Khamis, 27 Disember 2012

TAMAN PAYA BAKAU MANJONG

Merbahaya dan 'menyucuk mata'....

Indah Dan Meng-asyikan..


KELMARIN, anak-anak penulis mengajak ke Lumut langsung tidur di sana. Mulanya penulis tidak perasan apa sebabnya. Rupa-rupanya mereka (dan ibunya) mahu meraikan hari lahir penulis. Biasalah, kadang-kadang hari lahir sendiri pun terlupa. Bukan kerana sibuk. Tapi semasa kecil dulu hinggalah penulis berkahwin rasanya tidak pernah meraikan hari lahir.
            Orang kampng dan susah pula. Mana nak ingat benda-benda macam itu. Namun, setelah dikurniakan anak-anak, sambutan-sambutan majlis seperti itu selalu pula dibuat. Sekarang, mereka sudah besar panjang. Mereka pula meraikan ayah dan ibunya. Barangkali mereka teringat zaman kanak-kanak dan remaja mereka ketika mana ibu dan ayahnya selalu berbuat begitu. Alhamdulillah.  Ada yang hadiahkan baju, ada yang beli kueh dan kek maka sama-sama. Makan dalam bilik lagi!
            Sudah tak tahu apa nak buat dan ke mana hendak pergi, salah seorang anak penulis mencadangkan supaya kami berlipur di Taman Paya Bakau. Dulu, kita-kira 20 tahun lalu pernah penulis ke sana. Ini kali kedua bersama anak-anak yang sudah besar-besar. Banyak perubahan di situ dan sememangnya menarik. Tenang lagi menyenangkan.
              Sambil-sambil melayan sembang anak-anak di hutan paya bakau itu, mata penulis meliar ke sana ke sini. Bukan apa, dah biasa begitu..Bukan nak mambang. Bukan juga nak cari salah atau benda-benda yang tak betul. Tapi cuma nak bagi tahu apa yang tak kena untuk kebaikan bersama. Eh, mana ada satu dua couple sedang bercengkerama..Ada. Semoga berbahagia.
            Kurang pastilah penulis apakah taman paya bakau itu dibawah seliaan terus jabatan hutan sahaja atau turut dijaga sama oleh beberapa agensi lain seperti jabatan haiwan dan perhilitan, marin, kerajaan tempatan atau pun agensi pelancongan negeri Perak. Pada fikiran penulis, agensi atau jabatan berkenaan perlu dikerjasamakan bagi membangun dan  melestarikan tempat seperti itu.
            Dilihat dari segi penyenggarannya laluan atau titi yang dibina untuk kemudahan pengunjung menikmati suasana di taman berkenaan nampak tidak di senggara dengan sempurna atau secara berkala. Beberapa tempat jelas menampakan lantai titi tersebut telah reput malah ada yang sudah terkopak terus.
            Ini membahayakan pengunjung terutama kanak-kanak yang berlari-lari di atas titi berkenaan. Demikian juga tempat-tempat rehat yang di sediakan di situ kelihatan seperti kawasan yang "ditinggalkan". Itu sekadar satu dua contoh. Kalau nak disentuh banyak lagi. Yang lain tu, pihak terbabit fkir sendirilah.
            Lampu-lampu tumpu yang dipasang di situ juga ada yang telah musnah yang tidak diketahuilah sebabnya. Kalaupun lampu-lampu itu tidak digunakan lagi, adalah lebih baik ia 'diperelokan' keadaannya supaya tidak menyakitkan mata memandang.
            Apalah salahnya, di tempat yang aman damai sejuk mata memadang, segar nafas menghirup itu dibenarkan SEBUAH kantin beroperasi. Kantin yang sistematiklah supaya kelestarian geografi taman itu terjamin kudus. Disamping itu barangkali boleh juga dibenarkan SEBUAH kios menempatkan pengusaha aktiviti seni (mungkin pelukis/lukisan, pembekal cenderahati dan lain-lain yang berkaitannya) berniaga disitu.  
            Jangan banyak. SATU atau SEBUAH sahaja. Kalau banyak-banyak nanti jadi caca- marba pulak langsung merosakan tujuan asal taman itu. Satu lagi, tandas juga perlu ada. Tandas yang sistematiklah.
            Datuk Seri Zambry Abd Kader, lebih-lebih lagi Datuk Hamidah Osman kenalah sesekali turun melawat tempat ini. Tak perlulah nak tunggu function baru nak jenguk. Dengan cara itu, barulah jelas dengan mata kepala sendiri.
Kalau masa funtion, tika itu semuanya OK dan tip-top.   
            Alah hai.., malas nak cakap banyak benda-benda macam ini. Bukannya you orang tak tahu...Apa? Selalu terima laporan dari bawah? Semuanya OK? Hehehe... biasalah siapa nak kerja susah yop!
            Cukuplah setakat itu. Nanti dedah lebar-lebar ada pula yang marah-marah. Cakap memang senang, kan?

Jagindas: Banyak lagi projek tempat-tempat menarik di negeri ini yang ibarat "buat dan tinggal". Kalau ibarat pertanian, bagaikan "tanam tinggal"...ada sebuah bidalam menyebut: Kebun, kebun melayu; Parang,  parang keling; Kelambu, kelambu cina! hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.