Gambar Hiasan |
Itulah Penaklukan Cara Moden
MELAYU, CINA DAN INDIA Pulau
Pinang marah-marah kepada Lim Guan Eng atas macam-macam sebab. Antaranya pasal
rumah mahal, tak ada rumah untuk rakyat marhaen, projek-projek bukan hala,
rampas tanah rakyat marhaen untuk buat projek mega dan yang terbaru pula
kegahirahan Guan Eng hendak membina trowong bawah laut dan lebuhraya bertingkat
konon untuk mengatasi kesesakan lalulintas di pulau itu dan satu lagi modal
tarikan pelancong. Guan Eng nak tiru cara Tun Mahathir, tapi tak dak baca punya
orang....
Apa-apapun
rumahlah yang menjadi fokus utama. Kerana, rumah adalah keperluan asas yang
pertama dan utama. "Rumahku, syurgaku.."
Macam-macam
reaksi daripada pelbagai pihak dan sudut. Tetapi komen yang menarik adalah
itulah caranya Guan Eng mahu menidakkan orang miskin tinggal di Pulau Mutiara
itu. Bagi DAP pulau itu akan dihakkan kepada orang-orang kaya sahaja. Faham-faham
sahajalah, bila sebut miskin, siapakah yang banyak jumlah anggotanyanya?
Walaupun orang cina dan India pun ada yang miskin, tetapi orang Melayu
menduduki tempat majoriti. Bermakna, langkah Guan Eng itu adalah satu dasar
yang halus lembut dan terpimpin untuk menafikan orang melayu tinggal di Pulau
Pinang (Pulau).
Oleh
kerana Pulau Pinang itu diperintah oleh pembangkang, maka isu itu menajdi besar
dan sensitif lagi disensitifkan. Padahal, di negeri-negeri yang diperintah
Barisan Nasional (BN) pun harga rumah tidaklah semurah mana. Cumanya, kerajaan
ada menyediakan beberapa rumah murah menerusi beberapa skim dan projek
perumahan yang dilancarkan. Dimana? Di beberapa kawasan penempatan baru seperti
kampung tersusun, kampung melayu dan tanah-tanah rancangan yang dikhas untuk
projek itu. Oleh kerana Pulau Pinang di bawah Guan Eng langsung tidak
memperdulikan hal itu makanya kelihatan jelas zalimnya Guang Eng. Padahal,
dasar itu bukan sebab prihatin atau tidak tetapi begitulah caranya mengetepikan
hak orang miskin dan mengumpulkan orang kaya. Sekali gus, DAP mahu mencinakan
pulau itu seperti yang terjadi di Singapura. Ini amat jelas. Cuma, sama ada nampak
atau tidak sahaja.
Di
tempat-tempat lain (selain Pulaun Pinang) kawasan-kawasan baru yang diizinkan
oleh kerajaan negeri untuk dibangunkan sama ada sebagai bandar baru mahupun
sebagai penempatan baru terdapat dua kekurangan yang memerangkap pemerintah
pada jangka panjang nanti. Sama ada di sedari atau tidak, dua perkara utama itu
adalah: Pertama, sedikit sahaja rumah yang dibina mampu dibeli oleh
rakyat marhaen yakni yang harganya di bawah RM150,000 dan RM100,000. Selebihnya
adalah bernilai lebih RM400,000 dan ke atas dengan binaan 2 - 4 tingkat seunit
serta di bina dalam konsep taman berpengawal. Kononnya demi keselamatan
penghuni. Keadaan ini menyebabkan
teramat sedikit orang melayu yang menduduki kawasan baru bekenaan
(itupun di beberapa unit rumah teres). Dengan lain perkataan kawasan tersebut
menjadi 'tawanan' satu kaum sahaja. Yakni, bagi kawasan baru yang sepatutnya
memberi ruang kepada orang melayu memiliki aset, tidak menjadi kenyataan
apabila rumah kedai dan bangunan rumah juga dimiliki oleh orang cina manakala
peniaga melayu hanya mampu menyewa (itu pun sampai masanya tertendang juga).
Syarikat-syarikat
GLC (di mana kerajaan berkepentingan) juga terikut-ikut dengan rentak
pemaju-pemaju cina sekali gus menidakkan kepentingan melayu di kawasan yang
dibangunkan. Semuanya ini berlaku disebabkan masing-masing mengejar keuntungan
berganda tanpa menilik kehadapan apa akan jadi kepada masa depan aset orang-orang
melayu secara global. Sebagai contoh, seorang taukeh cina telah membeli sekaligus
50 unit rumah di sebuah kawasan perumahan baru yang bernilai lebih RM400,000
seunit. Mampukan orang melayu berbuat begitu. Orang-orang kaya melayu pula
tidak berhajat melabur sedemikian. Sekali lagi menyebabkan melayu kehilangan
aset di sesuatu kawasan pembangunan baru.
