Kumpulan RBA Bila Lagi?
SECARA
peribadi, penulis mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa kerana telah
Berjaya menahan pemunya akaun facebook (fb) bernama ‘ Syed Saifullah’ yang
dipercayai telah membuat fitnah terhadap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor,
melalui akaun fb-nya itu baru-baru ini. Baca di sini.
Kita puji atas kecekapan pihak
berkuasa mengesan, menahan sekali gus dapat membendung pengusaha gejala buruk
itu daripada terus berbuat onar. Dia dan rakan-rakannya sewajarnya berterima
kasih kepada pihak berkuasa kerana paling tidak tindakan itu dapat mengurangkan
sedikit dosa fitnah yang dilakukannya agar ia tidak berterusan.
Bagaimana pula dengan mereka yang
yang menggunakan media sosial atas nama Red Bean Army (RBA). Apa pula
pertimbangan pihak berkuasa terhadap nilai kemarabahayaan RBA berbanding pemilik
akaun fb Syed Saifuddin dan mereka yang seumpamanya?
Inilah hal yang kadang-kadang sukar
nak diterjemah dan susah nak di jawab bila ada pihak yang berkata kalau melayu
buat salah sepantas kilat tindakan diambil tetapi kalau bukan melayu yang buat
ada sahaja karenah alasan yang diberikan oleh pihak terbabit....
Jagindas:
????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.