Jiwa kacau, kacau jiwaku dibuatnya... |
TERLALU
banyak sudah yang dinanti. Menanti satu keputusan yang tak kunjung-kunjung
putus. Entah apakah penyudahnya!
Menanti pendurhaka diheret dan
dihukum. Masih menjadi tanda-tanya. Menanti sebuah organisasi dibatal atau
diharamkan, pun masih jadi tanda tanya. Menanti si celupar dicilimrerahkan
bibir dan lidahnya, cilipun masih belum nampak. Mahal agaknya harga di pasaran.
Menanti sebuah organisasi haram
diharamkan suaranya, namun yang itulah pula yang diangkat dan dipercaya! Memang
benarlah tidak salah ibu mengandung.
Menanti perimis-perimis judi haram
disita, peraih nombor-nombor ekor haram dihentak kepalanya, kelab-kelan malam
dan pusat-pusat hiburan haram dibakar, namun yang terjadi ia semakin bercambahlah
pulak.
Menanti, pendatang asing jujur
menggunakan visa dan pass kemasukannya, namun apa yang berlaku semakin
berlambak dan menyemakkan pulak. Bahkan...., ada yang sudah menjadi taukeh!!!
Penantian masih setia kerana ada
suara menteri yang keras dan bertenaga bertempik dihujung tanjung, memutar
ligat mesin cetak mencetak akhbar dan melengaskan reporter mengadun ayat. Ataukah itu sekadar suara penyapu baru?
Seorang pegawai berkata, "tunggulah jika aku berada di tempat itu
nanti, tahulah aku macam mana nak mengajar 'mereka'. Yang berlaku, setelah
menduduki kerusi empuk itu mulut, kaki dan tangannya pula yang tergari kaku!
Menanti Melayu kukuh dan padu,
alangkah menakutkan jika ia semakin rapuh dan luntur. Ada tanda-tanda
mengerikan mereka semakin mudah diperlagadan dipergunakan.
Menanti melayuku menjadi taukeh dan
tuan besar, semakin ramai pula yang menjadi kuli dan penganggur..semakin ramai
pula yang layu di tasik madu. Alangkah hibanya, melihat melayuku bertaukehkan
Bangla, Indon dan mamat Afrika...
Menanti melayuku kembali gagah dan
digeruni teman dan lawan, alahai....semakin ramai pula si lelaki yang memilih
menjadi 'aqua'
Dan, aku tetap menanti... Menanti
beberapa janji ditepati!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.