan fikiran orang ramai sebab katanya DAP mahu memerintah
negara. Itu saja, katanya.
Jagindas: Kalaulah
majoriti cina di Malaysia sekarang macam apek yang penulis temui di Seremban
semalam, apa-apa PRU pun beres!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.