Dan, Yang Hidup Wajar 'Ringankan' Beban Simati Dalam Kubur
DI DEWAN NEGARA semalam, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Liew Vui Keong menafikan nilai harta pusaka yang tidak diwasiat
berjumlah lebih RM45bilion yang kebanyakannya adalah milik orang Islam. Beliau
membuat penafian itu bagi menjawab soalan Senator Rohani Abdullah sambil
menyifatkan mereka yang membuat anggran yang dibuat itu sebagai tidak
bertanggung jawab. di sini
Penulis
kurang arif tentang matematik menilai harta. Setahunya, setiap harta seperti
hartanah penilaian dibuat pertama berdasarkan nilai semasa dan kedua
berdasarkan kepada kedudukan (lokasi) harta benda tersebut.
Namun
begitu, jika anggaran RM45b itu tidak benar dan disifatkan satu kenyataan yang
tidak bertanggung jawab, apakah nilai sebenarnya? Vui Keong dalam jawapannya
itu tidak pula menyatakan nilaian yang sebenar.
Jika
satu pihak boleh membuat anggaran berangka, mengapa kerajaan hanya mampu
menafikannya sahaja tanpa memberikan sebab-sebab konkrit terhadap nilai sebenar
yang rakyat perlu tahu. Di sini 'home
work' Vui Keong dilihat lemah dan tidak meyakinkan. Pihak bertanggung jawab
perlu mengetahuinya secara konkrit kerana masalah harta pusaka gagal diselaikan
sedikit sebanyak boleh mengekang
kelancaran pembangunan setempat.
Masalah
berkenaannya sebenarnya memang banyak dan tidak mustahil ianya membabitkan
majoriti orang Islam (melayu) kerana pada keadaan kasarnya suatu masa dahulu orang
melayu (Islam) banyak memiliki tanah di kampung-kampung dan pinggir-pinggir
bandar.
Justeru,
pihak berwajib setidak-tidaknya seperti pejabat tanah dan jabatan agama Islam
wajar mengambil langkah tertentu terhadap isu ini supaya setiap inci harta tersebut dapat
dimanfaatkan sejajar dengan pembangunan negara yang kian mampan.
Selain
itu, dari sudut Islam penyelesaian konkrit terhadap masalah itu dapat meringankan
masalah si-mati (didalam
kubur) bersabit dengan kedudukan harta yang ditinggalkannya yang barangkali
telah dimanipulasi oleh waris-waris yang bukan berhak ke atas harta tersebut.
Selain
itu, pihak terbabit juga wajar memberikan kesedaran kepada generasi hari ini
dalam menguruskan harta-harta mereka bagi memudahkan harta tersebut teralih kepada
waris dengan mudah dan sah selepas kematian pemilik asalnya.
Meskipun
hari ini beberapa agensi seperti Amanah Raya Berhad sudah meuar-uarkan kempen
pengurusan seperti itu termasuk membuat wasiat secara sah namun kesedaran
terhadap peri pentingnya tindakan itu masih lemah terutama di kalangan orang
melayu (Islam).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.