Rabu, 18 Disember 2013

BERSUNAT DAHULU DAN SEKARANG

Dulu Takut, Sekarang Syok

ZAMAN dahulu, masuk jawi atau bersunat atau berkhatan rata-rata dilakukan secara tradisi iaitu dipotong oleh Tok Mudim. Kira-kira 40 - 50 tahun lalu. Sama ada kecil atau besar majlisnya, upacara penyunatan itu tetap dilakukan oleh tok mudim dengan orang-orangnya mengikut langkah-langkah tertentu. Duduk atas batang pisang adalah satu perkara yang mesti...
            Masa itu, saguhati untuk tok mudim bukannya mahal sangat. Tetapi walaupun RM5.00 bukanlah semudah itu untuk mendapatkannya. Itu yang menyebabkan bagi keluarga yang dhaif, anak jantan mereka terpaksa disunatkan seusia 14 tahun. Malah yang berusia 15 dan 16 tahun pun ada. Huh, terkejut beruk tok mudim dibuatnya! Faham-faham sajalah...bebudak unur 16 tahun..
            Itu satu hal, bagi yang kulitnya tidak bermasalah, dalam tempoh seminggu kira sudah sihat. Tapi bagi yang bermasalah, ada yang sampai tiga minggu masih terbaring terkangkang bersendalkan buluh antara kedua-dua lutut. Itu belum kes 'tumpah darah'. Sebab itu budak-budak zaman dahulu takut dengan tok mudim aau bersunat disebabkan benda-benda macam itu selain dikatakan sakit.
            Demikian juga bagi golongan marhaen, kendurinya pun dibuat ala kadar. Ada sesetengah tu 'menumpang kasih' sahaja dengan kenduri jiran tetangga. Sekadar doa selamat menghimpun keluarga terapat dan jiran-jiran itu sudah amat memadai.
            Itu adalah cerita bagi keluarga masyarakat marhaen. Namun bagi yang kaya, meriahlah.. macam menyambut pengantin. Pendek kata diadun bagaikan anak raja menaiki takhta.
            Namun, zaman sekarang majlis bersunat (masuk jawi) atau berkhatan sudah begitu ringkas. Maksudnya dari segi praktis khatan itu sendiri. Bawa jumpa doktor atau jemput doktor atau pengamal perubatan moden ke rumah dan dalam tempoh beberapa saat sahaja sudah selesai. Bukan itu sahaja, paling kuat pun empat hari. Bagi yang mudah pula sehari dua sahaja berehat manakala esok lusanya sudah boleh bermain semula.
            Payah juga nak dengar remaja berusia melebihi 12 tahun baru bersunat, lainlah kalau baru masuk Islam.
            Majlis pula bergantung kepada kemampuan keluarga. Yang ada duit macam kenduri kahwinlah siap ada buah tangan (cenderahati) untuk tetamu lagi. Cuma adat tradisi yang tok mudim buat sudah tiada lagi..
            Seronoknya bebudak zaman sekarang, kalau bersunat boleh kumpul duit. Ada yang boleh kumpul sehingga mampu membeli peralatan gajet seperti komputer, i-pad, tablet phone dan sebagainya. Sebab itu kanak-kanak hari ini kalau sebut nak di sunatkan, mereka seronok. Tak takut macam kanak-kanak dulu-dulu.
            Bebudak dulu yang mana yang tahu kena khatan mukanya masam malah ada yang lari menyorok membuatkan ahli keluarga kelam kabut. Tetapi sekarang ini, mereka begitu seronok. Bukan sahaja seronok diraikan tetapi mereka juga tahu selepas bersunat mereka boleh kumpul duit. Mak bapak sekarang pun sudah 'sporting' sebab mana-mana duit yang tetamu berikan, mereka tidak menggunakannya malah terus diberikan kepada anak yang dikhatankan.
            Dalam pada itu, agaknya kerana keadaan sudah jauh berbeza dan 'manfaat' sunat itu pula telah diperakui oleh dunia perubatan moden maka tidak hairanlah ramai kaum lelaki yang bukan Islam juga sudah menerima hakikat berkhatan.      Rakan-rakan penulis (yang bukan Islam) juga banyak yang sudah bersunat dan menyunatkan anak-anak mereka ketika anak-anak mereka masih kecil atau kanak-kanak. Bila di tanya kenapa? Dia jawab: sebab mahukan bersih. Hairannya, anak mereka yang perempuan tidak pula begitu...

Jagindas: Ada rakan kena sunat sekali lagi konon katanya dah menyorong pulak dah.... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.