Sekadar Info...
ALHAMDULILLAH...Akhirnya
siap terbina jua. Inilah wajah Masjid Daerah Kinta yang baru terletak di tapak
sama sebelum ini (tapak asal) di Batu Gajah (Laluan Jalan Besar Batu Gajah ke
Tg Tualang). Masjid ini adalah bina semula di mana ianya dilengkapi dengan
pelbagai kelengkapan moden termasuk laluan menaik dan turun jenis escalator.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, setakat ini masjid itu telah menelan belanja kira-kira RM 23 juta membabitkan dana kerajaan, majlis agama Islam serta sumbangan derma dan wakaf daripada orang ramai. Jangkaan kos asal pembinaan semula dan naiktaraf masjid daerah ini dikatakan pada mulanya kira-kira RM8juta.
Sumber menyebut, sebenarnya masjid tersebut masih belum siap sepenuhnya tetapi penduduk memohon izin untuk menggunakannya seawal mungkin berikutan hampir empat tahun ahli kariah bertaburan di masjid-masjid berdekatan bagi mengerjakan sembahyang jumaat, sembahyang hari raya dalam tempoh itu.
Selain itu, pelbagai aktiviti berkaitan agama Islam terpaksa di tunda atau dipindahkan ke tempat lain. Pun begitu, difahamkan beberapa perkara kecil yang masih belum selesai itu dikatakan tidaklah mengganggu ahli kariah menjalankan aktiviti ibadah di masjid berkenaan.
Jagindas: Lambang perpaduan ummah.
["Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya
orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati
adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya;
pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri
mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari)
mereka berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang
mengetahui akan hal ehwal mereka". orang-orang yang berkuasa atas urusan
mereka (pihak raja) pula berkata: "Sebenarnya kami hendak membina sebuah
masjid di sisi gua mereka"." (Al-Kahfi, ayat 21)]
Menurut sumber yang boleh dipercayai, setakat ini masjid itu telah menelan belanja kira-kira RM 23 juta membabitkan dana kerajaan, majlis agama Islam serta sumbangan derma dan wakaf daripada orang ramai. Jangkaan kos asal pembinaan semula dan naiktaraf masjid daerah ini dikatakan pada mulanya kira-kira RM8juta.
Sumber menyebut, sebenarnya masjid tersebut masih belum siap sepenuhnya tetapi penduduk memohon izin untuk menggunakannya seawal mungkin berikutan hampir empat tahun ahli kariah bertaburan di masjid-masjid berdekatan bagi mengerjakan sembahyang jumaat, sembahyang hari raya dalam tempoh itu.
Selain itu, pelbagai aktiviti berkaitan agama Islam terpaksa di tunda atau dipindahkan ke tempat lain. Pun begitu, difahamkan beberapa perkara kecil yang masih belum selesai itu dikatakan tidaklah mengganggu ahli kariah menjalankan aktiviti ibadah di masjid berkenaan.
Jagindas: Lambang perpaduan ummah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.