KASSIM AHMAD |
WALAUPUN sudah berusia lebih dua tahun, namun penulis rasa
masih ada yang belum sempat membacanya. Sebab itu, penulis salinkan semula
(dengan izin) surat terbuka penulis tersohor dan sasterawan, Kassim Ahmad,
untuk tatapan dan renungan bersama.
BAGI penulis, kandungan surat ini penuh bermakna. Mohon
dibaca.
SURAT TERBUKA
KEPADA BANGSAKU - Kassim Ahmad
KITA SATU BANGSA YANG AGUNG, YANG BOLEH
MEMBAWA KEAMANAN,
KESEJAHTERAAN DAN KEBAHAGIAN KEPADA
DUNIA: LAKUKAN!
Oleh: Kassim Ahmad
(Mera’ikan Hari Malaysia Yang ke-48 dan
Hari Kemerdekaan Yang ke-54)
1. Ucapan Najib Yang Paling Baik
Pada mulanya saya tidak bercadang hendak
menulis esei ini, tetapi apabila saya mendengar ucapan Perdana Menteri kita,
hati saya berkembang dan melafazkan: “Maha Suci Allah, Yang telah menjadikan
langit dan bumi dan di antara keduanya, yang telah memberi hidayat kepada
Perdana Menteri kami untuk membuat ucapan yang paling baik sejak beliau
mengambil-alih tampuk negara!” Tidak ada kebencian, petualang besar Anwar
Ibrahim tidak disedbut; tidak juga Mat Sabu si mulut celupar itu . Ucapan itu
rinkas dan padat, dalam bahasa sastera yang indah. Saya berasa hidup dan
perjuangan warga Malaysia yang baik sudah terbela. Perasaan kegembiraan inilah
yang mendorong saya menulis esei ini.
2. Sumpah Seorang Anak Muda
Pada waktu saya muda, berumur 26 tahun,
saya menulis:
bersama-sama, bersama-sama, kita mara,
wahai saudara-saudaraku/
seperti Tuah dan Jebat zaman dahulu/
kita telah mengangkat tanah ini tanah
tumpah darah kita/
sendiri kita akan mengawal di
pantai-pantainya/
oleh itu, datanglah, wahai
petualang-petualang yang sibuk./
(Kemarau di Lembah, Pulau Pinang, 1967;
46)
Pada tahun 1958, waktu saya berumur 24
tahun, saya menulis:
ada besok maka pasti ada suria/
aku akan pergi dengan seribu Jebat si
anak tani/
kian lama kita mati dalam setia/
kali ini kita hidup dalam derhaka./
(Ibid., ; 48.)
Nyatalah saya seorang pemberontak, memberontak
terhadap dunia lama yang menyongkong untuk mencipta dunia baru yang bebas.
Tetapi saya juga seorang patriot. Hari ini, setelah saya memasuki tahun ke-78,
pada 9 September, 2011 lalu, al-hamdulillah, saya bebas. Saya telah menyatakan
hasrat yang ada di lubuk hati saya. Dengan demikian, saya juga telah melafazkan
cita-cita luhur Bangsa Melayu. Saya telah melaksanakan misi hidup saya.
Saya
ada dua tiga rancangan penulisan yang harus saya selesaikan. Insya Allah,
menjelang akhir tahun 2013 semua kerja saya akan selesai. Selepas itu, saya
siap untuk mengadap Tuan saya serta mempertanggungjawabkan hidup saya.
3. Kejelekan Sistem Dwi-parti Barat
Beberapa hari sebelum itu, puak
pembangkang dan pengikut-pengikut mereka secara terbuka mendabik dada akan menawan
Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13. Dalam kebongkakan mereka, mereka lupa
bahawa sistem dwi-parti Pemerintah/Pembangkang itu satu kejelekan sejarah
Eropah. Kanak-kanak pun tahu untuk menggunakan kedua-dua belah tangannya
apabila memegang botol susunya, sedangkan sesetengah orang dewasa kita mahu
jadi pengikut buta Barat menggunakan sebelah tangan untuk merosakkan kerja
sebelah tangan lain!
