Selasa, 15 April 2014

HUDUD: RAKYAT WAJAR SOKONG

Satu Penambahbaikan Undang-Undang Sedia Ada

POLEMIK HUDUD bergema lagi apabila Pas berkeras akan membentangkannya di Parlimen bagi mendapatkan mandat untuk melaksanakannya. Seperti biasa, DAP dan mereka yang berhati perut macam DAP tentunya akan bingkas menyergah hasrat Pas itu.
            Dahulupun, atas nama kemanusiaan (konon), iklim penduduk yang multi kaum, agama dan budaya, penulis juga agak gusar untuk menyokong hudud ini. Ini disebabkan, ketika itu, hasrat Pas itu tidak jelas tentang sentuhannya serta pelaksanaannya.
            Namun setelah meneliti serba sedikit berdasarkan perkembangan semasa, rasa takut, negeri dan zalim itu sebenarnya bersalahan sama sekali. Meskipun, namanya hukuman berdasarkan Islam (syarie) namun barang diingat tidaklah sewenang itu yang dituduh akan menerima hukuman.
            Pendakwaan, perbicaraan dan pembelaan tetap berlaku. Bermakna, saksi dan bukti tetap menjadi landas dan batas sebelum hukuman dilaksanakan. Sudah barang tentulah, mana-mana kes yang diragukan akan kesahihan kejadiannya sedang pada adat dan syak memang tertuduh melakukannya namun yang tertuduh tidaklah semudah itu untuk di pancung, dipotong tangan, di sula atau sebagainya.
            Membaca penekanan hudud (baca Di sini dan Di sini ) tiada sebab mengapa hudud itu perlu ditentang. Ia sewajarnya di sokong. Seluruh umat Islam di Malaysia bahkan semua rakyat negara ini wajar menyokongnya. Apa yang mahu diimplimenkan Pas itu (hudud) adalah suatu penambahbaikan daripada hukum-hukum jenayah yang telah dan sedang dilaksnakan oleh mahkamah sedia ada.
Justeru, penambahbaikan itu lebih kepada ketegasan mendidik manusia terutama umat Islam supaya menjauhi perbuatan jenayah yang disebutkan oleh hukum hudud itu (dalam konteks Malaysia).
Yang mahu dilaksanakan ini bukan hudud Pas mahupun Umno. Ia beteraskan Islam sebagai agama resmi negara ini. Tiada yang menakutkan atau zalim. Sebaliknya ia adalah wajar dan sudah sampai masanya ia dilaksanakan demi kesejahteraan manusia sejagat terutama umat Islam di negara ini.
Sampailah masanya kini semua wakil rakyat yang beragama Islam (tanpa mengira parti apa) bersekongkol atas satu sebab iaitu agama Islam yang jelas dan nyata maksud serta tafsirannya!
Allahhuakbar.


Jagindas: Kalau hukum gantung ciptaan orang putih dibolehkan mengapa pula hukum sula dan rejam tak boleh? Apakah kerana ia datang dari Islam, Al-Quran? Jadi, apa?  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.