Khamis, 17 April 2014

KOD ETIKA PAKAIAN

 Antara Kesedapan Mata Dan Ketegasan

BARU-BARU ini heboh juga masalah pakaian ahli parlimen Batu, Teresa kok, yang disifatkan pemerhati sebagai tidak beretika malah pakaiannya itu dikatakan hanya sesuai untuk ke pasar dan bukan untuk menghadiri sebuah persidangan yang serius. Baca di sini.
            Barangkali kerana Tersa Kok ahli pembangkang, makanya apa sahaja yang dibuat oleh pembangkang, bagi mana-mana yang tidak kena dengan penglihatan pihak lawan tentulah akan menjadi pertikaian. Hal sama berlaku juga sebaliknya.
            Yang jelas masalah etika pakaian ini bukan sahaja terkena kepada Teresa, tetapi juga tidak terkawal dikalangan penjawat awam lain sama ada dalam kerajaan mahu pun swasta meskipun kerajaan atau agensi terbabit telah menetapkan kod etika pakaian masing-masing yang perlu dipatuhi oleh semua penjawat. Lagi teruk, kalau bos-bosnya juga tidak mematuhi etika berpakaian kerja. Etika pakaian juga sebenarnya bukan diuntukkan kepada penjawat awam sahaja tetapi juga kepada orang awam yang mahu berurusan di kaunter-kaunter pejabat.
Walaupun tidak disyaratkan apa jenis pakaian itu tetapi yang penting ianya hendaklah bersopan, tidak menjolok mata serta kemas. Kecualilah dia peminta sedekah atau rakyat yang merempat hidupnya.!
            Baju lengan paras bahu sehingga menampak ketiak (bila tangan diangkat), skirt melepasi paras lutut, pakaian luar (baju, kain, seluar dsb) yang ketak metat, rambut panjang (bagi lelaki) biarpun disisir kemas, berlebai (sepatutnya bersongkok), berselipar atau yang seumpamnya dan sebagainya adalah antara bentuk pakaian yang sewenang-wenangnya diperlaku oleh penjawat tanpa sebarang tegahan.
            Jadi, mengapa Teresa Kok? Bukan bermakna saya menyokong Kok, tetapi mengapa bila dia yang berpakaian begitu mejadi pokok perbualan sedang beratus ribu lagi penjawat awam wanita dan lelaki yang tidak mematuhi kod etika pakaian bekerja tidak pun menjadi kudis?
            Dalam kod etika pakaian penjawat awam jelas disebut satu persatu garispanduan pakaian yang diluluskan malah dihujung perenggan ada disebut bahawa penjawat yang melanggar etika tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin. Huh!
            Ketua-ketua jabatan diberi tangungjawab untuk menegur dan menegaskan kod etika pakaian ini terhadap anak buahnya. Tetapi adakah ini berlaku dengan tegas? Kerana, agaknya pada masa sama, bos-bos juga ‘berkenan’ melihat anak buahnya berpakaian begitu (tapi bukan semua bos lah)..
            Justeru, oleh kerana Teresa Kok sudah ditegur, makanya kerajaan sewajarnya menegur semua penjawat awam bersabit dengan etika pakaian ini. Semua ketua jabatan perlu diingatkan kembali tentang kod etika tersebut serta bertindak tegas terhadapnya. Bukan sekadar di parlimen tetapi menyeluruh – penjawat awam kerajaan dan swasta!
            Begitu juga halnya adab dan tertib pakaian pelanggan ketika berurusan di pejabat. Peringatan diberi supaya setiap pelanggan berpakaian ‘sopan’ apabila membuat sebarang urusan di kaunter pejabat. Namun apa yang berlaku adalah mereka yang berpakaian ghairah pun tetap diberikan layanan malah, silap-silap pelanggan macam itu pula mendapat layan yang ‘agak istimewa’, hehe..
            Itu satu hal. Ada juga yang datang berurusan ke pejabat seperti hendak bersiar-siar di taman atau ke pasar borong. Begitulah nasib kod etika pakaian kita.... Justeru, yang kita bising-bising sebenarnya atas landasan apa?


Jagindas:  Suka tengok amoi K-Pop...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.