Cantik Tapi Menyusah- kan
KEBETULAN,
akhbar Utusan Malaysia hari ini memaparkan satu kenyataan daripada Bank Negara
(BNM) mengenai pengurangan pencetakan wang polimer Rm1 dan Rm5 secara
berperingkat (baca di sini).
Sejak beberapa minggu lalu memang
penulis ada bercadang untuk menulis masalah berkaitan wang baru kita yang
dikeluarkan pada tahun 2012 iaitu wang polimer RM1, RM5, syiling 20 sen dan 50
sen. Manakala syiling 10 dan 5 sen setakat ini tidak ada masalah.
Golongan peniaga paling tak suka dengan
wang baru tersebut. Wang kertas dikatakan mudah melekat sesama sendiri manakala
syiling 20 dan 50 sen sukar untuk dibezakan terutama pada waktu malam dan di
pasar-pasar malam.
Ramai juruwang kata akaun mereka
sering 'short' bila menutup akuan
diakhir waktu berniaga. Dan antara sebab utamanya adalah kekeliruan
mengembalikan wang syiling 20 sen dan 50 sen manakala wang kertas seringgit
sering melekat.
"Bila pelanggan terima kurang
dia akan komplen dan kita akan bayar. Tapi bila mereka terima lebih, pelangan
diam saja dan gaji kami sebagai juruwang akan dipotong", rungut seorang
juruwang.
Peniaga-peniaga di pasar dan
perniagaan yang melibatkan kerja basahan kerap menjadi mangsa. Akibatnya, bagi
mengelakkan kerugian berterusan, peniaga atau pekerja kedai terpaksa mengambil
masa lama kerana terpaksa berhati-hati ketika menerima dan mengembalikan baki
bayaran. Secara tidak langsung rupa bentuk wang baru itu melemahkan kecekapan
berkerja dan membuang masa peniaga dan pelanggan juga.
Justeru, BNM diminta untuk tidak
lagi mencetak wang baru tersebut sebaliknya kembali kepada bentuk syiling dan
wang kertas yang sedia ada sebelum ini. Jika perlu, hanya menambah beberapa
ciri keselamatan supaya ia tidak mudah dipalsukan oleh penyamun tarbus.
Selain itu beberapa mesin elektronik
pula seperti mesin bayaran letak kereta dikatakan masih tidak mengubah sistem
penerimaannya dimana mesin tersebut hanya menerima wang kertas jenis sebelum
ini.
"Saya memasukkan wang setiap
hari ke bank dan perniagaan saya banyak menerima wang satu ringgit. Sesetengah
bank mengira wang tersebut secara manual kononnya mesin mereka tidak dapat
mengira wang seringgit baru dengan tepat. Ini menyebabkan banyak masa
terbuang.." kata seorang peniaga ais kiub.
Justeru, orang ramai menyarankan
agar BNM tidak terburu-buru apabila mahu membuat sebarang perubahan atau
pembaharuan meskipun atas dasar keselamatan dan ekonomi.
Jagindas: Prinsipnya - apapun setiap perubahan hendaklah ia lebih
baik daripada yang sebelumnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.