Jumaat, 25 April 2014

PEMANDU DAN BAS WAJIB DISARING SETIAP HARI

GAMBAR HIASAN
Nyawa Lebih Berharga Daripada Keuntungan

SEBELUM INI, setiap kali bertemu Ramadhan dan Syawal, jumlah kemalangan maut membabitkan kenderaan awam termasuk bas ekspres dan bas persiaran bagaikan satu fenomena biasa yang akan berlaku atau seperti musimnya sudah tiba.  Malah, setiap kali menjelang hari raya (puasa) kedengaran cakap-cakap di kedai kopi menjangka-jangka berapa pula yang akan maut menyambut raya tahun itu. Begitulah hebatnya penangan masalah tahap keselamatan pengangkutan awam kita khususnya yang membabitkan bas ekspres.
            Bukan sepuluh, rasanya sudah berbelas tahun kebelakangan ini begitu. Dan, antara sebab yang dikaitan dengan kemalangan itu adalah kerana pemandunya dipercayai memandu secara berbahaya dan ada juga mereka yang terlibat dengan pengaruh dadah. Bermakna, isu pemandu bas dengan pengaruh dadah ini sudah lama. Jadi, mengapa sekarang setelah beratus-ratus nyawa terkorban barulah pihak berkuasa beria-ia benar untuk membuat saringan secara serius terhadap pemandu bas ekspres dan persiaran. Itu pun setelah dikerahkan oleh menteri terbabit. Agaknya, kalau menteri tak jerkah barangkali sampai sekarang pun masih begitu.
            Apu Pun, baguslah. Kita ucapkan terima kasih di atas kesediaan pihak terbabit untuk bertindak demikian meskipun agak terlewat. Sudah tentu, apabila perkara yang tidak biasa dilakukan tiba-tiba dikuatkusakan makan pastinya ia akan menimbulkan isu dan pelbagai tentangan; sama ada daripada pihak pemandu sendiri mahu pun tuan punya syarikat kenderaan pengankutan awam terbabit.
            Oleh kerana ramai pihak yang mengejar keuntungan dan kepentingan peribadi sehingga sanggup mengabaikan nilai nyawa manusia, maka pihak berkuasa wajarlah ‘berkeras kepala’ melaksanakan pemeriksaan terhadap semua pemandu bahkan memastikan tahap selamat kenderaan terbabit dari semua sudut. Usahlah dilayan apa juga alasan atau kerenah yang pihak terbabit kemukakan. Dispilin mereka dari A ke Z.
            Ini bukan kali pertama, bukan seorang dua malah sudah beribu kali peringatan dan nasihat diberikan namun ianya bagaikan air lalu di daun keladi. Fikirkan harga nyawa penumpang. Fikirkan harapan penumpang serta orang-orang yang disayangi. Fikirkan betapa ruginya kerajaan bagi setiap nyawa yang terkorban tanpa sebab yang menusabah malah bagaikan di tempah-tempah.
            Pihak berkuasa wajar memberikan jadual khas kepada pengusaha supaya sejam sebelum bas berlepas, semua pemandu termasuk taukeh (atau wakil khas) syarikat berada di satu tempat khas khusus untuk kerja-kerja saringan. Pada masa sama, semua kenderaan turut diperiksa status keselamatannya. Jika gagal mematuhi prosedur dan syarat-syarat yang diwajibkan, maka batalkan pergerakan bas tersebut untuk hari berkenaan walaupun pemandu dan ko-pemandunya telah disahkan bebas dadah atau berstatus siuman. Satu peringatan: semua pihak yang terbabit mestilah telus, jujur serta penuh integriti.
            Bukan setakat itu sahaja, jika keadaan demikian berlaku (pegerakan dibatalkan) maka pengusaha bas ekspres/persiaran terbabit diwajibkan menyediak sebuah kenderaan dan pemandu yang selamat pada hari itu juga supaya semua penumpang dapat sampai ke destinasi masing-masing, walaupun sedikit terlewat.
            Pokonyanya di sinipenumpang tidak bersalah dan mereka sudah menjelaskan kos perkhidmatan. Justeru, tiada sebab halangan-halangan tersebut mengganggu jadual pergerakan mereka. Jika pengusaha gagal berbuat demikian, kerajaan wajar membatalkan lesen perniagaan mereka serta merta. Biar kurang pengusaha bas ekspres/persiaran kerana tiada gunanya perkhidmatan yang berlabak-lambak jika penumpang ibarat menghantar nyawa ke neraka!
            Mungkin dalam setahun dua ini isu tersebut menjadi hingar bingar dan kelancaran perkhidmatan bas awam/ekspres kita akan terganggu. Tetapi percayalah jika tindakan ini dibuat secara berterusan, tegas dan telus, pada masa akan datang ia akan dihormati oleh rakyat dan seluruh pengguna dari dalam dan luar negara.



Jagindas:  Asal tidak bermusim-musim...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.