Jumaat, 27 Julai 2012

BAZAR RAMADHAN 1433H MALAP

PASAR RAMADHAN SUATU KETIKA DULU........
sekarang tidak lagi penuh sesak

RAKYAT AMBIL LANGKAH ELAK PEMBAZIRAN
kesedaran terhadap kawal perbelanjaan meningkat

 SUASANA pasar ramadhan tahun ini nampaknya tidak sebegitu meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Selain daripada kurangnya penyertaan peniaga-peniaga di pasar berkenaan, sambutan daripada orang awam juga turut muram.
            Selama seminggu berpuasa, tinjauan kulukelio.blogspot,com ke beberapa kawasan perniagaan pasar tersebut mendapati suasana agak muram dan tidak seceria sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
            Tahun ini, dipercayai ramai yang memilih untuk menyediakan makanan dan juadah berbuka secara sendirian bagi mengelakkan pembaziran dan mengawal perbelanjaan.
            Orang awam yang ditemui berkata, kebanyakan mereka datang ke bazar hanya membeli ala-kadar manakala selebihnya adalah sekadar untuk mengisi masa lapang sambil menunggu waktu berbuka.
            Sementara itu, beberapa peniaga yang ditemui mengakui sambutan orang ramai terhadap pasar ramadhan kali ini amat merosot menyebabkan banyak peniaga yang terpaksa membawa balik lebihan barangan jualan berikutan kurang laku.
            Peniaga juga mendakwa tahun ini juga sambutan daripada kaum-kaum lain terutama orang cina terhadap pasar itu agak pelik berikutan kurangnya kaum itu datang membeli berbanding tahun-tahun lalu.
            Selain itu, mereka berkata jumlah peniaga juga berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya berikutan dakwaan pihak kerajaan tempatan mengenakan sewa tapak yang agak mahal.
            "Perniagaan Ramadhan ini sebenarnya tidaklah seuntung mana. Sepatutnya pihak kerajaan tempatan mengenakan sewa yang murah bawah RM100 untuk tempoh sebulan. Bukan banyak untung, kebanyakannya berniaga secara suka-suka sahaja. Jadi tak payahlah nak kenakan sewa tapak sampai beratus ringgit", kata peniaga-penaiaga yang ditemui di salah sebuah pasar ramadhan di sekitar Batu Gajah dan Kampar.
            Seorang suri rumah, Zurinah 49, berkata tahun ini beliau memilih menyediakan makanan sendiri sebagai langkah berjimat cermat dan untuk mengelakan pembaziran.
            "Daripada pengalaman lalu, membeli memang seronok, namun bila sampai masa berbuka, banyak makanan yang tidak habis," katanya.

Jagindas:   suka berbuka dengan capati dan kari kambing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.