KHABARNYA, ramai artis veteran kita sedang sakit. Diharapkan
mereka yang berkenaan bersabarlah menghadapi ujian Allah Taala ini. Demikian
jugalah kepada ahli keluarga masing-masing. Selain dari berusaha mendapatkan
penawarnya di dunia ini, berserahlah kepada tuhan kerana Dia-lah yang maha
mengatur segala-galanya.
Setiap
manusia pasti akan diuji Allah dan Dia sahajalah yang maha tahu bentuk dan
ketikanya ujian itu akan diberikan.
Insaf,
taubat itulah yang sebaik-baiknya kita amalkan setiap waktu. Semoga Allah
melindungi kita semua daripada segala kejahatan dan kemungkaran.
Untuk semua umat Islam, saya
berdoa semoga saudara-saudara yang sedang bertarung dengan penyakit yang dihidapi
masing-masing dipermudahkan Allah untuk sembuh, InsyaAllah. Kuatkanlah iman, dan
pasrahlah bahawa kematian itu satu kepastian manakala hidup adalah InsyaAllah.
Jagindas: ....Al
Fatihah buat mereka yang telah mendahului kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.