Akankah banyak lagi Nyawa
Terkorban?
GAMBAR HIASAN: SIAPSIAGA JAGA KEDAULATAN NEGARA. |
SETELAH
berlakunya insiden serangan daripada kumpulan yang kononnya memperjuangkan waris
Kesultanan Sulu dan paling memeranjatkan apabila terkorbannya dua anggota
komando polis kita ketika pihak keselamatan dan negera sedang mengadakan
rundingan dengan puak penceroboh bersenjata terbabit, ada bermacam cerita dan
isu yang didengar dan dipaparkan oleh media-media tempatan. Berikut adalah antara yang penulis dengar
reaksi daripada khalayak tempatan terhadap insiden tersebut:
1. Laporan media ada menyebut Penceroboh
dipercayai telah masuk ke negara ini lebih awal secara berperingkat iaitu
mungkin beberapa bulan lalu.
Isunya: Barangkali mereka menyamar sebagai pendatang haram / asing. Justeru
kenyataan ini memperlihat ada kelemahan di bahagian pasukan perisik negara.
Atau apa?
2. Perdana Menteri, DS Najib Razak, yang
berang dengan kehilangan nyawa dua anggota komando polis negara terus
menyerahkan sepenuh kuasa kepada pasukan keselamatan untuk melakukan apa sahaja
demi keselamatan dan kedaulatan negara.
Isunya: Selepas kenyataan itu, enam lagi anggota polis kita terbunuh manakala
beberapa yang lain cedera. Penceroboh juga mungkin merancang menjadikan
penduduk sebagai tebusan. Walaupun kerajaan menegaskan keadaan keselamatan
penduduk di situ terkawal, hakikatnya ia menyukarkan pasukan keselamatan
berbuat tindakan drastik kerana dikhuatiri penduduk tempatan yang tida berdosa
akan menjadi mangsa. Bererti, adakah keadaan menjadi semakin sukar?
3. DS Najib kata, beliau dapat maklumat
daripada Menteri Pembaangunan Luar Bandar, Datuk Shafie Apdal, bahawa satu insiden
dimana rakyat Sabah bertindak mempertahankan kampung mereka dengan menangkap
seorang penceroboh bersenjata itu lalu terus memukul sehingga menyebabkan
penceroboh berkenaan mati. Mangsa dipercayai bercadang menjadikan penduduk
terbabit sebagai tebusan.
Isunya: Datuk Shafie lebih cekap dapat maklumat daripada DS Hishamuddin Husin,
Menteri KDN!
4. Sumber berkata, mainan kotor penceroboh
menyebabkan pasukan keselamatan terkorban apabila bendera putih yang diangkat
penceroboh bersenjata dijadikan perangkap sehingga bermulanya serangan yang
membunuh dan mencederakan anggota keselamatan kita.
Isunya: Mereka telah mencemar kedaulatan negara. Pencerobohan mereka yang membawa
senjata dan bertindak keras telah memberi signal yang mereka akan bertindak ganas.
Menjadikan bendera putih seagai perangkap adalah tindakan yang telah memperbodohkan
negara. Jadi, nak tunggu apa lagi?
5. Sumber risikan kata, ada isyarat
daripada pembangkang terlibat dalam merancang serangan pencerobohan kerabat Sultan
Sulu itu. Secara jelas nama ketua pembangkang DS Anwar Ibrahim disebut.
Justeru, Perdana Menteri sudah mengarahkan supaya supaya pihak berkenaan segera
menyiasat bagi mengumpul bukti untuk mengambil tindakan terhadap petualang
terbabit.
Isunya: khalayak berkata, terasa bebalnya
memansuhkan ISA!
6. Timbalan Presiden PKT, Tian Chua, mendakwa
insiden yang berlaku adalah permainan atau wayang BN sebagai strategi
memastikan Sabah dapat ditawan dalam PRU13 nanti. Ramai pihak marah dan membuat
laporan polis atas kebiadapan Tian Chua itu sehingga ada yang mahu kerakyatan
Tian Chua dihapuskan.
Isunya: Sebodoh itukah kerajaan BN berfikir? Sekali lagi khalayak tersentak hati
- "Kalaulah ISA masih relevan.."
7. Khalayak, pemimpin dan bekas pemimpin
negara mahu seluruh sempadan negara dan perairan negara dijaga rapi setiap saat
kerana jelas sekarang Malaysia semakin dicemburui oleh pihak dari dalam dan
luar negara.
Isunya: Kalau dalam perkhidmatan awam yang disyaki melakukan sesuatu jenayah
atau kesalahan berat, akan 'dibeku' (freezed) sementara siasatan selesai dan
hukuman dilaksanakan. Bukankah begitu juga niat ISA diwartakan agar negara
tetap aman dan 'jenayah' tidak merebak sewenang-wenangnya?
8. Tidak berapa lama dulu, media eloktronik
ada menyiarkan ketangkasan perairan negara dikawal rapi oleh anggota
keselamatan negara seperti Merin dan Tentera Laut. Rakyat bangga dengan
kecekapan serta kesiapsiagaan anggota kita menjaga keselamatan negara terutama
di bahagian sempadan dan perairan negara.
Isunya: Setelah insiden berlaku, khalayak berkata setiap masa orang mengintai
kekuatan dan kelemahan kita manakala 'yang didalam' pula mengabarkan kelemahan
kita. Apakah kita juga sentiasa berada dalam zon selesa? Atau apa?
APAPUN,
perkara sudah berlaku. Seluruh rakyat harus memahami masalah yang dihadapi
negara ketika mendepani insiden seperti ini. Jangan ada yang menuding jari sana
dan sini. Kita percaya kebijaksanaan anggota keselamatan negara. Kita juga
percaya, kebijaksanaan mengatasi tindakan pertumpahan darah kerana terbukti
begitu caranya negara mencapai kemerdekaan. Kepada yang terkorban, kami amat
menyesalinya namun begitulah janji Allah. Justeru, kepada semua rakyat beragama
Islam sedekahkanlah AL-Fatihah kepada pejuang negara itu demikian juga bagi
yang tidak beragama Islam bertafakkurlah sebentar untuk mereka. Ingatlah,
bahawa dengan keamanan inilah anda semua bebas bergerak dan bebas bercelupar
lidah. Dan, dengan kesalahan menggunakan nikmat keamanan itu juga anda telah
mengundang sesuatu yang sebenarnya anda sendiri tidak sanggup depani!
Jagindas: Kalaulah Jebat
masih hidup, tentu ISA masih relevan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.