Kenaikan Harga Barangan Tidak Dapat
Dielak
KHABAR-KHABAR
mengatakan harga daging lembu akan naik menjelang Jun depan merunsingkan banyak
pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang
dikaitkan dengan kenaikan harga barangan keperluan harian terutamanya bahan
makanan memang menggusarkan kerajaan. Ini kerana kesan dan impaknya kepada
negara terutama iklim politik boleh terkesan.
Namun, kerajaan telah memberi
jaminan bahawa perkara sebegitu tidak akan berlaku dengan begitu drastik.
Justeru, rakyat tidak perlu khuatir terutama kepada umat Islam yang akan
menghadapi puasa bulan Ramadhan pada hujung Jun ini dan seterusnya menyambut
hari raya puasa sebulan selepas itu, Insya-Allah.
Memang, kerajaan wajar bertindak
cekap dan cepat dalam hal-hal yang berkaitan seperti ini. Pun begitu, dapatkah
kenaikan harga barangan keperluan harian dikawal sepenuhnya atau dihadkan
harganya mengikut kemampuan majoriti rakyat dalam satu-satu masa?
Yang jelasnya, walaupun setiap hari
ada kematian tetapi jumlah pertambahan penduduk yang hidup pada setiap hari
lebih besar berbanding matinya. Dengan kata lain, jumlah pengguna akan
bertambah setiap masa sedangkan jumlah bekalan bahan mentah keperluan harian
tidak seiring dengan permintaan.
Bererti, pada masa akan datang kalau
tidak pun bermula Jun depan, harga barang pasti akan naik dan terus naik. Bukan
kerana cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tetapi secara umumnya ia
disebabkan jumlah permintaan melebihi perbekalan.
Justeru, usaha kerajaan pada jangka
panjang adalah bagaimana untuk memantapkan pendapatan negara dan pada masa sama
meningkatkan pendapatan rakyat atau seisi keluarga.
Yang makan gaji, gajinya dinaikkan.
Yang bertani, hasil taninya bernilai tinggi. Bunyinya macam walhasil balik asal
tetapi itulah realitinya. Namun, jika pendapatan besar ini dapat dilakukan, ia
tidak akan memberi makna jika bahan keperluan tiada di pasaran. Misalnya, apalah
maknanya jika setiap isi rumah broleh pendapatan RM20,000 sebulan pun tetapi
beras (atau lain-lain keperluan) tiada dipasaran!
Nah, maknanya krisis makanan pasti
akan berlaku dari masa ke masa. Dengan pertambahan penduduk, pengeluaran dalam
negara pastinya tidak dapat menampung keperluan. Pada suau ketika nanti, negara
pembekal juga tentunya akan mementingkan keperluan negaranya juga.
Jagindas:
Demikian Allah mengingatkan supaya umatnya
tidak berlaku zalim dan membazir. Jika umatnya sentiasa beringat-ingat, nescaya
Allah akan cukupkan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.