Sabtu, 28 September 2013

ANDA PEMBAWA KEPUTUSAN AKAR UMBI BUKAN PERIBADI

Nasihat Buat Perwakilan Umno 2013
Pilihan dan  "setting" gambar juga memberi pelbagai makna
SESEORANG PERWAKILAN itu dilantik oleh ahli mesyuarat bagi mewakili mereka untuk ke satu majlis yang lebih besar. Sekali gus, perwakilan telah secara otomatik diberikan kuasa bercakap atau bertindak (sopan) mewakili akar umbinya. Secara dasarnya juga, apa-apa yang diputuskan oleh perwakilan itu, adalah juga keputusan diperingkat akar umbi. Bermakna juga, bagi satu-satu unit, jika perwakilannya melebihi dari seorang, maka mereka sewajarnya bersatu hati dalam menetapkan keputusan. Mereka tidak lagi boleh bersifat majoriti tetapi bulat satu hati dengan satu keputusan yang serupa.
            Harus diingat bahawa setiap perwakilan bertanggungjawab melaksanakan amanah daripada suara majoriti akar umbinya. Jika mereka tidak bersatu, bererti perwakilan itu telah melakukan pecah amanah terhadap kuasa yang diberikan. Apatah lagi kalau kesemua perwakilan itu langsung tidak menerima suara atau kehendak majoriti akar umbinya, tentulah amat tidak amanahlah perwakilan tersebut. Percayalah, jika keadaan ini berlaku dan terus berlaku, huru haralah yang menanti dihujungnya.
            Justeru, perwakilan harus tidak menyalah gunakan istilah kuasanya itu sehingga mendorong dia membuat keputusan bersendiri. Makanya, perwakilan yang dilantik sewajarnya turun ke bawah mendapatkan pandangan pelbagai daripada akar umbi terhadap siapa-siapa yang dia harus pilih ketika membuat pilihan nanti. Begitu juga, perwakilan juga harus menyampaikan apa-apa yang mahu akar umbi sampaikan ke pihak atasan.
            'Persidang parlimen tidak berpelembagaan' di peringkat akar umbi adakalanya lebih bernas dan telus. Inilah yang disebutkan oleh ramai pemimpin bahawa setiap pemimpin masyarakat harus mendengar majoriti pandangan, keluhan, rintihan dan kehendak rakyat terutama golongan marhaen.
            Sayangnya, sejak bertahun-tahun lalu, apa yang berlaku perwakilan yang dipilih tidak mengambilkira prinsip tersebut sebaliknya lebih gemar turun naik ke atas bertemu 'seseorang' di sana-sini seterusnya membuat keputusan sendiri. Dan, dalam banyak hal, keputusan yang dibuat adalah tidak selarai dengan kehendak majoriti diperingkat akar umbi. Ini berlaku barangkali disebabkan di situ jugalah "janji-janji dan upti" telah memerangkap perwakilan-perwakilan tersebut.
            Mengambil contoh, dalam merebut kerusi naib presiden umno Malaysia, enam calon mencuba nasib termasuk tiga penyandang. Keghairahan pendedahan yang dibuat oleh media masa dan media maya seharusnya tidak dijadikan kayu pengukur. Barangkali ia boleh dijadikan titik asas pemikiran tetapi bukan alasan untuk membulatkan keputusan. Karangan media juga harus dibaca dengan teliti kerana ada yang bersifat terus dan telus tetapi tidak kurang juga yang bersifat retorik, metafora dan usikan minda.
            Seseorang perwakilan itu tidak perlu cekap orangnya, nanti lain pula digunakan kecekapannya itu. Sebaliknya mereka (perwakilan) itu sewajarnya cerdik, bijaksana serta berintegriti.



jagindas:  Jangansampai  " ayam terlepas tangan bau tahi!", sudahlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.