TAHNIAH TUAN SPEAKER DUN MELAKA !
TINDAKAN Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad, membuat keputusan menggangtung lima
anggota DAP menghadiri sidang Dewan DUN Melaka, selama enam bulan kerana
mengingkari dan menimbulkan kekecohan pada persidangan dewan hari ini, amat
bertepatan dan diUcapkan syabas dan tahniah.
Mereka
terbabit ialah Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana); Goh Leong San (Kesidang);
Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh); Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Lim Jak Wong
(Bachang).
Saya
amat mengormati tindakan speaker yang telah menggunakan kuasa yang ada pada nya
bagi memelihara kehomatan, marwah dan kesucian dewan sekali gus mengajar semua
ahli dewan supaya duduk dalam dewan sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab,
professional, beradab serta berpekerti mulia.
Malah,
jika sepeaker berpendapat tindakan seperti itu boleh diambil lebih awal, maka
untuk masa akan datang dewan tidak lagi perlu memberikan ruang yang lama atau menunggu
masa-masa kecoh sebelum keputusan mengusir, menanganggug mahupun menggantung
ahli dewan yang biadap.
Dari
sinario peristiwa tersebut, jelas ketidakfahaman bahasa (bahasa melayu)
menyebabkan berlaku salah erti dan seterusnya menjadikan dewan kecoh lagi
memalukan. Malah, berdasarkan sepanduk yang dibawa ke dalam dewan mereka juga
memang tidak menghormati bahasa melayu.
"Nampaknya
beza antara ayat tanya dan ayat pernyataan pun mereka tidak faham bagaimana
pula mereka hendak memahamkan hal-hal yang lebih berat daripada itu?
"Walaupun
sudah diperjelaskan oleh speaker, tetapi masih juga menegakkan benang basahnya,
itu bererti mereka sengaja mencari fasal untuk menjadikan isu yang akhirnya
membazirkan masa persidangan dewan"
Itulah
antara ulasan orang ramai ketika meneliti kes tersebut yang menyokong penuh
terhadap keputusan yang dibuat oleh speaker berkenaan. Mereka juga mahu pada
masa akan datang speaker terus menggunakan peraturan dewan tanpa memberi ruang
yang lebih kepada semua ADUN mahu pun Ahli Parlimen yang berkelakuan biadap
ketika dalam dewan.
Menurut
mereka tindakan speaker DUN Melaka itu juga wajar dijadikan contoh oleh semua
speaker DUN di seluruh ini dan juga Speaker di Parlimen.
Jagindas: TUAN YANG DIPERTUA, SAYA MERAKAMKAN SEBESAR-BESAR UCAPAN SYABAS DAN
TAHNIAH. SELAMAT BERSIDANG DENGAN AMAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.