Terima Berkerja Tapi Tiada Waktu Solat
KASAR pulak tajuk cerita hari ini. Seorang anak
muda menceritakan kepada saya pengalamannya mencari kerja sambilan bagi mengisi
masa senggangnya sementera menunggu keputusan untuk menyambung pelajaran di
Institusi Pengajian Tinggi (ITP). Dia baru saja memperoleh keputusan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mata komulatif 3.17
Katanya, taukeh kedai itu boleh
menerimanya berkerja tetapi dia hanya diberikan masa rehat sejam iaitu dari jam
1 hingga 2 petang sahaja. Manakala, tidak ada masa untuk sembahyang asar dan
maghrib. Bermakna, sembahyang zohor bolehlah di curi-curi masanya antara jan 1
– 2 petang itu.
Disebutkan masa sembahyang asar dan
maghrib kerana waktu bekerjanya adalah bermula pukul 10 pagi dan tamat pada pukul
11 malam (13 jam berkerja).
Justeru, dia terpaksa menolak
tawaran tersebut atas sebab-sebab peribadi. Secara peribadi, penulis dapat
simpulkan beginilah lebih kurang:
1.
Itulah
satu cara halus taukeh itu (bukan Islam) untuk menolak pekerja dari kalangan
melayu (dan beragama Islam) melainkan mereka yang tidak ambil kisah bab-bab
sembahyang.
2.
Itulah
juga secara halus taukeh tersebut (barangkali juga ramai lagi di luar sana)
untuk menzahirkan yang mereka tidak menghormati agama Islam.
3.
Kalau
pun dia menawarkan gaji minima RM900 sebulan, namun waktu bekerjanya adalah
melebihi 8 atau 9 jam. Dan masa-masa lebihan itu tidak dikira sebagai kerja
lebih masa atau dibayar elaun khas. Bab ini mungkin ada kesilapan daripada
pihak kerajaan ketika menetapkan gaji minima tetapi tidak menegaskan tempoh
waktu bekerjanya secara jelas. Malah, dalam hal ini penulis difahamkan berlaku
dikebanyakan sektor swasta.
4.
Selebihnya,
anda fikirlan sendiri...
Sebenarnya,
cerita-cerita tengik-bengik seperti ini yang mengaitkan antara orang melayu
sebagai pekerja dan bukan melayu sebagai taukeh, sudah lama penulis dengar.
Ramai rakan-rakan yang berkerja dengan taukeh cina merungut masalah
‘diskriminasi’ taukeh-taukeh terhada
Justeru, bayangkanlah kalau negara ini ‘mereka’ yang memerintah
sepenuhnya! Ada mereka kisah siapa kamu?
p pekerjanya.
Dalam pada itu, penulis sempat juga berbual-bual dengan
seorang taukeh mengenai masalah dia mendapatkan pekerja. Katanya, jadi taukeh
pun sekarang ini serba salah untukmendapatkan kuli (pekerja).
Menurutnya, jika mengambil oang
cina, taukeh tak boleh tahan sebab ‘demand’-nya tinggi. Gaji nak besar, kerja
tak boleh lebih 8jam dan setiap Sabtu, Ahad dan cuti umum mesti cuti. Sedangkan
taukeh itu menjalankan perniagaannya 6 hari seminggu.
Kalau ambil orang india pula,
katanya berlaku masalah ‘panjang tangan’ pula. Manakala kalau ambil pekerja
melayu, kebanyakannya cakap saja pandai tapi yang nyata adalah malas dan
berkira kerja.
Tapi, dia puji sungguh orang Myanmar... Begitulah rungut
taukeh itu.... (untuk rekod, taukeh itu adalah pemilih bengkel membaiki dan
servis kereta-kereta berprestej)
Jagindas: Didoakan semoga budak melayu itu dapat melanjutkan pelajarannya di
universiti dan suatu hari nanti dia akan menjadi taukeh yang budiman,
InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.