Pahala Wakaf Berterusan Sampai Bila-Bila...
HARI INI penulis bersembahyang Jumaat di
salah sebuah masjid di Johor. Tajuk khutbah yang dibacakan oleh khatib adalah
mengenai tuntutan bersedekah. Khatib menjelaskan panjang lebar akan tuntutan
dan hukum-hukum serta manfaat-manfaat berkaitan sedekah sunat, sedekah yang
dituntut seperti wakaf serta sedekah wajib iaitu zakat.
Menyentuh
tentang zakat, penulis teringat tidak beberapa lama lagi pihak Permodalan
Nasional Berhad (PNB) akan mengisytiharkan dividen dan bonus bagi
pelabur-pelabur saham amanah iaitu Amanah Saham Berhad (ASB).
Seperti
yang pelabur maklum, pelaburan dalam ASB tidak seperti penabungan dalam Lembaga
Tabung Haji (LTH) dimana zakat penabung telah diuruskan oleh pihak LTH tetapi
tidak bagi ASB.
Oleh
itu, penulis sekadar mengingatkan setelah pelabur-pelabur ASB (bumiputera
Islam) mengemaskini buku pelaburan masing-masing pada Januari 2013 nanti, jangan
lupa kira-kirakanlah zakat yang sewajibnya ditunaikan atas simpanan itu.
Ingat,
satu daripada peranan zakat yang diwajibkan oleh Allah swt itu adalah bagi membersihkan harta kita. Justeru,
tunaikan zakat saudara-saudara, InsyaAllah mendapat keberkatan yang
berpanjangan.
Jagindas: Dok cari buku
pelaburan hilang entah ke mana...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.