Selasa, 2 Julai 2013

BANYAK TANYA PULAK...

Bagi Penampo Baru Tau!

SEKALI lagi kiriman daripada Koleksi Lawak Jenaka Seantero Dunia  menarik perhatian penulis untuk dijadikan renungan bersama. Senario yang berlaku antara 'penjual' telur ayam dengan pembeli sebenarnya sering berlaku di kalangan penjawat awam sama ada dalam sektor swasta mahupun kerajaan.
            Dan, hal-hal seperti itulah juga yang memburukkan sistem perkhidmatan dan penyampaian maklumat kerajaan serta agensi-agensinya sehingga membuatkan khalayak menjadi meluat.....Ramainya nampaknya bijak tetapi sebenarnya cuma buat-buat tahu padahal memang tak tahu. Pendek kata nak tujuk lawalah konon.
            Tetapi menyusahkan orang. Elemen ini wajar dipandang serius oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) jika mahukan martabat perkhidmatan awam kita mendapat tempat di hati rakyat. Berikut penulis salin kembali dialog lawak tersebut (dengan izin):
 
Kisah Penjual...

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang"



Jagindas: P Ramlee juga turut mengusik tingkah laku ini dalam filem Ahmad Albab(sekadar contoh)  - tonton di sini mulai minit ke 4.03 - 5.07

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.