Mereka
sudah terpengaruh dengan ahli falsafah Liberal Inggeris Thomas Hobbes yang
menyifatkan masyarakat sebagai medan perang “satu lawan yang lain” dalam
karyanya Leviathan! Saya telah menulis tentang kedangkalan falsafah ini pada
banyak tempat, kerana ia bersifat primitif dan membazir. Primitif, kerana itu
perangai manusia pada tahap paling rendah – haiwan! Membazir, kerana satu tolak
satu jadi nol. Keadaan ini sudah pun kelihatan di Eropah sendiri dengan banyak
kerajaan mereka lemah dan tidak stabil.
Kita
harus kembali kepada falsafah Islam: “Bekerjasama untuk kebaikan.” Arahan tetap
kepada orang baik dalam Quran berbunyai: “Seru kepada kebaikan dan larang
kejahatan.” Surah 3, ayat 110 berbunyi: “Kamu sebuah masyarakat yang paling
baik yang telah dilahirkan di antara manusia; kamu mengajurkan kebaikan dan
melarang kejahatan, dan kamu beriman keada Tuhan …” Tidak ada yang lebih jelas
daripada itu.
Jadi,
kita kenalah susun suatu sistem pemeritahan yang selaras dengan falsafah ini.
Semua parti yang ada dalam masyarakat kita, mewakili pelbagai jalur suku-banga
dan ideologi, boleh bekerjasama dalam sutau permuafakatan besar untuk kebaikan
rakyat kita yang berbilang kaum dan agama. Nyatalah ini suatu sistem yang jauh
lebih baik. Nasihat, teguran dan kritikan untuk mengatasi pelbagai
penyelewengan (rasuah, pembaziaran dan sebagainya) boleh dibuat dari dalam,
sementara masyarakat sendiri, melalui media dan pelbagai pertubuhan lain boleh
juga memainkan peranan ini.
4. Kategori Bangsa Sunnatullah, Bukan
Rasisme
Sesetengah rakyat kita salah sangka
bahawa kelompok suku-bangsa, seperti Melayu, atau Cina, atau India, atau
lain-lain suku-bangsa yang ada dalam Malaysia bercanggah dengan konsep
Malaysia. Oleh itu, apabila Timbalan Perdana Menteri kita berkata dia “Melayu
dulu” , orang-orang ini menuduh beliau rasis! Tidakkah mereka tahu bahawa
Malaysia itu sebuah keluarga besar yang terdiri dari pelbagai suku-bangsa?
Tidak ada kontradiksi di antara kedua-dua kategori ini. Pertubuhan
Bangsa-bangsa Berstau (PBB) dianggotai oleh 192 bangsa – China, India, Rusia,
Indonesia, Amerika Syarikat dan lain-lain.
Manusia suatu keluarga besar yang
terdiri dari pelbagai bangsa. Quran dalam Surah 49, ayat 13 mengisytiharkan:
“Wahai manusia, telah Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan, dan
menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku supaya kamu kenal satu sama lain. Yang
paling baik di antara kamu di sisi Tuhan itu mereka yang bertakwa.”
5. Bangsa Melayu Satu Bangsa Yang Agung
Sudah tiba masanya kita meningkatkan
jiwa kita menjadi jiwa yang besar. Bangsa Melayu yang mendiami Gugusan
Pulau-pulau Melayu, khasnya Malaysia dan Indonesia, mempunyai banyak cirri yang
sama. Kita satu bangsa – Melayu, yang menutur bahasa Melayu (bahasa Indonesia
itu berasakan bahasa Melayu) dan yang beragama Islam. Jumlah bangsa Melayu yang
beragama Islam 220 juta, keempat terbesar dalam dunia dan terbesar dalam dunia
Islam.
