Gerakan Ekstrimis Syiah Sedang Menular
TULISAN sebelum ini (di sini) penulis membicarakan masalah perpecahan umat Islam disebabkan fahaman
ekstrimis yang meresap ke dalam semua mazhab anutan umat Islam di dunia.
Diharapkan, papara ini dapat memberikan sedikit info kepada pembaca mngenai
gerakan fahaman syiah:
1. Secara
umumnya, barangkali teks ini dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran
terhadap makna "fahaman syiah" yang didakwa sedang menular dalam
negara ini. Fahaman ini telah ditafsirkan oleh ahli sunnah wal-jamaah sebagai
fahaman yang merbahaya dan tidak berdiri atas landas agama Islam yang sebenar
seperti yang diajarkan oleh Nabi (saw) dan seperti yang difahamkan oleh Imam
As-Shafie (bahkan juga imam-imam dari mazahab Hambali, Hanafi dan
Maliki).
2. Sebelum itu
harus di pisahkan dalam pemikiran bahawa maksud mazhab dan fahaman dalam
konteks membicarakan "Syiah" hendaklah diasingkan. Begitupun, tidak
dinafikan bahawa fahaman syiah wujud daripada induk mazhabmazhab itu sendiri
tertapi ia berkecenderungan kepada berlebih-lebihan terhadap sesuatu sudut
dalam perintah Allah dan sunah Nabi yang ditafsir secara berbeza oleh
pemimpin-pemimpin mazhab tersebut.
3. Syiah
secara umumya mempunyai tiga kecenderungan yang besar. Mereka terpecah kepada beberapa
sub-sub kelompok bagaimanapun hanya tiga kelompok yang dianggap dominan, iaitu:
4. Kelompok
pertama dipanggil syiah mufaddholah (gemar kepada puji-pujian yang kelebihan). Golongan ini cenderung memuliakan
ahlul bait (kaum keluarga Nabi). Mereka lebih memuliakan ahli keluarga Nabi
seperti Ali, Fathimah, Hasan, Husain, dan lain-lain. Pun begitu, golongan
tersebut tidak mengkafirkan sahabat-sahabat
Nabi.
Walaupun
mereka mengiktiraf Abu Bakar, Umar, Uthman sebagai khalifah, namun pada masa
sama mereka berpegang bahawa Saidina Ali adalah lebih mulia bersandarkan slogan
- jawaazu-imaamatil-faadhil-ma’a-wujuudil-afdhal
(harus menjadi imam orang yang baik untuk mewujudnya orang yang lebih baik). Dengan
kata lain, golongan ini berpendapat Abu Bakar, Umar dan Uthman diharuskan menjadi khalifah walaupun Ali
lebih baik daripada ketiga-tiganya. Golongan yang dikenali sebagai penganut
fahaman Syiah Zaidiyyah,
kebanyakannya ramai bertumpu di Yaman.
5. Kecenderungan
kedua adalah kelompok syiah majoriti di dunia ketika ini iaitu Syiah
Rafidhah. Rafidhah berasal daripada perkataan Ar-Rafdhu (bermaksud: tolak).
Kumpulan ini digelar sebagai Rafdhu atau Rafidhah kerana mereka tidak
mengiktiraf bahkan mengkafir serta melaknat isteri-isteri dan sahabat-sahabat
Nabi (saw) seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Abu Hurairah, Muawiyah ibn Abi
Sufyan, Aisyah, seluruh keturunan Muawiyah dan Umar.
Jelasnya,
sebarang mesej yang datang daripada golongan yang mereka laknati itu tidak
boleh diterima sekalipun terdapat jelas dalam nas dan hadis.
Untuk hari ini, golongan ini adalah puak yang terbesar (majoriti)
dengan pelbagai jenama, antaranya; Imamiyah Ithna Asyariyah (Imam 12),
Ja’fariyah (dikesan di Gombak, Kedah, Perak, juga berakar dalam parti politik
tertentu).
Pegangan
akidah penganut fhaman ini juga berbeza berbanding Ahli sunnah. Secara
sosialnya, dalam sistem mentadbir negara yang berlaku hanyalah perbezaan
fahaman politik - dasar-dasar, hala-tuju dan misi perjuangan. Namun, kekerasan
puak ini mengkafirkan para sahabat Nabi dilihat bertujuan untuk meragukan
sumber agama (hadis) yang banyak di sabdakan oleh Nabi (saw). Sesungguhnya
hadis-hadis Nabi (saw) yang sahih itu adalah menjelaskan apa yang terkandung
dalam quran.
