PATI Hiburan Perlekeh Karya kita
MEMBACA perang maya antara Presiden Persatuan
Seniman Malaysia (PSM), Zed Zaidi dengan pelakon sexy Indonesia, Julia Perez
(Jupe), menarik perhatian penulis terhadap beberapa perkara berkaitan dengan
dunia perfileman kita termasuk produk sinetron atau drama-drama keluaran anak
tempatan. Kisahnya klik di
sini
Pertama: Isu pelakon datangan
haram atau pendatang tanpa izin (pati) hiburan (istilah penulis sendiri) yang
begitu senang mencari makan di sini yang kononnya diberi layanan kelas pertama
dengan bayaran yang lumayan.
Penulis
ucapkan syabas kepada Zed selaku Prsiden Persatuan Seniman Malaysia (PSM) yang
sensitif terhadap isu seperti ini demi menjaga martabat anak seni tempatan dan
dunia seni negara serta marwah negara berdasarkan kehadiran mereka itu
melanggar peradapan negara dari sudut mencari rezeki.
Pada
sangka penulis sebelum ini, negara hanya menghadapai masalah pendatang haram
atau lembutnya di sebut pendatang tanpa izin (pati) yang lazimnya berkerja sebagai
buruh, rupa-rupanya pendatang haram juga turut menyelinap dalam dunia hiburan
tanah air. Justeru, Seniman dan Finas wajar bertindak segera terhadap isu ini
termasuk mereka yang terbabit membawa masuk mahupun bersubahat dalam
menguruskan kemasukan pati hiburan
ini.
Kedua:
Sudahlah datang dan mencari rezeki atas tiket pati hiburan, tak sedar diri pulak sehingga sanggup dengan
angkuhnya cabar mencabar dengan langsung mengkaitkan isu politik untuk
menegakkan benang basahnya.
Tidak
sekadar itu, Jupe juga langsung tidak rasa bersalah apabila memperlekeh hasil
karya tanah air kita seperti katanya: “Nunggu giliran take...
sambil nonton sinetron Malaysia... oh my GOD... Indonesia kita jauuh majuuu...
kita mahuu sekaliii... bangga jadi orang Indonesia (tunggu giliran
penggambaran... sambil menonton drama Malaysia. Oh tuhan... Indonesia kita jauh
maju... kita maju sekali. Bangga jadi orang Indonesia),”
Bagi penulis, Jupe kalau sudah
bangga sangat menjadi rakyat Indonesia, buat apa terhegeh-hegeh menjadi pati hiburan
ke sini? Jupe, sememangnya biadap kerana masuk ke negara ini yang kemudiannya
menyalahgunakan pas lawatannya untuk mencari rezeki. Itu biadap namanya. Jupe juga
wajar faham erti kurang ajar.
Ketiga: Kepada semua
pengusaha dan karyawan di Malaysia, jika anda perlu sekalipun menggunakan
khidmat orang luar, ambil dan ajarlah mereka menghormati negara kita. Janganlah
disebabkan laba yang tidak seberapa tuan-tuan sanggup menyepak kepada adik
beradik sendiri! Sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar terbuka, sesiapa
sahaja boleh mencari rezeki di negara ini
tetapi tolong hormati peradapan serta undang-undang negara ini. Sama
juga kalau kita ke negara orang lain. Sama!
Keempat: Benarlah kata Jupe
itu, drama atau sinetron keluaran anak tempatan kita memang ditahap merimaskan
berbanding keluaran Indonesia. Apa lagi kalau dibandingkan dengan Korea dan
Jepun. Bab ini penulis tidak kuasa nak bercerita panjang lebar. Memadai kalau
penulis katakan dari segi penghasilan memang banyak (kuantiti) tetapi amat
sukar untuk memilih yang berkualiti. Daripada jalan cerita, kekuatan dialog
(isi dailog), pengucapan dialog hinggalah kepada soal-soal teknikal
penggambaran dan suntingannya - sorry to
say la...
Marah tetap marah. Yang tidak betul
tetap tidak betul. Tetapi yang ini (perlekehan Jupe) ada betulnya dan kamu
semua sebagai pejuang senilakon tanah air kena terima!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.