GAMBAR HIASAN: Pengsan...? |
JANGAN
takut menghukum terhadap pihak yang memberi susah kepada kita. Misalnya, kalau
ada orang minta dibelas kasihan tinggal di rumah kita, kemudian dia bukan sahaja
tidak berterima kasih sebaliknya berbuat susah kepada kita maka janganlah takut
menghalaunya hatta menghambatnya dengan batang buluh sekalipun.
Dalam filem Nasib Labu Labi, Haji
Bakhil (lakonan Udo Omar) yang kerap berbuat pura-pura pengsan dan mati memang
menghiburkan. Kalaupun benar peristiwa itu berlaku, ia berlaku dalam keluarga
Haji Bakhil sahaja dan tidak menyusahkan ramai pihak atau orang kampungnya.
Namun, perbuatan pura-pura pengsan
atau mati yang dilakonkan oleh pencinata demonstrasi bukan sahaja menyalahi
undang-undang bahkan menyusahkan banyak pihak. Tambah lagi, perangai setan itu
turut menimbulkan bermacam fitnah khususnya kepada anggota polis, konon polis
tolak dia menyebabkan dia jatuh lalu pengsan.
Kalau begitu lebih baik bagi dia
pengsan betul-betul baru berbaloi. Apa nak ditakutkan. Orang yang mengada-ngada
dan gila bahasa, untuk melayannya pun kita kena 'gila' juga. Masa untuk berbudi
bahasa ada batasnya. Kalau ditegur tak mahu dengar, dipujuk pun tak mahu ikut,
makanya 'hentak' saja, baru dia ada akal.
Kalau tidak, semakin menjadi-jadilah 'gila bahasanya' dan
berjangkit-jangkit pulak. Akhirnya, mereka yang tidak apa-apa, kita pula yang
sengsara! Justeru, sebelum kita sengsara, biarkan dia nikmati kesengsaraan
terlebih dahulu! Setan!
Polis juga patut buat laporan dan
ambil tindakan terhadap 'mamat kucing kurap' itu kerana dia/mereka telah
menyusahkan pihak polis bahkan mengaralkan banyak masa polis daripada
menjalankan tugas yang lebih bermanfaat. Kenapa nak layan? Kerana mereka lihat
kita suka layanlah makanya lemaknya semakin tebal.
Ibarat bebudak yang tak faham-faham
bahasa setelah berulang kali dikatakan jangan buat jangan buat tapi terus juga
menghentak-hentak kaki nak juga, maka kita kena 'ajar' dia jika masih juga
berdegil.
Bagi pelempang ke, terajang ke,
cepuk kepalanya ke...kalau ada 'isi' lagi bagus, sekali celepuk, lumpuh!
Menteri KDN, DS Zahid Hamidi, sudah
beri lampu hijau kepada anggota keselamatan untuk mengambil tindakan terhadap
siapa sahaja yang cuba mengganggu ketenteraman awam atau cuba menjadikan
keadaan kacau bilau. Kalau sebelum ini heboh pasal isu mereka nak apa lagi, jadi sekarang kita nak
tunggu apa lagi?
Jagindas: Sayangkan anak
tangan-tangankan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.