Ahad, 18 November 2012

HATI-HATILAH MENIKAHI JANDA


Kalau Setakat Nafsu Saja Yang Kuat....

BIARLAH Pas menyelesaikan muktamarnya, barangkali hari ini tamatlah. Sudah tentu pelbagai resolusi dan solusi yang bakal dipaterikan. Dan yang paling menarik tentunya isu-isu yang berkaitan dengan pilihanraya. Apa-apa pun penulis hendak tunggu hingga selesai dulu, mungkin malam ini atau esok barulah penulis hendak mengulasnya. Itupun kalau dirasakan menarik dan tertarik.
            Membaca akhbar Berita Harian hari ini, dalam slot Dunia/D8/Ahad/18Nov/  memaparkan tajuk:'KONTRAKTOR KERAT TUBUH ISTERI 4 BAHAGIAN'. Kisah ini berlaku di di Mesir (Kaherah) dimana sang suami naik berang lalu mengerat tubuh isterinya kepada 4 bahagian.
            Kontraktor terbabit yang mengahwini mangsa (sebelum ini janda) hilang sabar apabila isterinya itu kerap kali memperlekehkan kemampuan batinnya apbila di ranjang. Tambah menyakitkan hati si suami apabila mangsa mengungkit-ungkit membandingkan prestasi dan aksi bekas lelakinya terdahulu lebih ampuh lagi mengembirakan.
            Berbanding dengan masalah kontraktor berkenaan, kalau pembaca masih ingat, sebelum ini penulis ada memaparkan kisah kehebatan seorang lelaki tua berusia 96 tahun dan isterinya 60 tahun klik di sini
            Penulis juga teringat syarat lawak orang jawa rakan penulis (sayarat WBK) jika sesorang lelaki mahu berkahwin. Katanya, (Sebut dalam loghat Jawa): pertama WARAS - wajib ada kemampuan berfikir yang normal;  Kedua - BERAS - yakni wajib pula berkemampuan zahir untuk menangung anak isteri; manakala yang keempat pula - KERAS - yakni wajiblah mempunyai kemampuan batin yang ampuh.
            Dalam sebulan dua ini musim orang kahwin. Selamat pengantin baru...Kepada yang tidak dapat penulis hadiri majlis tersebut, penulis kirimkan lagu ini  klik di sini. Maklumlah banyak sangat, tak terkejo yop!


Jagindas: Sebelum mengahwini janda, kena selidik dulu profail dia antara lain sebab-sebab di ceraikan termasuklah sejarah kehidupan seksnya. Lepas tu cermin-cerminlah diri. Jangan main ngap saja!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.