Sejarah
jelas menyebut bahawa idea mengumpul Al Quran datangnya dari Umar dan Abu Bakar
manakala Abu Bakar mengarah Umar mencari penulis wahyu. Zaid ibn Thabit adalah
orang yang bertangungjawab menulis ayat-ayat quran yang kita baca pada hari
ini.. Apabila puak syiah mengkafirkan sahabat Nabi maka dengan sendirinya
golongan itu berpendirian bahawa Al Quran yang ada pada hari ini dianggap bersalahan..
Selain
itu, sebagai teknik (yang menghalalkan cara) untuk memudahkan mereka
mengembangkan fahaman ini, golongan Syiah Rafidhah ini mengamalkan akidah
taqiyyah (iaitu: berbohong,
berpura-pura). Bagi golongan ini, kekuatan agama mereka adalah terdiri teguh di
atas prinsip bertaqiyyah yakni para pengikutnya akan mengiktiraf atau bersetuju
dengan sesuatu yang bersesuaian (yang ada kepeningan bagi kedua-dua pihak) bagi
sesebuah masyarakat di satu-satu tempat dan dalam masa sama iktikad dan kepercayaan
songsang mereka itu disembunyikan.
Contoh
terdekat yang boleh kita ambil iktibar adalah cara golongan ini meraikan
sambutan hari Asyura di mana setiap kali sambutan hari berkenaan dibuat
puak-puak ini akan melaknati Abu Bakar, Umar, dan para sahabat Nabi (saw) yang
lain.
Meskipun
anutan agama Islam mereka berpaksi di atas sesuatu mazhab, namun golongan ini
mempunyai kepercayaan yang berbeza dengan ahli sunnah sebenar. Misalnya, Imam
Mahdi yang mereka ikuti tidak sama dengan Imam Mahdi ahli sunnah.
Kepercayan
mereka, Imam Mahdi yang disebt dalam quran itu adalah imam terakhir yang
dipercayai sedang menunggu di Gua Sardab. Makalala bagi ahli sunah sebenar pula, Imam
Mahdi yang dimaksudkan Nabi (saw) hanya diberikan gambaran ciri-ciri sifatnya
sahaja namun perkhabaran ini ditolak sama sekali oleh puak Syiah Rafidhah hanya
disebabkan berita-berita itu diriwayatkan oleh para sahabat Nabi (swa).
Sejajar
dengan kesombongan itu, golongan syiah jenis ini tidak menerima pakai didikan
ilmu daripada Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Malah dikatakan Imam Bukhari telah
mati di dalam buangan kerana dituduh oleh puak syiah Rafidhah sebagai Nashibi
(pembenci ahli keluarga Nabi).
Justeru,
penganut fahaman ini dilihat amat merbahaya dan jika tidak dibendung gerakan
mereka itu boleh mengundang huru hara serta keganasan. Semua pihak tidak boleh memandang remeh
terhadap penganut fahaman ini berikutan apa yang terpahat dalam perjuangan
mereka adalah "usir" dan "bunuh" terhadap siapa shaja yang
ditafsir sebagai penentangn atau tidak sehaluan dengan konsep, prinsip dan
pegangan mereka. Dan, daripada pemerhatian awam, golongan Syiah Rafidah ini adalah majoriti syiah yang
sedang melebarkan sayapnya di dunia ini tidak terkecuali Malaysia.
Kelompok Syiah
yang ketiga dikenali sebagai Syiah Batiniah. Dapatan awam berkata fahaman syiah yang ini
banyak terdapat di Syria, sempadan Jordan dan Lubnan. Kumpulan mereka adalah
kecil tetapi dikatakan bergerak aktif dan agresif. Jumlah yang kecil itu
(minoriti) membuatkan mereka dilihat sebagai 'aneh'.
Zaman dahulu-dahulu
ada satu ajaran sesat yang kononnya orang Islam hanya perlu melakukan ibadat
menerusi niat sahaja. Tuntutan Sembahyang, puasa, zakat, mahupun haji sah
dilakukan hanya dengan membatinkan niat.
