Lama, Lembab Atau...?
BARU-BARU ini
ada ura-ura konon dua menteri besar (MB) akan digugur dan digantikan dengan MB baru.
Tentulah mereka itu daripada MB yang kerajaan negerinya adalah Barisan
Nasional. Tapi Siapa? Kenapa pulak?
Congak punya congak dari Perlis
sampai ke Johor dan naik ke Pahang, Trengganu dan rasanya tak ada pun yang
wajar ditukar sekarang. Perlis? Apa masalahnya? Negeri kecik jer…Kedah? Apa
yang tak kenanya dengan anak Tun Mahathir itu?
Ketua Menteri (KM) Sarawak , baru sangat angkat sumpah manakala Sabah pula kira sudah cantiklah tu, nak macam mana lagi? Lagi pun, kalau ikut kenyataan pihak terbabit adalah MB. Bermakna KM tak masuk kira kut...
Ketua Menteri (KM) Sarawak , baru sangat angkat sumpah manakala Sabah pula kira sudah cantiklah tu, nak macam mana lagi? Lagi pun, kalau ikut kenyataan pihak terbabit adalah MB. Bermakna KM tak masuk kira kut...
Barangkali Dr. Zambry di Perak kah? KM
Melaka dan Johor, baru lagi. Atau mungkinkah Tok Nan yang selalu bikin
kontroversi di Pahang? Tok Nan pun rasanya agak lama juga memerintah Pahang.
Tapi setakat ini ada masalah besar ke?
Tok Mat? Huh, betapa cantik, indah
dan gahnya Trengganu sekarang. Takkahlah nak potong stim kut! Tak kanlah kerana
isu bola sepak....Jadi, siapa ya? Atau ini adalah satu lagi cerita dongeng
penglipur lara sekelompok orang BN yang mati angin.
Apapun, tentulah BN telah
mengenalpasti sebab mursabab mengapa pertukaran atau penggantian itu perlu
dilakukan. Prestasi MB terbabit pastinya dilihat daripada pelbagai sudut
terutama dalam urusan membangunkan negeri masing-masing serta rakyat jelatanya.
Kalau asyik senyum tersengah
memanjang pantai tapi apa kerja pun tak nampak tak guna juga. Begitu juga kalau
nampak samseng semacam sampai boleh menimbulkan pelbagai fitnah pun tak guna
juga.
BN tentunya mengimpikan pemimpin
yang faham, tahu dan mahu buat kerja. Proaktif, beridea baru serta mencabar dan
bersifat komersil.
Seperti biasa, jika benar ini akan
berlaku, ia tidak akan terhenti di situ sahaja. Justeru, mari kita lihat siapa
yang KENAAAA......
Jagindas: Masa tak merintah mengentak-ngentak nak merintah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.