Kesederhanaan
Memangkin Kemajuan Dan Keamanan
DAN, SETELAH mengenali sepintas lalu tentang fahaman WAHABI dan SYIAH yang penulis paparkan sebelum ini (di sini) dan (di sini), berikut pula penulis paparkan sekilas info tentang fahaman/aliran WASATIYYAH. [mohon dibaca]
ISTILAH “Islam
moderat” (Wasatiyyah) akhir-akhir ini kerap kita jumpai dalam banyak tulisan,
baik dari kalangan Muslim sendiri atau kalangan bukan Islam. Apa yang dimaksud
dengan “Islam moderat”? Tulisan pendek ini akan mencuba menjawabnya.
Dalam istilah bahasa Arab moden,
persamaan untuk kata moderat atau moderasi adalah wasat atau wasatiyya. Istilah
“mutawassit” kadang-kadang juga dipakai. Islam moderat, dalam bahasa Arab
moden, disebut sebagai al-Islam al-wasat. Amalan sederhana (kesederhanaan) dalam
Islam diungkapkan dengan frasa wasatiyyat al-Islam.
Dalam penggunaan yang umum saat ini,
istilah “Islam moderat” dilawankan dengan istilah Islam radikal. Islam
moderat, dalam pengertian yang lazim kita kenali sekarang, adalah corak
pemahaman Islam yang menolak cara-cara kekerasan yang dilakukan oleh kalangan
lain yang menganut model Islam radikal. Tawfik Hamid, seorang mantan anggota
kumpulan Islam radikal dari Mesir, al-Jamaah al-Islamiyyah, mendefinisikan
Islam moderat sebagai, “a form of Islam that rejects… violent and
discriminatory edicts” – Islam yang menolak secara tegas hukum-hukum agama yang
menggunakan kekerasan dan diskriminasi. (Baca artikelnya yang berjudul “Don’t
Gloss Over The Violent Texts” di Wall Street Journal, 1/9/2010).
Hamid menyebut secara khusus hukum
dalam agama (syariah) yang dia anggap sebagai justifikasi tindakan keganasan,
seperti hukuman mati untuk orang yang murtad, misalnya.
Definisi Hakim tentang Islam
moderat ini, bagi sebahagian kalangan Islam, mungkin dianggap terlalu berani,
sebab melakukan kritik terhadap hukum-hukum dalam Islam yang dia anggap sudah
tak lagi relevan pada masa ini. Sebagai mantan anggota Jamaah Islamiyyah,
Mesir, yang sudah “bertaubat, Tawfik Hamid meyakini bahawa dalam Islam memang
ada beberapa hukum yang boleh disalah tafsir bagi membolehkan seseorang
bertindak ganas. Contoh yang mudah adalah hukum dan pentafsiran tentang jihad.
Bagi Hamid, Islam moderat merupakan antitesis kepada Islam radikal. Islam
wasatiyyah adalah model Islam yang menolak keganasan semacam itu.
Definisi lain diajukan oleh Dr.
Moqtedar Khan yang mengendalikan blog Ijtihad (www.ijtihad.org). Seperti Hamid,
Dr. Khan mempertentangkan istilah Islam moderat kepada Islam radikal. Perbezaan
antara keduanya, menurut dia, adalah bahawa yang pertama lebih menekankan
pentingnya prinsip ijtihad dalam pengertian yang lebih luas, iaitu kebebasan
berpendapat (dengan tetap bersandar pada sumber utama dalam Islam, iaitu Quran
dan Sunnah), sementara yang kedua lebih menekankan konsep jihad (perang suci).
Yang menarik adalah usaha banyak
kalangan Islam bagi mengkaitkan konsep “Islam moderat” ini dengan konsep
“wasat” yang ada dalam al-Quran. Dalam al-Quran, terdapat sebuah ayat yang
banyak dikutip oleh intelektual Muslim untuk menunjukkan watak asas Islam sebagai
agama yang “tengah-tengah” atau moderat, iaitu di dalam surah al-Baqarah:143
yang bermaksud:
“Dan demikianlah Aku (Tuhan) jadikan kalian umat yang “wasat” (adil, tengah-tengah, terbaik) agar kalian menjadi saksi (syuhada’) bagi semua manusia, dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi (syahid) juga atas kalian.”
“Dan demikianlah Aku (Tuhan) jadikan kalian umat yang “wasat” (adil, tengah-tengah, terbaik) agar kalian menjadi saksi (syuhada’) bagi semua manusia, dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi (syahid) juga atas kalian.”
Kata “wasat” di
dalam ayat di atas, jika merujuk kepada tafsir klasik seperti al-Tabari atau
al-Razi, mempunyai tiga kemungkinan pengertian, yakni: umat yang adil,
tengah-tengah, atau terbaik. Ketiga pengertian itu, pada asasnya, saling
berkait rapat. Yang menarik, konsep wasat dalam ayat itu dikaitkan dengan
konsep lain, iaitu “syahadah”, atau konsep kesaksian. Jika kita ikuti makna
harfiah ayat itu, pengertian yang kita peroleh dari ayat itu adalah bahawa umat
Islam dijadikan oleh Tuhan sebagai umat yang “wasat” (adil, tengah-tengah,
terbaik), kerana mereka mendapatkan tugas “sejarah” yang penting, iaitu menjadi
saksi (syuhada’) bagi umat-umat yang lain.
