TAN SERI MUSA HASSAN |
Akan Terus Dedah Demi Rakyat
ENTAH mengapa, cerita Mantan Ketua Polis
Negara, Tan Seri Musa Hasan, dalam sehari dua ini agak menarik minat penulis
untuk mengikutinya. Semalam, Musa mendedahkan masalah campur tangan menteri
dalam urusan tindakan polis. Dan, hari ini pula beliau bertegas menyatakan pendiriannya
akan terus mengabarkan perkara yang benar kepada rakyat tanpa memihak kepada
mana-mana parti politik. di sini
Penulis
ucapkan syabas kepada Musa dan berharap beliau berdiri terus dengan 'stand'nya seperti itu. Malah, kalau
boleh mana-mana pegawai kanan kerajaan yang bersara juga sewajarnya bersikap
demikian. Mereka tidak perlu menyebelahai mana-mana parti tetapi jangan pula
bercakap kerana mahu memberi kredit kepada sesuatu parti. Jujur dan nyatakan
yang benar serta berfakta. Biar rakyat yang fikir.
Ini
kerana, meskipun sudah pencen, tetapi tugas mereka secara peribadi dan sebagai
anak Malaysia seharusnya tidak terhenti di situ sahaja atau terus menjadi kerbau
yang di cucuk hidung oleh satu-satu pihak yang berkepentingan.
Biasanya,
kalau bertindak jujur, percakapan orang-orang kanan seperti Musa ini adalah
yang sebenarnya berlaku yang mana ketika bertugas dahulu, terlalu banyak sebab
mursabab yang menutup mulut mereka. Bukan bersalahan tetapi negara juga perlu
mengawalnya ketika itu demi keamanan dan keselamatan sejagat. Namun, yang Musa
geram mungkin hal-hal yang besar yang tidak sepatutnya disanggah oleh pihak
atasan.
Polis
Diraja Malaysia (PDRM) juga macam Datuk Seri Hishamuddin, yang berminat pandang
isu yang besar-besar saja tetapi dalam konteks yang berbeza. Semalam, Hishamuddin
berkata isu yang didedahkan Musa itu remeh atau kecil sahaja sedangkan dia
(katanya dalam BN) lebih melihat isu-isu yang besar sahaja! eeerrrmmm..!
Tan
Seri Musa, kalau kita hendak paparkan apa yang orang ramai kata tentang polis
memang banyak pro dan kontranya. Tapi apa gunanya. Bukan yang di atas itu tidak
tahu. Cuma, bila kita ketengahkan nanti, cara mudah mereka mematahkan lidah
adalah dengan berkata: mana buktinya?
Sila tunjuk bukti, kita sedia ambil tindakan tanpa kompromi! Hah, itulah
dia..bunyi pun!
Jadi,
apa yang rakyat buat adalah: ada mata tengok, ada telinga dengar, ada mulut
tutup! Secara kebetulan bercakap tentang polis, hakikatnya bahagian
penguatkuasa yang lain-lain pun sama sahaja...agaknya!
Jagindas: Buatlah,
buatlah, buatlah..... tak tahu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.