Saya
sebut perkara ini bukan kerana saya lebihkan bangsa Mealyu daripada
bangsa-bangsa lain di dunia. Tidak sama sekali. Semua bangsa sama. Tiap-tiap
bangsa ada kekuatannya dan kelemahannya. Dalam sejarah kita melihat tamadun
Mesopotamia di Iraq, tamadun Mesir, tamadun Yunani dan tamadun Romawi
naik-jatuh silih-berganti. Dalam zaman moden, tamadun Arab- Islam melalui
Turki-Islam kemudian diganti oleh tamadun Eropah Yahudi-Kristian. Sekarang
tamadun Liberal Eropah (Amerika Syarikat itu lanjutan Eropah) nyata sedang
runtuh, setelah sistem Komunis-Marxis runtuh di akhir abad ke-20.
6. Dunia Melayu Harus Pimpin Dunia
Ini menyebabkan kita berfikir tentang
sistem ganti yang pasti akan muncul dalam dua tiga dekad yang akan datang. Oleh
kerana kita orang Islam, dan kita tahu Islam itu agama yang direda oleh Tuhan
(Quran, 3: 19). Kita yakin hanya deen Islam atau cara hidup Islam saja yang
boleh membawa kemananan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada dunia. Kita yakin
kerana Islam itu “Jalan yang lurus” (Quran, 1: 6) di antara dua penyelewengan
besar Liberalisme dan Komunisme. Berdasarkan keyakinan yang logik ini, maka
kita ingin membuat saranan supaya Bangsa Melayu di Malaysia dan Indonesia
bergabung tenaga untuk memimpin dunia kepada keamanan dan kesejahteraan dalam
Abad Ke-21.
Sekali
lagi, tanpa melebihkan bangsa Melayu daripada bangsa-bangsa lain, bangsa Melayu
itu satu bangsa yang agung. Mereka mempunyai raja, pentadbir, ulama dan
sarjana, pengarang, ahli falsafah, pelukis, pelakun, penyanyi dan sebagainya
yang ramai. Biar saya sebut beberapa nama saja: Sultan Muzaffar Shah dan Sultan
Mansur Shah Melaka, Tun Mutahir dan Tun Perak Bendahara Melaka, Tun Abdul
Razak, Tun Mahathir, Tun Daim Zainuddin) (pentadbir), Pendeta Za’aba, Prof.
Ungku Aziz, Dr. Ahmad Ibrahim, Syed Hussein al-Attas, Syed Muhammad Naguib
Al-Attas Dr. Hassan Ahmad (sarjana), Prof. Ismail Hussein (budayawan), Tungku
Abdul Rahman, Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam (ahli
politik), Hamzah Fansuri ahli Sufi, Tun Seri Lanang, Abdullah Munsyi, Raja Haji
Ali, Syed Sheikh al-Hadi, Keris Mas, Osman Awang/Tongkat Warrant, Adibah Amin,
Pramoedya Ananta Toer, H. B.Jassin (pengarang), Prof. Asmah Hj Omar, Takdir
Alisjahbana (ahli tatabahasa Melayu), Muhammad Yusoff Hashim (sejarawan), A.
Samad Ismail (wartawan), Tun Ismail Mohamed Ali, (jurubank), Seniman Agung P.
Ramlee (pelakon/penyanyi), Hetty Koes Endang (penyanyi keroncong), Syed
Muhammad Naguib Al-Attas, Hamka (ahli falsafah), Syed Ahmad Jamal, Zakaria Ali
(pelukis), dan Hijjas Kasturi (juruukir).
Bangsa
Melayu tidak akan dan tidak boleh menolak penyertaan sahabat-sahabat kita dari
suku-bangsa lain di Malaysia atau dari luar Malaysia yang secara jujur ingin
menyertai perjuangan besar ini. Ini perjuangan semua bangsa yang mengiktiraf
dan menjunjung perintah Ilahi untuk berjuang di jalan-Nya. Quran menerangakan
bahawa semua masyarakat telah dikirimi rasul-rasul-Nya untuk mengajar intisari
ajaran-ajaran-Nya kepada mereka. (10: 47). Saya percaya arus ini akan bertemu
menjadi satu arus besar yang pasti akan membawa perubahan besar kepada dunia
dalam Abad Ke-21.
