Pemandu Teksi Juga Perlu Mesra Pengetahuan
"SEBUAH KERAJAAN
yang perihatin. Kerajaan yang merealisasikan slogan yang dilaungkan tidak hanya
manis dimulut dan indah pada tinta tetapi praktikal".
Itulah yang rata-rata yang diucapkan oleh
rakyat jelata terutama golongan marhain. Semua lapisan dan taraf sosio rakyat
mendapat perhatian kerajaan dengan satu matlamat mengongsikan kemewahan negara
bersama rakyat yang sepatut memperolehnya. Ada pula yang bertanya: Nak apa
lagi?
Terbaru,
Perdana Menteri, Datuk Seri Najid Tun Razak, melancarkan program
Duta Teksi Pelancongan sebagai usaha mempromosi keunikan Malaysia sebagai
destinasi pelancongan terunggul di Dataran Putra semalam. Mereka yang
terbabit dengan program tersebut diberi insentif RM100 sebulan.
Najib
percaya bahawa pemandu teksi
yang sopan, beradab tinggi, sentiasa senyum dan mesra menceritakan
perkara-perkara baik mengenai Malaysia dapat memberikan gambaran baik kepada
negara.
Seperkara
lagi, semua pemandu teksi di negara ini sewajarnya berkemesraan pengetahuan
iaitu mereka seharusnya memiliki pengetahuan terhadap negeranya sendiri
terutama hal-hal yang berkaitan dengan sejarah dan perkembangan pembangunan
semasa negaranya.
Barangkali,
mereka tidak perlu mengikuti kursus ilmu pengetahuan seperti itu tetapi memadai
mereka digalakan mendapat maklumat tersebut daripada pembacaan umum atau
media-media.
Ini kerana,
keramahan pemandu yang mampu menceritakan sejarah sesuatu lokasi atau
perkembangan negara boleh menarik minat pelancung untuk terus berkunjung ke
sini.
Ada pemandu
yang gagal memberikan respon terhadap pertanyaan yang dikemukakan oleh
pelancung bagi mendapatkan maklumat terhadap lokasi yang mereka lawati sama ada
perkara-perkara menarik sepanjang perjalanan mahupun terhadap destinasi sebenar
yang ingin mereka tuju.
Meskipun, di
tempat lawatan tersedia unit info dan pemandu pelancong, namun keramahan
pengtahuan pemandu terbabit akan bertindak sebagai pemangkin yang menggerak
minat pelancung lebih mendalam terhadap negara ini.
Pengalaman
saya ketika menaiki sebuah teksi meronda-ronda
di sebuah bandaraya pelancungan terkenal di negara ini menjadi hambar apabila
setiap pertanyaaan saya terhdap benda-benda menarik sepanjang perjalanan hanya
di jawab sebagai: "saya kurang pasti encik".
Dengan
membayangkan saya orang luar (dari negara lain), saya dapati kemesraan
pengetahuan pemandu teksi berkenaan amat lemah dan turut melemahkan saya untuk
meninjau lebih jauh terhadap persekitaran di situ.
Jagindas: saya
teringat pada sekitar tahun 70an, sedang leka mendengar keramahan pemandu teksi
yang membawa saya dan tiga penumpang lain ke Kuala Lumpur, sampai di satu
selekoh tiba-tiba stering kereta tercabut! huh, kelam kabut jadinya.
Alhamdulillah, Allah menyelamatkan kami semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.