RAMJEET masih mampu memiliki zuriat
pada usia 96 tahun
|
Biar Lemah Tenaganya, Namun Nafsu Tetap
Meruap-Ruap
Bangun pagi tadi penulis teringat sebuah
kisah di sebuah kedai kopi di Batu Pahat minggu lepas di mana penulis duduk
bersama beberapa rakan yang baru dikenali. Ada tiga orang dan kesemuanya
berusia antara 50 hingga 80 tahun. Tapi mereka masih sihat. Gelak ketawanya
masih bergema. Yang seorang tua berusia 80 tahun menghisap paip. Katanya sejak
muda. Bermakna sudah lebih 60 tahun menghisap paip tembakau cap nanas. Dia
masih berkebun - menghusahakan 30 ekar ladang kelapa sawit milik sendiri.
Katanya,
isterinya yang hampir seusia beliau juga masih sihat. Mereka ada enam orang
anak dan kesemuanya menjawat jawatan tinggi manakala tiga daripadanya pernah
belajar di luar negara.
Alhamdulillah,
itu rezeki dia. Pak Haji ini bukan sahaja peramah tetapi juga tidak meninggi
diri. Dia selalu mohon maaf setiap kali memperkatakan sesuatu kerana ditakutinya
dia riak dan sombong, katanya.
Kami
bercerita panjang sambil di sahut dan ditokok tambah oleh dua lagi rakan
semeja. Penulis turut teruja dengan gelagat mereka kerana walupun itulah saat
pertama kali kenal tetapi kami berbual dan berseloroh bagaikan telah berkawan
berpuluh tahun lamanya.
Dalam
banyak-banyak cerita itu, penulis tertarik dengan cerita Pak Haji mengenai
tahap kesihatan batinnya. Dia bersikap terbuka. "Apa nak dimalukan atau
nak ditipu-tipu, sesiapa pun bila sampai usia macam saya akan menempuhnya juga,"katanya.
Dia
bertanya penulis, pernahkah penulis melihat si kucing belaan menangkap tikus.
Memanglah, punyalah geramnya, selagi tikus itu bergerak (mengeruit - kata orang
Perak) si kucing akan melambung-lambung, membaham-baham. Apabila sudah pasti tikus
itu mati langsung ditinggalkannya.
Kata
Pak Haji itu, macam itulah keadaan dia sekarang. Geram (nafsu) memang ada,
tetapi...setakat itu sahajalah! Ketika itu seorang amaoi berseluar ketat
singkat gebu putih melepak melintas dihadapan kami. Lantas penulis mengusik Pak
Haji itu dengan bertanya: "Kalau macam ini, macam mana?"
Dia
(Pak Haji) menyifatkan orang semacam dia 'senjata' mereka umpama pelepah daun
pisang yang sudah kering. Bukan sahaja lembik malah sudah boleh
dipintal-pintal, katanya dengan ketawa yang ceria. Kalau ikut kata orang Perak,
'benda' tu dah lembik lenyo! (kah kah kah..). Tapi, dalam pada itu dia tidak
menafikannya bahawa ada juga orang seusianya atau yang lebih tua dari itu
'senjatanya" masih bertenaga. "Itu rezeki masing-masing....",
katanya.
Rakannya
menambah, ada tiga peringkat dalam hidup kita sebagai lelaki ini. Pertama, pandangan hidup
(muda-muda dulu, pantang terpandang 'adik' pun segera bangun), peringkat kedua katanya sentuhan hidup
(kena sentuh, timang-timang dulu baru dia nak hidup. Kalau nasib tidak baik,
langsung tak hidu-hidup!) . Dan, ketiga menurutnya berusaha untuk hidup (jenuh cari
pelbagai cara seperti urutan, ubatan dan penawar supaya 'benda' itu hidup.
Penulis
pun mencelah, tidakkah Pak Haji berusaha untuk 'hidup'? Dia menjawab selamba:
"cukup-cukuplah tu...". Dia menambah, "Tuhan sudah memberikannya
selama ada dan janganlah tamak sampai ketua". Dan, kamipun ketawa panjang
lalu bersurai.
Sebelum
bersurai, dia mengingatkan penulis: "Anak, mana yang boleh dipakai dalam
cerita tadi, pakailah. Tapi mana yang tidak elok, buangkan saja..."
Eh,
Kenapa pulak penulis menulis benda-benda merapu nih! Hah, itulah namanya tengah
mati angin. Tetapi rasanya lebih baik daripada menyebarkan berita angin yang
tak tentu pasal. Seimbas pandang memanglah nampak macam lucah. Jangan pandang
tang situ sahaja. Kena ambil nilai-nilai instrinsiknya... Bukankah?
Jangan
marahhhhh... haaaa..
Jagindas: Hidup sokmo..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.