Ahad, 18 November 2012

MANGSA RELA KEMAHKAMAH


Rakaman Gambar AES Meragukan

Pukul dua belas tengahari tadi penulis menghadiri kenduri tahlil seorang jiran penulis. Sambil-sambil menunggu tok imam datang untuk membaca doa, sempatlah penulis bersembang dengan rakan-rakan. Waktu-waktu cuti persekolah ini sesiapa yang berhajat hennak buat kenduri doa selamat kena booking tok imam sebab orang kenduri kahwin pun memerlukan dia juga.
            Maklum, kerja-kerja membaca doa ini bukan semua yang tahu (hafal) manakala yang tahu pulak tidak berapa minat nak buat kerja-kerja tersebut. Tak tahulah pulak kenapa? Segan kut!
            Dalam sembang-sembang itu seorang rakan membangkitkan isu kamera AES. Lagi-lagi AES! Penulis dah naik jelak dah. Tetapi, isu rakan penulis ini agak menarik juga untuk dikongsikan bersama.
            Katanya, dua minggu lepas dia kena saman dek kamera AES di Jalan Pasir Putih, Ipoh. Dalam seminggu dia sudah dapat surat saman tersebut. Pantas dan cekap. Seperti yang pembaca maklum, saman tersebut hanya boleh di bayar di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) dan dendanya adalah mandatori RM300.00
            Rakan penulis itu kata dia tidak mahu membayar saman tersebut dan bersedia ke mahkamah pada bulan Januari depan. Tindakannya itu menyebabkan penulis berminat untuk bertanya mengapa dia sanggup ke mahkamah? Bayar sahaja, kan senang!
            Menurutnya, beliau tidak puas hati dengan rakaman gambar yang diberikan. Dalam gambar itu hanya nampak secara close-up punggung keretanya yang memaparkan nombor plat.
            "Tidak jelas di kawasan mana kita melakukan kesalahan. Dalam kotak kuning antara dua lampu trafik itu, yang mana satu yang dimaksudkan kita melanggar lampu merah. Kalau semasa masuk kotak kuning ketika itu lampu kuning dan sebaik sahaja melepasinya baru lampu merah, apakah ini salah. Sebab, merah sahaja yang perlu berhenti.
            "Kalau kuning terus berhenti, ini boleh mengundang celaka daripada kereta di belakang. Berbeza dengan kamera polis, kita nampak jelas kedudukan kereta dan lampu. Lagipun, kalau gambar close-up macam itu, di tempat parking pun boleh snap," katanya.
            Justeru, katanya kalau kerajan susah sangat nak dengar keluhan rakyat, biar dia terangkan nanti di mahkamah.


Jagindas: Macam tu pulak...! Sebelum ini pihak berkenaan tidak buat ujikaji ke? Untuk hiburkan hati yang kena saman klik di sini



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.