7. Kaum Penentang
Tidak syak lagi, penentangan akan wujud
dari dalam kalangan bangsa Melayu sendiri untuk menggagalkan perjuangan besar
ini. Ini sunnatullah. Wujudnya undang-undang ini bertujuan untuk menguji siapa
yang jujur siapa yang palsu. Kedua-dua masyarakat Malaysia dan Indonesia
mempunyai banyak etnik dengan pelbagai latarbelakang budaya. Namun demikian,
mereka disatukan dalam satu kesatuan Bangsa Melayu, bahasa Melayu dan agama
Islam. Ini menyebabkan kita memilih Dunia Melayu untuk melaksanakan misi agung
ini.
Kita mestilah menguruskan penentangan
ini dengan bijak supaya ia dapat dibataskan kepada minimum. Tidak syak lagi,
kemenangan akhir akan berada di tangan orang Islam dan mukmin, kerana mereka
memperjuangkan kebenaran Ilahi. Kemenangan bukan hanya bergantung kepada
bilangan yang besar, tetapi lebih-lebih lagi, kepada kebenaran perjuangan ini.
Kebenaran itu kebal. “Katakanlah, ‘Kebenaran telah datang dan kepalsuan hapus.
Kepalsuan senantiasa akan hapus.’ ” (Quran, 17: 81).
Pada
waktu ini, Islam mempunyai dua musuh besar: puak Yahudi-Kristian Barat, khususnya
dilambangkan oleh negara kolonial Israel di Palestin dan pelindungnya adikuasa
tunggal Amerika Syarikat. (Quran, 2: 120), dan puak musyrikin di Timur dan
Barat (Quran, 25: 55). Namun demikian, kita harus ingat bahawa benteng musuh
Yahudi-Kristian Barat ini bukan 100% kukuh, kerana wujud kumpulan humanis di
antara mereka yang menentang permusuhan ini. Umpamanya, penubuhan negara
kolonial Zionis Israel di Palestin ditentang oleh tokoh-tukoh Yahudi terkenal
seperti Einstein dan Martin Bauber. Ini kerana kumpulan spiritual-humanis ini
terdiri daripada mereka yang berpijak kepada ajaran spiritual Ilahi agama
Yahudi.
Begitu
juga dalam puak musyrikin.Oleh yang demikian, pimpinan Melayu-Islam kita
mestilah bijak mencari kawan yang ramai dan musuh yang sedikit berdasarkan
pandangann hidup spiritual Yahudi-Kristian dan tradisi-tradisi spiritual yang
lain dalam Hinduisme, Budhaisme dan lain-lain.
8. Seruan Kepada Kuasa Yahudi-Kristian
Eropah
Berdasarkan ini, Bangsa Melayu mesti
menyeru kepada kuasa Yahudi-Kristian Barat supaya bersikap adil dan saksama
terhadap umat Islam dan terhadap umat manusia seluruhnya. Dalam zaman pasca
Perang Dunia Kedua, mereka telah melakukan kezaliman demi kezaliman terhadap
Dunia Islam dan Dunia Ketiga. Mereka terus memingggirkan, malah mengeksploitasi
kedua-dua dunia ini. Negara nasionalis-kolonial Israel di tengah-tengah Dunia
Islam tetap melambangkan kezaliman total yang selama 63 tahun masih tidak
terurai. Penawanan mereka terhadap Iraq, campur-tangan mereka di Afghanistan dan
di Libya, dan penguasaan mereka terhadap umat Islam dan umat manusia melalui
Majlis Keselamatan PBB yang anti-demokratik (membohongi laungan demokrasi
Barat!). Semua ini telah menimbulkan kemarahan umat Islam. Sesetengah umat
Islam, terdesak demikian, beralih memberontak – satu pemberontakan yang
bersebab!