Apa yang dimaksud dengan tugas
“kesaksian” dalam ayat itu? Saksi atas keadaan apa? Tak ada keterangan yang
terperinci mengenai hal ini dalam ayat tersebut. Tetapi, jika kita rujuk
beberapa tafsir klasik, apa yang dimaksud dengan kesaksian di sini adalah tugas
yang diemban umat Islam untuk meluruskan sikap-sikap ekstrem yang ada pada dua
kelompok agama pada zaman ketika al- Quran
diturunkan kepada Nabi, iaitu golongan Yahudi dan Nasrani.
Tafsir al-Tabari,
misalnya, menyebut bahawa umat Islam dipuji oleh Tuhan sebagai umat yang
tengah-tengah kerana mereka tidak terjatuh dalam dua persinggahan ekstrim. Yang
pertama adalah sikap ekstrim umat Kristian yang mengenali tradisi “rahbaniyyah”
atau kehidupan kependetaan yang menolak secara ekstrim dimensi jasad dalam
kehidupan manusia (seperti dalam amalan selibat). Yang kedua adalah sikap
ekstrim umat Yahudi yang menurut keyakinan umat Islam, melakukan penyelewangan
atas Kitab Suci mereka serta melakukan pembunuhan kepada sejumlah nabi.
Muhammad Abduh, melalui muridnya
Rashid Rida, mengemukakan pendapat yang sedikit berbeza. Dalam tafsirnya yang
tersohor al-Manar, Abduh mengemukakan bahawa apa yang dimaksud dengan wasat
ialah sikap tengah-tengah antara dua titik ekstrim. Yang pertama, materialisme
ekstrim yang dianut oleh kalangan “al-jusmaniyyun”, yakni mereka yang hanya
memperhatikan aspek jasmani atau badan sahaja, menafikan dimensi ruhaniah dan
spiritual dalam kehidupan manusia. Yang kedua, spiritualisme yang ekstrim yang
hanya memperhatikan dimensi ruhaniah belaka, tanpa memberikan perhatian yang
adil terhadap dimensi jasmaniah. Kelompok yang menganut pandangan ini, oleh
Abduh, disebut sebagai “al-ruhaniyyun”.
Umat Islam, dalam tafsiran Abduh,
adalah umat yang “wasat”, moderat, kerana mengambil sikap tengah antara
materialisme dan spiritualisme. Dengan kata lain, istilah “wasat” dalam ayat di
atas, baik dalam pemahaman penafsir klasik seperti al-Tabari (w. 923) dan
al-Razi (w. 1209), atau penafsir moden seperti Muhammad Abduh (w. 1905),
dipahami dalam kerangka konsep keunggulan umat Islam atas umat-umat yang lain,
terutama Yahudi dan Kristian. Rahsia keunggulan itu terdapat dalam sikap umat
Islam yang mengambil jalan tengah antara dua titik ekstrem yang wujud di
kalangan Kristian atau Yahudi. Istilah “wasat”, dengan demikian, berkaitan
dengan konsep superioriti Islam atas agama-agama lain.
Sebagaimana kita lihat, pengertian
kata “wasat” mempunyai perubahan yang cukup jauh saat ini. Sekarang, istilah
itu bukan lagi dimaknai dalam kerangka keunggulan Islam atas agama-agama lain,
tetapi difahami sebagai kritik secara dalaman dalam diri umat Islam sendiri.
Istilah itu, sekarang, diperlawankan terhadap corak Islam lain yang ekstrim dan
radikal, yakni corak keagamaan yang membenarkan penggunaan kekerasan dalam
dakwah.
Perkembangan ini menarik kita amati
kerana ciri-ciri ekstrim yang semula melekat pada golongan lain di luar Islam
sebagaimana yang ada dalam tafsir klasik di atas, ternyata dapat dijumpai dalam
kalangan Islam sendiri. Hal ini juga memperlihatkan bahawa sebuah konsep dalam
al-Quran, seperti kata “wasat” itu, dimaknai secara dinamik dari masa ke masa.
Perubahan konteks sejarah dan cabaran dalam diri umat Islam sendiri membuat
pemahaman penafsiran al-Quran tentang sejumlah konsep dalam kitab suci itu
berubah secara fleksibel.
DENGAN IZIN SALIN DAN TAMPAL:
DISESUAIKAN DARIPADA TULISAN ASAL OLEH: Ulil Absar Abdalla di (
http://www.wasatiyyah.my/archives/267)
Jagindas: Aliran dan fahaman Wasatiyyah, bukan sahaja
selari dengan ajaran mazhab yang empat namun ia juga sebaris dengan tuntutan
Allah (swt) dan sunnah seperti yang jelas disebut dalam beberapa ayat dalam
quran dan hadis Nabi (saw).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.