Demikian
juga dengan gerakan puak yang fanatik dengan syiah Batiniah ini iaseakan-akan
sama dengan ajarn tersebut di mana menzahirkan ibadat-ibadat mereka itu
menerusi simbol (simbolik) dengan menafikan amalan sebenar. Menampakkan lagi
terpesongnya penagnut fahaman ini, mereka turut bertegas bahawa kononya Malaikat
Jibril sebenarnya telah tersalah menyampaikan wahyu kepada Muhammad
(saw).Menurut mereka semua wahyu Allah itu sepatutnya diturnkan kepada Saidina
Ali bin Abi Tolib. [logiknya, jika dakwaan ini benar, tidakkah Allah mengetahui
akan kesilapan Jibrail itu sedangkan Dia adalah Tuhan yang maha mengetahui
serta seru sekian alam!]
Penganut
fahaman ini kelihatan seperti umat Islam biasa, namun hakikatnya akidah mereka
sudah terbatal dengan nyata. Tidak sepadan dengan minoritinya, tetapi mereka
juga terdiri dripada beberapa sub-sub jenama lain seperti syiah Nushairiyah (contoh: Bashar Al-Asad di Syria – puak syiah ini
menyembah gambar pemimpinnya kerana bagi mereka Imam mereka itu adalah setaraf dengan
Tuhan), syiah Isma’iliyah dan syiah Duruz yang dikatakan berpusat di
Pakistan manakala syiah Aghakhaniyah pula
bertumpu di Afghanistan dan Pakistan. Dapatan awam juga bekata penganut fahaman
ini turut terdapat di negara ini tetapi dalam jumlah yang amat kecil. Pun
begitu, hendaklah memadan api sedari kecilnya sebelum ia menjadi lawan!
DARIPADA serba- sedikit info di atas tadi, secara
keseluruhannya umat Islam yang menganjuti fahaman syiah sebenar amat berbahaya
lebih-lebih lagi fahaman syiah Rafidhah yang kononnya sedang bertapak dan
berkembang di Malaysia. Ada pihak mendakwa fahaman-fahaman syiah seperti itu
meresap dalam kelompok politik tanah air dan mereka yang mendabik dada sebagai
ilmuan Islam.
Beberapa
Panduan Untuk Mengenali Puak Fahaman Syiah
mereka beramal
ibadat dan menguruskan sesuatu majlis yang berkaitn agama Islam adalah medan
yang mudah untuk masyarakat mengenalpasti puak-puak berfahaman syiah ini.
Antaranya;
Pertama: Dalam apa-apa mukadimah atau pembuka bicara atau mungkin di sebahagian
di tengah-tengah bicara agama mereka itu, mereka selalunya memulakan dengan
memuji ahlul bait (iaitu ahli keluarga Nabi). Mereka akan membesar-besar tentang
kebaikan dan kemuliaan kaum keluarga Nabi (saw) seperti SaidinaAli, Saiditina Fathimah,
Hasan, dan lain-lain. (makna kata -
mengangkat tinggi darjat ahli keluarga Nabi, maka adalah secara langsung
mengangkat kedudukan Nabi sendiri. Jadi mengapa perlu membuang masa bercakap
hal-hal yang lain)
Dalil-dali
daripada quran dan hadis dimanipulasikan golongan ini dengan melebih-lebihkan kaum
kerabat Nabi (saw). Padahal, Ahli Sunnah
wal Jamaah yang juga mencintai kaum kerabat Rasulullah meletakan nilai 'cinta'
itu secara berpada-pada, yakni mengikut hairaki dan kedudukannya berdasarkan tafsir-tafsir
quran. Inilah (sunnah waljamaah) yang dikatakan ciri-ciri wasatiyyah
(kesederhanaan) - yang tidak berlebi-lebihan dan tidak juga mengurangkannya
statusnya.
Menyangjungi
dan menyayangi Ahlul Bait memang satu daripada tuntutan. Namun begitu tidaklah
pula sehingga 'menghalalkan' apa sahaja yang mereka lakukan termasuk hal-hal
berkaitan maksiat. Maksudnya ada batas dan hadnya dengan menerima maklum bahawa
manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Bagi kumpulan syiah ini, ahlul
bait bebas daripada segala dosa.
Dan, 'sangkaan' mereka ini akan diresap terus kepada
imam-imam (pemimpin-pemimpin agama mereka) sehingga meletakkan mereka itu ke
tahap maksum. Padahal, Allah hanya memberi sifat maksum itu hanya kepada Nabi
(saw) sahaja.
Sabda Nabi
(saw); لو أن فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها
Bermaksud: “Kalau
Fatimah binti Muhammad (anak Nabi) mencuri aku akan potong tangannya.”