9. Dunia Musuh Yang Gelap
Mengikut seorang sejarawan Barat, Eric
Hobbawn, dalam bukunya, The Age of Extremes – A History of the World, 1914 –
1991 (London: 1994), masa depan dunia gelap sekali. Kata beliau: “Kita tidak
tahu ke mana kita hendak pergi. Kita hanya tahu bahawa sejarah telah membawa
kita sini, dan … mengapa. Walau bagaimana pun, suatu perkara jelas. Jika
kemanusiaan mahu ada suatu masa depan yang boleh kita nampak, ia tidak boleh
dengan memanjangkan masa lalu atau pun masa sekarang. Jika kita coba untuk
membangunkan millennium yang ketiga berdasarkan itu, kita akan gagal. Dan harga
kegagalan ini, yakni alternatif sebuah masyarakat yang berbeza, hanya
kegelapan.” (hlm. 585)
Orang
kafir itu, kata Quran, dia tidak tahu. (47: 12). Pesimime agung ini telah kita
lihat dalam karya-karya penulis-penulis Barat dalam dalam zaman di antara dua
peperangan dunia itu: dalam karya-karya Albert Camus, Jean –Paul Sartre, W.B.
Yeats dan T.S. Eliot (Kassim Ahmad, Hadis – Satu Penilaian Semula, 1986; hlm.
14-16.)
10. Amaran Keras kepada Musuh, Jaminan
Persahabatan kepada Sekutu
Jadi, biarlah kita beri amaran keras
kepada mereka. Mansukhkan semua ketidak-adilanmu, wahai adikuasa A.S.! Kami
tidak takut kepadamu. Kamu pun di ambang kehancuran. Kamu bangsa bangkrup yang
hutangya sekarang sebanyak DAS 54.856 ribu trilion! Daripada 317.8 juta
rakyatnya, serorang terhutang sebanyak DAS 175,800 dan DAS 666,593 per
keluarga. Begitu juga dengan sekutumu di Eropah. Kamu semua bangkrup; maka itu
kamu menjadi perompak! Merompak di Iraq dan di Libya!
Demikian
juga kami beri amaran keras kepada bakal musuh kami dalam Malaysia. Bangsa
Melayu terkenal sebagai satu bangsa yang sopan terhadap tetamu – “the gentlemen
of the East”, kata seorang penulis Perancis. Kerapkali mereka mengalah kepada
tetamu, bukan kerana takut, tetapi kerana kemurahan hati mereka. Tetapi apabila
mereka terdesak ke tembok, mereka akan beralih dan mengamuk, seperti Hang Jebat
, seperti dalam Peristiwa Mei 13 (di Malaysia), dan seperti dalam peritiwa
berdarah 30 September , 1965 atau Gestapo (di Indonesia).
Sejarah
membuktikan bahawa Malaysia berasal sebagai negeri-negeri Melayu, dan Cina dan
India sebagai pendatang. Berkat kemurahan hati mereka, bangsa-bangsa pendatang
ini telah diterima menjadi warganegara Malaysia. Bangsa Melayu akan menghormati
perjanajian ini sampai bila-bila. Tetapi kami beri amaran keras kepada mereka
supaya jangan melampaui batas.
Kami
memberi jaminan kepada sahabat-sahabat kami dari pelbagai suku-bangsa dan agama
di Malaysia dan di seluruh dunia bahawa kami hormat dan bersikap lembut kepada
kamu. Kamu sekutu kami dalam perjuangan besar ini. Ayuh, mara! Kejayaan besar
di pihak kita.
KASSIM AHMAD
16 September, 2011.
1504, Persiaran Kulim Golf,
Kulim Golf & Country Resort,
09000 Kulim, Kedah, D-A,
Malaysia.
Tel & Faks: 604-4031871
T/B: 012-4291152
E-mail: darul_hikmah33@yahoo.com.my
Laman web: www.kassimahmad.blospot.com
Jagindas: Demikian kata Datuk
Hang Tuah;
Baik-baik
mengail tenggiri,
Jangan terkena si-ikan parang
Baik-baik merendah diri,
Jangan sampai jadi hamba orang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.