Masih Tak Boleh Berbahasa Melayu!
PENDEK
sahaja kisahnya. Kisah biasa. Berlaku di mana-mana di Malaysia ini. Namun,
bolehlah dijadikan bahan fikir sebagai warganegara Malaysia yang aman damai
ini.
Kisahnya, seorang nyonya tua lingkungan
usia 70an di kaunter bank kerana hendak memasukkan sekeping cek. Barangkali cek
urusniaga hariannya atau cek yang diberikan oleh sanak saudaranya atau apa
sahajalah!
Dikaunter, petugas kaunter
membantunya mengisikan butiran dokumen yang sepatutnya di isi sambil menyoalnya
beberapa soalan. Antaranya, petugas itu meminta dia memberikan nombor telefon.
Dia diam sahaja. Petugas bertanya lagi, adakah dia memiliki telefon bimbit
(disebutnya handphone). Dia jawab ada. Petugas itu memintanya memberikan nombor
telefon bimbitnya. Dan, dia menjawab dengan nada tinggi: GUA MELAYU TAK TAU WO!
Huh, bangga benar dia dengan
jawapannya itu. Petugas itu pun nampak malas nak layan dan terus menyegerakan
urusannya. Toleh pula ke kiri, seorang perempuan lingkungan 20an juga sedang
berurusan di kaunter. Jenuh nampaknya petugas kaunter itu hendak memahamkan
urusannya pada hari itu!
Habis! Nampaknya, kita perlu
perbanyakkan lagi sekolah vernakular dan setiap sektor awam dan swasta perlu
ada seorang atau lebih penterjemah bagi melancarkan urusan di kaunter.
Jagindas: GUA CINA TAK TAU WO.....
Setannnnn! (perkataan yang last tu pinjam Haji Bakhil punya)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.