Gambar Hiasan |
Kenaikan Haga Minyak & Tarif Elekrik
Beri Kesan Ketara
TAHUN 2014 belum menjenguk lagi namun, sekarang pun sudah terasa bahang
panasnya. "Barang sudah mula naik!
Apapun sudah naik!". Itu adalah antara lontaran suara rakyat marhaen hinggalah
kepada peniaga-peniaga. Kerajaan sudah memulakan kempen penerangan agar rakyat
benar-benar faham maksud caj 'cukai perkhidmatan kerajaan' (GST) dengan jaminan
bahawa rakyat tidak akan ditindas malah ia lebih menguntungkan. Namun, sebelum
GST dilaksanakan, barang-barang sudah mulai naik secara perlahan-lahan dan
berpilih-pilih. Wallah huallah!
"Minyak naik, elektrik naik. Barang-barang mesti naik. Ini hal
tidak boleh dinafikan. Mesti berlaku. Kerajaan tidak akan mampu berbuat
apa-apa". Itu pula adalah antara cakap-cakap beberapa ahli perniagaan
dari sebesar-besar niaga hinggalah ke sekecil-kecilnya.
Itu tidak menjadi masalah.
Sebuah negara maju memang begitulah keadaannya. Mana-mana negara di dunia ini
yang telah maju pasti mengalami hal sebegitu.
Cumanya, pendapatan rakyat
kita masih belum maju. Menjelang tahun 2014 sudah ada tanda-tanda wujud garis
pemisah yang nyata antara orang kaya dengan orang miskin. Dengan kata lain,
jumlah rakyat yang miskin pasti akan lebih bertambah.
Apakah langkah kerajaan
mewujudkan pelbagai insentif dan sumbangan semasa seperti BR1M, bil percuma dan
sebagainya mampu menaikkan pendapatan rakyat?
Inilah antara kekeliruan
yang sedang berlegar-legar dalam kepala rakyat bawahan sekarang. Memang,
kerajaan telah banyak memberikan kelonggaran seperti persekolah percuma, namun
kos membesar dan memberikan keperluan asas anak-anak naik mendadak. Apalah
ertinya yuran RM100 dipercumakan tetapi hal-hal keperluan lain meningkat lebih
dari itu sedangkan pulangan pendapatan masih ditakuk lama!
Tambang bas, belanja
keperluan persekolahan, belanja harian (makan minum), kelas tambahan (tuisyen),
buku-buku rujukan dan lain-lain semuanya turut naik mendadak. Jika hanya
seorang anak, ketua keluarga masih boleh senyum lagi. Bagaimana kalau 4, 5, 6
dan seterusnya?
Adalah diramalkan keadaan
instituisi keluarga akan datang lebih mengerikan. Malah ia berlaku lebih cepat
dari tempoh yang sepatutnya. Ini kerana ibu bapa masing-masing terpaksa kerja
siang dan malam bagi menampung keperluan harian keluarga sedang anak semakin
kurang mendapat perhatian.
Sementara itu di sekolah,
barangkali masalah disiplin mungkin akan bertambah teruk. Kes-kes kecurian wang
rakan-rakan, makanan di kantin dan lain-lain mungkin kerap berlaku kerana ramai
anak-anak yang datang ke sekolah dalam keadaan yang serba kekurangan akibat
ketidaksanggupan ibu bapa menyempurnakan keperluan mereka. Guru bertambah
pening kepala! Bersabar sahajalah...
Mereka yang di atas-atas
itu adakah memang sebenar-benarnya faham erti penderitaan masyarakat marhaen
untuk hidup selesa di negara sendiri lantaran begitu bersemangat berkata dan
bersumpah akan terus menjaga kebajikan rakyat dan dalam setiap apapun yang
kerajaan lakukan ianya didakwa tidak akan membebankan rakyat??!
Benarkah begitu? Begitukah
realitinya? Kalau begitulah, maka "selamat
tinggal bungaku, aku bermohon pergi dahulu, terima kasih seruanmu, jasamu tuan untuk
diriku....."
Jagindas: Matilah aku kerana kekasih lupa janji!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.