Sabtu, 2 Mac 2013

KHALAYAK KESAL KOMANDO TERKOBAN

Gambar Hiasan: siap sedia menentang musuh!

Dakwa Kembutan Kita Memakan Diri!

PENULIS tidak berhasrat untuk mengulas atau memberi sebarang pandangan terhadap kes pencerobohan bersenjata daripada kumpulan yang mendakwa kerabat Sultan Sulu di Lahat Datu, Sabah,  yang kini menjadi fokus bacaan dunia.
            Dalam negara, sejak dua belas hari lalu, selain kisah itu menjadi pilihan utama media-media tempatan, di kedai-kedai kopi dan di majlis-majlis kenduri kendara pun termasuk di masjid dan surau-surau khalayak turut memperkatakannya. Bertambah keras apabila dua nyawa anggota keselamatan kita hilang dan tiga yang lain cedera dalam satu serangan semalam.
              "Kita berlembut tak bertempat. Selalu saja nak tunggu ada yang mati baru nak bertindak. Sedangkan mereka bukan pendatnag haram tetapi pencerroboh BERSENJATA!," itu antara komen orang awam yang kesal dua anggota komando yang terkorban dalam tragedi serangan puak penceroboh semalam.
            Seorang rakannya yang lain mencelah mengukuhkan lagi dakwaan tersebut dengan memberikan andaian sinis,: "Selalunya apabila sudah ada orang  yang mati eksisen dua tiga nyawa hilang barulah terhegeh-hegeh JKR nak pasang lampu isyarat atau menampal lubang-lubang bahaya di jalan raya. Apa kayu ukur yang dipakai mereka dalam menilai nyawa manusia..?"
            Khalayak berpendapat kerajaan sepatutnya memberikan tempoh tidak lebih daripada tiga hari untuk penceroboh bersenjata itu berundur keluar daripada negara ini. Tindakan bersenjata wajar dikenakan jika mereka gagal mematuhi arahan kita demi menjaga martabat sebuah negara BERDAULAT.
            Sebelum ini akhbar melaporkan puak penyerang terbabit hanya berbekalkan senjata lama yang dhaif sekali gus kenyataan itu memberi petanda bahawa kekuatan mereka itu ibarat 'kacang' sahaja untuk disergah.
            Setelah hilang dua nyawa (pegawai pulak tu) dan mencederakan yang lain  apa maknanya senjata lama dan senjata baru?  (malah, kalau tidak bernasib baik mungkin yang cendera akan cacat seumur hidup - mana tahu?)
            Kedua-duanya menggunakan peluru yang sama dan kuasa yang sama iaitu tembakan tepat ke sasaran mengakibatkan kematian. Nah, tembakan motar pula macam mana? Apa kah motar lama tak sekuat motar baru? Bolehkah kita pastikan motar itu sudah luput kuasa?
            Dan semalam juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, melahirkan hilang sabarnya lalu menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada pihak berkuasa untuk mempertahankan negara serta langkah-langakah pengusiran. Tanpa syarat - Satu Peluru Satu Nyawa!
            Khalayak juga kesal kerana peristiwa itu berlaku ketika negara sedang bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum. Tidak kira siapa dalangnya, yang penting langkah kerajaan adalah mempertahankan negara dari sebarang pencerobohan.
            "Mereka bukan pendatang haram atau pelarian politik. Mereka datang dengan senjata (alatan peperangan) bermakna tujuan yang tersemat dalam niatnya tentu membunuh jika diganggu. Masihkan perlu mengambil masa sehingga dua belas hari untuk mendapatkan kata putus sebuah rundingan pengganas?
            "Cuba lihat macam mana siksanya nelayan kita yang didakwa menceroboh perairan Indonesia.  Sepantas kilat mereka ambil tindakan keras padahal mereka hanyalah nelayan...
            "Berlembut biar bertempat. Jangan nanti ada yang ambil kesempatan daripada kelembutan budi bahasa kita.
            "Negara juga perlu kuatkuasa peraturan penvegahan iaitu sebarang pencerobohan perairan negara hendaklah dihadapi oleh pasukan tentera dan polis serentak,"  itulah antara luahan kesal yang dilahirkan orang ramai di merata-rata kedai kopi sekarang.
            Begitulah bunyi suara-suara rakyat apabila berdepan dengan sesuatu isu yang mengancam keselamatan negara. Apapun, rakyat jelata tidak tahu apa sebenar-benarnya berlaku atau di sebalik peristiwa itu.  Kemampuan mereka adalah melihat pada selapis pandangan umum. Namun, sekurang-kurangnya itulah tanda yang mereka kasih, sayang dan cinta kepada tanah airnya sendiri.

Jagindas: Dalangnya juga mesti diusir...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.