DS Najib... Menteri Kewangan yang
juga Perdana Menteri Malaysia.
|
Dan, Apakan Jadi Jika
Kawasan Bandar Sama Luas dengan Luar Bandar?
SEBELUM
pilihanraya umum ke 13 (PRU13), bukan main lantang lagi pelbagai pihak
menghentam kerajaan Pulau Pinang yang didakwa sengaja meninggikan harga rumah
sehingga mengabaikan kepentingan rakyat marhaen. kononnya kerajaan Lim Guan eng
(LGE) mahu mengusir orang miskin dari PulauMutiara itu. Bila sebut miskin,
tentulah majoritinya Melayu!
Hari ini pula, sibuk sana sana
mempertikaikan 'maksud harga rumah mampu milik' di bandar-bandar yang
disebut-sebut sebelum ini dalam kempen pilihanraya sebagai rumah mampu milik
tetapi sekarang diungkit-ungkit pula sebagai rumah yang sukar mampu dimiliki
oleh bumiputera di bandar. Maksudnya, orang Melayulah tu..
Semua pihak pula termasuk yang dahulunya
mengecam LGE kini berteriak mahukan kerajaan berbuat sesuatu terhadap harga
rumah dibandar-bandar sekarang. Jika tidak menurut mereka alamat akan
tersingkirlah dengan sendirinya orang melayu di bandar dan pinggir bandar. Lebih
tepatnya akan hilang Melayu di situ. Maka jadilah, bandar milik bukan Melayu.!
Hati penulis kuat mengatakan bahawa
orang-orang kuat yang 'mentadbir' ekonomi Cina di negara ini memang
mengsengajakan proses itu berlaku. Inilah satu-satunya cara berkesan untuk
menguasai sesuatu penempatan seterusnya menguasai politik setempat di situ.
Nampak jelas apa seterusnya kan?
Kalau bab bercakap, orang melayu
memang bijak dan handal. Tetapi apakah dia memang faham secara luaran dan
dalaman benda yang dicakapkannya itu tidaklah dapat dipastikan. Yang pasti, kalau
dahulu sibuk-sibuk kutuk LGE (bab rumah) yang katanya menganiaya rakyat marhaen
terutama melayu, tetapi kini meraung-raung pula mahu kerajaan mengkaji semula
maksud harga rumah mampu milik itu!
Mampu milik apa ke bendanya kalau
harga sesebuah rumah mencecah 200k ke atas? Takkan lah semua gaji nak serahkan
semua untuk bayar sewa beli rumah semata-mata! Pada masa sama pula sibuk
menyuruh anak-anak muda berumah tangga. Nak makan apa? Nak duduk di mana? Anak
bini tak payah berkain baju dan bersekolah ke? Nah..., sekarang baru nak
nampak, ye!
Penulis dah nampak lama dah. Mac
lalu penulis pernah ulas secara kasar bab penempatan melayu di bandar dan luar
bandar serta nasib politik orang melayu di situ (tak kiralah Pas mahupn Umno).
Sila baca di sini dan juga di sini.
Lama kelamaan, melayu bukan sahaja
kehilangan asetnya sendiri di negaranya sendiri, bahkan juga akan turut
menyusut populasinya kerana berikutan masalah itu juga memberi kesan kepada
kehidupan berkeluarga generasi baru dan seterusnya! Jelaskan?
Jagindas: Ibarat pakai kain
singkat, tutup di bawah di atas terdedah, tutup di atas di bawah pula
terdedah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.