MANGSA... Inikah Nicolae dan penumpangnya itu? |
Di Malaysia, Satu Persatu Kena Sapuuu
SELESAI mentelaah Berita Minggu Hari ini,
penulis menangkap dua berita untuk dijadikan halua pembaca kali ini. Pertama,
berita dunia di muka 12 bertajuk "Wanita Mirip Angelina Jolie Rogol
Lelaki" dan kedua, berita di
ruangan nasional muka surat 27 bertajuk "
RM10 raba alat sulit GRO"... Janganlah gelak.. atau mencebeh muka. Ini
bukan lucu atau lucah. Inilah b e r i t
a dan c e r i t a!
Lagipun, kepala
hotak penulis sebelum ini asyik disumbat dengan cerita-cerita politik, sukan,
ekonomi dan teknologi, jadi pada hari-hari minggu seperti hari ini rasa muak
pulak!
Seorang
pemandu teksi di Romania itu, Nicolae Stan, 34, bolehlah menganggap dirinya bertuah
kerana dipaksa melakukan adegan sex dengan penumpangnya, Luminita Perijoc, 30,
yang dikatakan mirip wajah Angelina Jolie. Namun, akhirnya bernasib malang dan menerima
padah dengan beberapa tikaman oleh wanita tersebut apabila dia enggan untuk
berbuat demikian untuk kali-kali seterusnya.
Tidak
pula dinyatakan dengan jelas mengapa dia menolak untuk kali kedua, ketiga
dan.... Kata orang kucing mana yang menolak ikan, apalagi ikan yang sudah siap
dipanggang! Tapi, barangkali kalau ikan haruan hidup berat dua kilogram dalam
basin, kucing ganas pun tidak upaya mendekatinya. Sekali dilibas haruan tu, mau
pengsan kucing tu. Bagaimana? Agaknya, itu sebablah Nicolae tak larat kut....
Penulis
memang banyak juga terjumpa bahan-bahan yang pelik-pelik dari negara Romania
itu (menerusi media maya la...). EErrmmm..teringin
pulak hendak sampai ke sana.
Berbalik
kepada nasib pemandu teksi dan "Angelina Jolie" tadi, alangkah
berfaedahnya kalaulah Luminita Perijoc dapat diserahkan kepada perogol-perogol
di negara ini. Nak tengok Rumania Vs Malaysia, berapa gol dia boleh? Tapi,
Luminita mesti guna pisau laa..., baru depa ada akai!
Lain
di Malaysia (berita itu berlaku di Johor Bahru), sekali khidmat raba 'cipek' untuk seorang cajnya RM10. Kalau
nak tahu lebih lanjut dengan bermacam-macam iklim serta pelbagai bentuk hutan
savana, tropika mahupun khatulistiwa, tanah pamah, lembah dan tandus sediakan
banyak sedikit. Misalnya dengan RM100, pelanggan (lelaki) boleh membuat
perayauan kepada 10 lokasi antarabangsa. Serupa tapi tidak sama! Barangkali..hehehe...
Bertuahlah
lelaki di Malaysia kerana dapat menikmati keindahan alam dengan penuh aman,
harmoni serta tanpa tekanan dan ugutan. Barangkali, inilah yang dinamakan jenis
ikan pilai dalam piring. Senyum simpul, mengeruit-ruit (bergerak-gerak) misai
kucing dibuatnya.
Pelik
juga ye, apa yang kurangnya undang-undang di Malaysia ini sehingga aktiviti
bisnis macam itu masih tumbuh macam cendawan. Itu di Johor, negeri-negeri lain
pun apa kurangnya..? Kata depa la...
Jagindas: Masa buat
serbuan tu, ngapa tak bawak jabatan agama sekali...Kongsi-kongsilah cari nama
yop. Atau, dah ajak tapi depa tak mahu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.