Selasa, 28 Mei 2013

KALAU NASA JADI LOMPAT PARTI, ITU BUKAN LAGI CERITA..

Sentuhan Anwar Ibrahim, terkulai Nasa selama 
dua minggu
Berangan Nak Jadi Exco Kalau Tak Dapat Jadi MB

BEBERAPA hari sebelum pilihanraya umum ke 13 (PRU13) lalu, penulis sempat menjengah kawasan Parlimen Parit. Kampung Botalah tempat tumpuan utama penulis. Malah, pada hari proses pengundian pun, penulis berada di sana selama setengah hari. Macam-macam cerita ada...Maklum, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain...
            Bacaan awal memang menakutkan. Bukan sahaja Datuk Nasaruddin Hashim (Dun Bota) dikatakan kalah teruk, malah ahli parlimennya juga, Datuk Zaim Abu Hasan, juga dikatakan menempa nasib yang sama. Tegang sekejap sehinggalah keputusan di umumkan di mana ketiga-tiganya (Dua Dun dan Parlimen) menang dengan pertambahan majoriti berbanding PRU 2008. Alhamdulillah..
            Nasaruddin atau dikenali juga dengan nama Man Buti dimomokkan kononnya akan dilantik sebagai Menteri Besar (MB) jika menang. Paling tidakpun jawatan Exco. Manakala Zaim pula disasarkan akan jadi Timbalan Menteri. Itu, rumus. Biasalah.. Kadang-kadang memang ada puak yang suka mengonjak-ngonjakkan calon. Entah apa tujuannya, kurang periksalah pulak -- bagi semangat kut.
            Walaupun itu rumus dan gonjakan, namun katanya Man Muti perasan semacam hampir pasti. Yalah, siapa tak mahu jadi MB atau sekurang-kurannya exco. Diapun kira orang lama juga. Cuma dia lupa, yang dia pernah menyesakkan nafas BN Perak apabila mengisytiharkan keluar BN dan masuk PKR pada 2009 kemudian rujuk kembali ke pangkuan BN dua minggu kemudiannya.
            Kenyataan akhbarnya semalam, nampaknya bukan main patriotik lagi. Nasionalis benar orangnya!   "Jangan perlekeh kesetiaan saya kepada parti. Hentikanlah berangan kerana lompat parti tidak akan berlaku", katanya.
            Masih awal. PRU2008 pun Man Buti buat hal pada Januari 2009. Demikian suara-suara sumbang dari belakang tabir mengulas kata-kata semangat wakil rakyat mereka itu.
            Apapun, tahniahlah Man Buti kerana anda telah berjaya memenangi kerusi Dun Bota dengan pertambahan majoriti. Satu majoriti yang membuat orang-orang Pas dan PKR terkejut beruk. Yang demikian itu, bersyukur dan berkerjalah untuk rakyat Bota. Suatu masa kita akan mati juga. Oleh itu sedang masa masih ada ini, 'tebus-tebus'  lah dosa..
            Tak dapat jadi MB tak mengapa sebab singkatan nama Man Buti itu pun sama dengan MB. Kalau malas nak sebut nama penuh, kawan-kawan akan sebut YB MB juga...cuma tak sebut YAB itu saja. Hehehehe...
            Kepada YB-YB yang lain, jadi-jadilah bertenangnya. Buatlah kerja. Hampiri dan dengarlah rintihan rakyat semacam mana tuan-tuan buat ketika kempen dulu.. Namun, janganlah dengar dan lihat sahaja, segerakan tindakannya!

Jagindas: Tiga hari berturut-turut menang main Catur Dam Aji  mengalahkan 13 pemain veteran..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.