Kedua: Golongan syiah ini dalam bicaranya akan mengagung-agungkan imam-imam
mereka antaranya seperti Khomeini. Biasa, bagi melindungi pergerakan mereka
itu, golongan ini mengatakan rasiogerakan revolusi yang dibawanya.
Begitulah juga apabla mereka bercakap tentang
perjuang-pejuang Islam lain yang
menentang Israel tetapi berfahaman syiah seperti Hasan Nasrullah dan Hizbullah.
Semua taktik ini dilakukan oleh puak syiah adalah semata-mata sebagai provokasi
dan penyuntik semangat di samping maksud asalnya adalah menyebarkankan fahaman
syiah tersebut secara tersembunyi.
Apa yang
jelas, sehingga kini negara Israel masih kukuh meskipun suara-suara syiah
bergegar membelah bumi. Dengan kaedah sain moden dan pelbagai cara saintifik
baru, Osama Ben Laden akhirnya dijumpai dan dibunuh malah dibuang bagaikan
bangkai haiwan. Demikian juga nasib yang menimpa saudara Saddam Hussein dan Muammaf
Gadafi.
Kalau
kita fikir secara logik dan fiziknya, kekayaan Gadfi dan Saddam sudah barang
tentu dapat membina ssuatu kekuatan melindungi dirinya daripada di bunuh oleh
orang Amerika. Realitinya tidak. Mengapa? Dan dimanakah suara gegar semangat syiah
tadi dalam peristiwa ini? Dapatkah kita
ramalkan bahawa tidakkah ada 'suatu bayang lain' di belakang Syiah ini?
Jika dihalusi, banyak nilai-nilai dalam
fahaman syiah ini direstui atau serasi dengan kehendak jiwa yahudi dan barat.
Dan, menerusi inilah umat Islam dikeliru dan terus dicelarukan!
Ulamak
terdahulu pernah menguraikan tetang Dajjal di akhir zaman yang disebut sebagai
mengetuai 70 ribu bala tentera yang terdiri daripada orang Asfahan iaitu di
Parsi. Dalam hubungan ini jika dikaitkan dengan fahaman syiah Rafidhah (Imam
12), nyata ulamat terdahulu sudah dapat meramalkan kewujudan golongan tersebut.
Golongan
syiah juga dilihat terlalu membangga diri terutama ketua-ketua mereka. Khomeini
misalnya pernah menulis sebuah buku yang di dalamnya terkandung cerca hina terhadap sahabat
Rasulullah (saw). Seseorang yang telah dianggkat oleh Allah (swt) sebagai
manusia yang maksum, mulia dan suci, tergamak dan terfikirkah akal kita untuk
menerima dakwaan Khomeini itu? Begitulah kerasnya fahaman syiah ini dan kerana
itulah ia amat berbahaya kepada manusia sejagat.
Jika
semua sahabat dan kaum kerabat Nabi (saw) telah dikafirkan sedangkan mereka
bukan sahaja telah menjadi contoh-contoh pejuang Islam malah adalah juga orang
yang mencatatkan quran dan perawi hadis, apakah lagi yang menjadi rujukan agama
Islam jika dilihat dari perspektif syiah ini?
Ketiga: Fahaman syiah juga disebarkan menerusi perkahwinan. Berbekalkan paras rupa yang menarik baik lalki mahupun
perempuan (sebagai contoh umat dari Iran dan perempuan di Parsi) kini golongan
itu sedang giat menyebarkan fahaman syiah mereka menerusi perkahwinan dengan
orang Islam di negara lain yang masih belum menganuti fahaman mereka itu.
Keempat: Syiah juga didapati telah menyusuri sebagai Agama
Politik. Antara tambahan dalam
rukun Islam fahaman syiah adalah Al-Wilayah (kenegaran). Bagi golongan ini,
rukun Islam bagi wilayah mereka hanya akan sah diperaku apabila mereka dapat
memerintah dan mensyiahkan umatnya/rakyatnya.
Sebab
itu, golongan ini lebih cenderung kepada teknik pemberontakan sebagai jalan
pintas bagi mereka untuk menguasai pemerihtahan wilayah (negeri atau negara).
Demikianlah sepintas lalu syiah yang penulis fahami.
Wallahu-huallam - Allah huakbar!
Jagindas:
Nampak jelas fahaman ini menyongsang arus daripada ajaran Imam Shafie sebenar
namun mengapa ia menjadi ikutan bahkan dianggap itulah dia Islam sebenar!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.