Ahad, 6 April 2014

PERISTIWA BERDARAH KG MEMALI DIUNGKIT SEMULA..

Tun Musa Hitam
Harap Luka Lama Tak Berdarah Kembali

DATUK SERI NAJIB bersama pasukan Barisan Nasional (BN) beliau sedang berusaha mengemaskan kedudukan kerajaan BN agar ia akan terus relevan, unggul dan utuh menjadi kerajaan yang memerintah Malaysia. Kerajaan yang memperjuangkan kedudukan melayu dan Islam ke persadanya yang sebenar di samping hak-hak kaum lain tidak dinafikan – asal jangan kurang ajar sudah!
            Kalau boleh, segala kisah silam, semua kesilapan lalu bahkan sebarang keterlanjuran lampau hendaklah dibuang jauh. Dilupakan. Sejarah hitam disimpan dan tidak diungkit-ungkit lagi.
            Ibarat perselisihan dalam rumah tangga, kedua-dua suami isteri sewjarnya dapat melupakan semuan kekeruhan itu (yang hitam dan yang pahit) sebaliknya besama-sama menjernihkan keadaan agar rumah tangga kembali aman sentosa dan berbahagia di samping anak cucu.
            Jika orang melayu terus mengungkit kisah zalim yang dilakukan oleh cina (komunis) terhadap orang melayu, sampai bilapun kesentosaan tidak akan tercapai. Jika orang Malaya sentiasa mengungkit keganasan orang Jepun ketika tiga tahun lapan bulan memerintah Malaya, mengungkit betapa rakus orang putih mengagut untung hasil mahsul bumi Malaya dan bermacam-macam lagi kisah silam yang malang, barangkali Malaysia akan hidup bersendiri dan tak mungkin membangun dan maju seperti sekarng.
            Seperti kata pepatah melayu: buang yang keruh ambil yang jernih. Ini kalau betul-betul kita mahukan kesentosaan. Membuang yang keruh bukan bererti sejarah dilupakan sebaliknya menjadkannya sebagai sempadan agar kesilapan dan kebodohan lalu tidak berulang mahupun diulang kembali. Dengan itu, kita akan terus menapak ke hadapan tanpa rasa ciriga, sangsi, prejudis dan berprasangka buruk lagi. Memang, bkan senang untuk menyatukan air dengan minyak!
            Rasanya, ramai yang faham terhadap falsafah itu. Namun, kenapa tiba-tiba sahaja bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam, mengungkit kisah memali dengan meletakkan kesalahan sebenar adalah di tangan Tun Mahathir (Perdana Menteri ketika itu). Bertujuan apakah Tun Musa secara dengan sengaja membuka polimik tersebut?
Baca di sini dan di sini.
            Serentak pendedahan itu, maka ramailah yang mengalu-alukan Musa lalu terus menghukum kononnya “sebuah penipuan besar akhirnya terbongkar juga..”  Kononnya, setelah hampir 30 tahun, akhirnya barulah media berpeluang memberi ruang kepada Musa menyatakan kebenaran.
            Pada hal, pendedahan baru berlaku dari sebelah pihak yang mana hanya Musa sahaja yang tahu sebab mursababnya. Apa yang terdetik dalam hatinya tidaklah siapapun tahu melainkan dia dan Allah sahaja! Bermakna, belumlah pastikan yang dilaporkan Musa itu adalah yang sebenar-benarnya.
            Justeru, jika sekalipun isu ini mahu dibangkitkan semula, diungkit dan disabitkan, maka satu kajian ilmiah perlu ada. Sekalipun, selepas ini Tun Mahathir (Tun M) pula menegakkan kebenarannya, itu pun masih tidak boleh diterima sebagai titik untuk menyebelahi Tun M. Akhirnya, polimik sebegitu tidak akan berakhir bahkan akan menimbulkan porak peranda, prejuduis dan menebalkan lagi berperasangka buruk terutama sesama kaum melayu dan sesama orang Islam di negara ini.
            Meskipun Musa melandaskan dakwaannya itu sebagai fakta, rasanya yang didakwa juga akan mengemukakan fakta juga untuk membela dirinya yang dianggapnya sebagai fitnah.
            Jadi, kedua-dua fakta dari kedua belah pihak ini perlu dihakimi dengan menyusuri semula semua fakta sejarah pada saat dan ketika itu. Cadangan supaya satu suruhanjaya (RCI) ditubuhkan bagi merungkai dan menghukum dakwaan Musa itu wajar di sokong. Namun, pada penghujungnya satu ketetapan perlu diperhalusi bahawa untuk apakah semuanya itu diungkit kembali di saat-saat kecelaruan pemikiran politik tanah air sedang berlaku?
            Katakanlah Musa betul, hendak dimengapakankah Tun M? Begitu juga katakanlah Musa tersilap dakwa, hendak diapakan pula Musa ini? Musa juga harus ingat, ketika itu beliau adalah Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga telah diamanahkan sebagai Pemangku Perdana Menteri.
            Sebagai menteri KDN tentunya Musa telah diberikan kuasa-kuasa sepenuhnya untuk menjaga keselamatan dan keamanan dalam negeri. Atas kesibukan Tun M ketika itu, tentulah Tun M sudah meletakkan keprcayaan sepenunya kepada Musa untuk berhadapan dengan isu berkenaan (Memali).
            Barangkali, ketika itu Tun M amat mengharakan kebijaksanaan Musa dan pada masa sama Musa pula mahu Tun M mendepani isu tersebut secara bersama atas kapasiti Tun M sebagai Perdana Menteri.
            Musa sudah bercakap. Dan, yang tidak kita mahu lihat adalah ada pihak yang mengambil kesempatan mendarahkan kembali luka lama yang telah sembuh meski parutnya masih nyata...


Jagindas:  Santunkah kita mengeruhkan air yang telah jernih..?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.