Elak Pelbagai Spekulasi Dan Busuk Hati!
USUL 1
MEMAHAMI..betapa
pentingnya perpaduan dalam kalangan ahli parti dari pucuk hingga ke akar umbi
dan demi memastikan keutuhan dan kekuatan parti sentiasa terjamin, segar dan
mekar sepanjang hayat..
MENGINSAFI,
bahawa betap perit dan sedihnya terhadap peristiwa pahit yang melanda Umno pada
tahun 1988 di mana ia menyaksikan UMNO terpaksa diharamkan oleh mahkamah....,
MAKA,
dengan ini adalah diusulkan supaya perwakilan Umno yang bermesyuarat pada hari
ini membuat satu ketetapan sehingga ada satu ketetapan lain yang akan dibuat
selepas ini iaitu dengan meminda perlembagaannya dan Peraturan Mesyuarat Umno Malaysia
bagi hal memilih Ahli Majlis Tertingginya (MT) yang diguna pakai pada hari ini dan
sebelumnya sebagai berikut:
Pertama: ...bagi perkara memilih seorang
Presiden Parti UMNO Malaysia hendaklah dipinda/ditambah/dimasukkan kepada: "....Tidak ada pertandingan bagi
jawatan Presiden Parti, melainkan apabila berlaku kekosongan jawatan itu dalam
apa sebab yang menyebabkan ia terpaksa dikosongkan atau apabila penyandangnya
mengumumkan untuk mengosong atau melepaskan jawatan itu pada mesyuarat
pemilihan berikutnya..."
Kedua:... bagi perkara memilih seorang
Timbalan Presiden Parti UMNO Malaysia hendaklah dipinda/ditambah/dimasukkan
kepada: "....Tidak ada pertandingan
bagi jawatan Timbalan Presiden Parti, melainkan apabila berlaku kekosongan jawatan
itu dalam apa sebab yang menyebabkan ia terpaksa dikosongkan atau apabila
penyandangnya mengumumkan untuk mengosong atau melepaskan jawatan itu pada
mesyuarat pemilihan berikutnya..."
USUL 2
"...bagi
mana-mana ahli MT, AJK Umno Bahagian, AJK Umno Cawangan dan Pemudanya, AJK Pergerakan Wanita Umno Bahagian dan
Cawangan-caewangannya yang dapat merasakan dirinya lebih sempurna bermain
dengan cucu cicit, maka hendaklah dengan sendiri dan rela hati berundur sekali
gus memberi ruang kepada yang lebih muda dan bertenaga. Demikian juga, bagi
mereka yang dapat merasakan dirinya sebagai 'pencukup' korum dan hanya sebagai
pak angguk, maka yang demikian itu mereka juga sangat-sangat dialu-alukan mengundurkan
diri dan jadilah penyokong tegar..."
Sekian
diusulkan, terima kasih.
Jagindas: Jika benar sudah
matang, kenapa perlu takut, gusar, bimbang dan tidak yakin???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.