Inilah
taktik yang digunakan oleh koperat-koperat cina untuk memastikan tanah dan aset
di negara ini dipindahmilik kepada mereka secara terancang, halus dan penuh terhormat.
Barangkali ada dendam yang mendidik mereka iaitu belajar daripada cara kerajaan
menempatkan orang melyu di kawasan felda dan felcra.
Jika
diteliti dengan mendalam, penerokaan bandar dan penempatan baru menerusi
pelaburan ekonomi ini akan memberikan akibat yang amat malang kepada orang
melayu pada jangka pajang paling tidak pun 50 tahun akan datang. Kerana, apa
yang berlaku dari masa ke semasa adalah pemilikan aset melayu kalau tidak pun semakin
menurun ianya adalah pada kedudukan statik manakala pemilikan aset bukan melayu
semakin bertambah dan mencapah.
Keadaan
aset melayu semakin lemah apabila ramai daripada mereka yang begitu gemar
menikmati 'kekayaan segera' setelah begitu lama mengidamkan untuk menajdi
jutawan. Masalah tanah-tanah dan premis-premis pusaka yang sukar untuk
diselesaikan termasuk perbalahan sesama adik beradik juga memudahkan aset-aset
melayu bertukar tangan kepada pihak bukan melayu dengan tawaran yang amat
menarik. Tidakkah itu memungkinkan aset melayu kian pupus 50 tahun akan datang?
Berdasarkan
beberapa peristiwa di dunia hari ini, apabila melayu semakin kecil pemilikan
asetnya di tanah air sendiri bererti kedudukan ekonomi orang melayu juga
semakin menyusut atau hanya bertahan sekadar boleh hidup. Dan, sekiranya ini
menjadi realiti, sudah tentulah ia akan memberikan pengaruh besar terhadap
politik tanah air. Dengan sikap orang melayu yang terus bercakaran sesama
sendiri, pada ketika itu masih mampukan Umno dan BN mempertahan-kan kuasa
melayu sebagai pemerintah negara ini?
Kedua,
pemaju-pemaju juga tidak sensitif menyediakan kawasan khas untuk sekolah
(menengah dan rendah). Keadaan ini bertambah buruk apabila bahagian unit
pembangunan negeri dan agensi-agensi berkaitan tidak sensitif dengan
perkembangan populasi untuk setiap lima tahun dan akhirnya sekolah-sekolah
sedia ada menjadi sesak serta memberikan banyak masalah. Ketika itu, sekali
lagi kerajaan akan dipersalahkan dan ketika itulah kerajaan pula akan pening
kepala kerana tiada lagi kawasan untuk didirikan sekolah sedangkan kawasan
tersebut sudah wajib mendapat satu atau dua buah sekolah.
Kesediaan
kerajaan mewujudkan lebih banyak sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil pula
mendorong pemaju menyediakan tempat untuk sekolah-sekolah berkenaan sedangkan
pada masa sama populasi melayu juga bertambah. Dalam erti kata lain ada
tanda-tanda (jika tidak dikawal dengan kesedaran) penempatan sekolah melayu akan
terabai. Akhirnya nanti, sekolah melayu akan mengalami kesesakan melampau
manakala sekolah-sekolah jenis kebangsaan semakin selesa.
Saya
tidak pasti sama benda-benda seperti ada dalam pemikiran orang melayu khususnya
Umno terutama di peringkat akar umbi! Yang jelas kelihatan, masing mengejar
kekayaan semasa. Boleh, dan digalakkan tetapi masa depan global masyarakat
melayu perlu menjadi agenda keras pemimpin politik melayu tak kiralah sama ada
anda Umno, Pas mahu pun apa sahaja jika benar kuasa melayu dan pemartabatan
agama Islam itu mahu dikekalkan sampai kiamat!
Penulis
katakan dua perkara ini kerana ini adalah terasnya. Sebenarnya banyak lagi
unsur-unsur yang mampu menggoncang kedudukan orang melayu di bumi Malaysia ini.
Namun, sama ada kita menerima atau tidak, inilah antara taktik penaklukan dan pelupusan
cara baru iaitu menerusi pemukalan ekonomi, aset dan minda.... SELAMAT BERKEMPEN
DAN MENGUNDI!
Jagindas: Umpama bius yang bertindak
menidurkan pesakit secara perlahan-lahan dan jika terlebih dos, akhir pesakit
akan mati dalam tidurnya..! Innalillahiwainnalillahiroji'unnnnn...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.