Jumaat, 30 November 2012

MUSA KECIWA BERHATI HIBA


Menteri Bantah Tindakan Polis

HISHAMUDIN (kiri), MUSA (kanan)
MANTAN Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hasan, mendedahkan menteri dan orang politik kerap mengganggu tugasnya sehingga menysusahkan beliau untuk mengambil banyak tindakan terhadap beberapa kes jenayah tertentu.
            Katanya, tindakan mereka itu adakala melangkaui tugasnya sebagai KPN menyebabkan berlakunya arahan bertindih sekali gus banyak agenda polis yang terpaksa dibatalkan. Pendedahan lanjut di sini
            Serentak itu juga, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin, menafikan dakwaan Musa itu sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai cubaan untuk mengalihan khalayak daripada Persidangan Agung Umno (PAU) yang sedang berlangsung sekarang.
            Hisahmuddin juga mendakwa, Musa telah digunakan oleh pihak tertentu untuk memburukan reputasi kerajaan berikutan apa yang didakwa Musa itu telah beliau jelaskan di dewan rakyat.
            Sementara, Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal pula menyifatkan Musa sebagai orang 'kelemasan' yang rela berpaut dengan apa sahaja walaupun seranting dahan hanyut. Berita lanjut  di sini
            Penulis tertarik dengan sebaris jawapan Hisham: “Dalam BN kita nak lihat isu besar,” kata Hishamuddin. Bagi penulis ini adalah contoh jawapan sombong. Hishamudin lupakah api tidak bermula dengan marakan besar? Itu sebab pepatah mengatakan: api bila kecil jadi kawan kalau sudah besar (marak) menjadi lawan! Ingat, merendah diri itu termasuk lidah kita!
            Oleh kerana selalu sahaja memandang isu yang besar-besar dan mengetepikan isu kecil-kecil makanya banyak benda dalam negara ini yang nampak macam tidak terkawal. Perkara ini berlaku dalam sudut politik, sosial dan ekonomi.
            Secara peribadi, saya memang keciwa dengan jawapan Hishamudin itu kerana memang selama ini rakyat jelas melihat kelemahan kerajaan dalam membendung, mengawal dan mengatasi pelbagai perkara. Sehingga ada pihak yang naik tocang sekarang. BUkan sahaja rakyat, malah orang luar (pendatang luar) juga sudah berani naik tocang!
            Penulis percaya, Musa berniat baik ketika mendedahkan perkara itu cuma secara kebetulan atau memang sidang akhbar itu dirancang oleh pihak Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) bersamaan dengan PAU ketika ini. MyWatch adalah petubuhan NGO yang antara lain berkeras mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM.
            Untuk pengetahuan Hishamuddin, kalaulah kata Musa itu tidak betul, tidaklah kegiatan judi haram berleluasa di negara ini bagaikan polis kita tidak ada mata dan telinga. Namun, apakan daya jika setiap tindakan ada sahaja 'excuse' yang terpaksa dipatuhi! Sebagai contoh, tidakkah berasa pelik jika sebuah kedai judi di serbu pada sebelah pagi namun pada sebelah petangnya beroperasi semula seperti biasa?
            Barangkali, kes-kes seperti inilah antara yang mahu dibelasah oleh Musa ketika beliau menerajui KPN tetapi hasratnya itu di tekan sehingga membuatkan beliau fed-up dan lebih rela bersara.        
            Umno, kerajaan dan agensi kerajaan janga ningat orang lain tidak tahu menahu. Cuma ada kes-kesnya tidak dapat hendak dibukti secara hitam putih namun begitu telah ada pihak yang sanggup bersusah payah menyediakan bukti-bukti untuk dicabar di media-media mahupun di mahkamah.
            Dan, bagi mereka yang sentiasa memendam geram tak lepas, mereka akan menghempaskan geram tersebut di meja undi! Justeru, ingatan kepada pemimpin dan kerajaan "JANGAN PANDANG ISU BESAR SAHAJA".  Isu kecil jika ia berlaku laksana api dalam sekam atau bara di tanah gambut, bomba pun banyak yang terperangkap dibuatnya!
            Sesunguhnya, pendedahan Musa itu telah banyak menjawab pelbagai perkara yangberlaku dalam negera sebelum dan ketika ini.
           

Jagindas: Benci tapi rindu  

((nak dengar lagu? klik di sini))



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.