SANUSI JUNID |
Masih
Sama. Dan Yang itu, Itulah Juga...
UNTUK paparan jam ini, penulis salin
dan tampalkan catatan yang dipetik daripada blog Datuk Seri Sanusi Junid -
Bekas Menteri Pertanian Malaysia yang juga pernah menjadi Menteri Besar Kedah
suatu masa dulu. Sanusi memang terkenal sebagai ahli pidato yang mampu
menampilkan idea-idea bernas serta kata-kata yang berjiwa ilmu. Mendengar
ucapannya atau membaca tulisannya perlu ada ketajaman fikiran untuk mendapatkan
kesimpulan sepenuhnya daripada kandungan ucapannya itu. Bahkan, lawak Sanusi
juga penuh dengan makna, retorik serta sendirin tajam. Teks ini adalah satu
daripada catatannya yang turut menarik perhatian penulis:
Orang
Melayu:
Pada
2hb Julai, 1977, iaitu 35 tahun 3 bulan dan 21 hari yang lalu, sebagai Ahli
Parlimen bagi kawasan Jerai di Kedah, saya telah mewakili Badan Perhubungan
UMNO Negeri Kedah dan berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO menyokong usul
mengenai ekonomi yang dikemukakan olah wakil negeri Pahang. Petikan dari ucapan
ini ialah:
KHAYALAN
“Saya
pernah menghayal dan menggambarkan diri sebagai seorang ahli ekonomi dan
menyatakan bahawa bangsa Melayu boleh dianggap sebagai satu bangsa yang berada
di puncak sebuah gunung yang tandus, mengharapkan sumber penghidupan daripada
air hujan. Air hujan itu mengalir daripada gunung tadi, melalui sungai dan
taliair, membasahi dan menyuburkan tanah. Air yang selebihnya mengalir ke laut
dan kerana kepanasan bahang matahari, disedut semula ke angkasa. Dengan bantuan
angin ia diarak melalui kepulan awan menuju ke gunung sehingga turun semula ke
bumi sebagai hujan.
GUNUNG
Daripada
pandangan ini mengertilah kita bahawa puncak gunung yang dikatakan tandus tadi
ialah kuasa politik. Ketandusan pula ialah kemiskinan.
Kesimpulannya: Yang ada kuasa politik itu adalah dari yang teramai miskin dan tiada kekuatan ekonomi
SISTEM KEWANGAN
Sungai-sungai
yang mengalirkan air dari gunung boleh diumpakan sebagai sistem kewangan yang
membawa turun wang daripada puncak gunung untuk mengalir ke dataran.
Air ataupun wang ini melimpah ke
laut dan melalui proses sedutan wap akibat kepanasan bahang matahari, air
menjadi wap yang dihisap naik sebagai cukai pendapatan dan cukai perniagaan.
Semuanya naik ke angkasa menjadi awan. Kepulan awan inilah, yang diibaratkan
sebagai ‘Treasury’ atau Perbendaharaan, yang ditiup angin menuju ke arah puncak
gunung.
Awan memecah menyebabkan hujan yang
seterusnya diibaratkan sebagai gaji dan pendapatan yang turun atau diberi
kepada orang Melayu, baik yang bekerja sebagai pegawai Kerajaan, sebagai ahli
politik ataupun yang bekerja dalam angkatan bersenjata dan keselamatan.
Mereka menerima gaji, namun gaji
yang diibaratkan pula sebagai air, tetap terus mengalir, membasahi dan
menyuburkan dataran, iaitu kota-kota besar di Negara ini.
REZEKI DI TANGAN
TUHAN
Apabila
air itu dikaitkan dengan gaji, perbelanjaan atau jelasnya wang berertilah ianya
bermaksud ‘rezeki’.
Dalam ucapan yang sama ini saya
telah mengingatkan para perwakilan:
“Apabila
kita teringatkan soal rezeki, saya teringat satu kisah di zaman Imam Suffian di
mana terdapat seorang yang jahat.
Kerjanya setiap hari ialah menggali
semua kubur orang Islam setelah dikebumikan. Setelah menggali 100 kubur, dia
pergi berjumpa Imam Suffian untuk memberitahu bahawa dia berbuat demikian
kerana ingin melihat keadaan mayat yang telah disoal oleh Munkar dan Nakir. Dia
ingin tahu samada mayat masih sama dan berhadap ke kiblat sebagaimana waktu
dikebumikan atau pun sudah berpaling ke arah lain.
Orang itu kemudian bertanya kepada
Imam Suffian sebab-sebab maka 98 dari 100 mayat sudah berhadap ke arah matahari
naik. Jawab Imam Suffian, di akhir zaman hanya dua peratus daripada keseluruhan
umat Islam mempercayai hakikat bahawa rezeki itu di tangan Tuhan.
Inilah
puncanya gejala rasuah di kalangan ummat".
Kesimpulan: Setelah kita berusaha kita hendaklah menyerah kepada Allah kerana rezeki datang dariNYA.
Kesimpulan: Setelah kita berusaha kita hendaklah menyerah kepada Allah kerana rezeki datang dariNYA.
Jagindas: Bukan tak ada berubah langsung. Itu bohong.. Ada, tetapi
berbanding tempoh waktu, ianya amat perlahan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.