Sabtu, 11 Oktober 2014

TAHNIAH NAJIB! BAJET 2015 BERMANFAAT

Rakyat Mahu Harga Bahan Makanan Murah

SECARA keseluruhannya, kandungan pembentangan bajet 2015 yang dibentangkan oleh perdana menteri pada jumaat (10/10/14) menepati inspirasi rakyat. Dengan kata lain, apa yang disumpahkan Najib setelah mendapat mandat memimpin negara, dengan sedaya upaya beliau cuba melaksanakannya. Tiada yang tertinggal. Segenap sudut dan lapisan mendapat nikmatnya. Cumanya, ramai rakyat negara ini yang tidak bersyukur dan bertambah malang menyalahgunakan kebaikan negara sehingga sanggup menyusahkan negara pula. Misalnya, menyalahgunakan tujuan asal pemberian subsidi, korupsi dan sebagainya.
Beberapa veteran (rakyat) yang ditemui selepas Najib selesai membentangkan bajet merumuskan sebagai berikut:

1.      Masih ramai yang tolol mengenai GST malah para peniaga terutama peniaga runcit di luar bandar jelas keliru mengenainya meski seberan di media sudah cukup jelas menyatakannya. Rata-rata mereka tetap mengatakan harga barangan keperluan tetap naik mulai Mei tahun depan bahkan mereka mendaka kenaikannya lebih berganda dan drastik berbanding sebelum GST. Sedang, kita cuma ada kurang lebih lima bukan saja lagi sebelum sampai ke tarikh pelaksanaan sepenuhnya GST itu.
2.      Tidak kiralah apa saja dasar percukaian yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan, rakyat marhaen berpendapat malah menuntut sama sekali bahawa kerajaan perlu memastikan harga barangan keperluan harian terutama yang berkaitan dengan makan tetap sentiasa murah. Makna kata, kerajaan wajar meninggikan dan meluaskan lagi subsidi terhadapan barangan tersebut bagi memastikan seluruh rakyat mudah mendapatkan bahan makanan sama ada bahan mentah mahupun yang sudah siap-sedia. Harga makanan yang murah turut menjamin seluruh rakyat sentiasa mendapat keperluan asas yang cukup, menjamin tahap kesihatan (keseimbangan makanan) yang mapan sekaligus mendorong kepada galakan produktiviti bilamana kesejahteraan (sihat) rakyat terjamin. Langkah itu juga dapat membantu rakyat untuk lebih menabung bilamana kos ‘keperluan makanan’ menjadi murah.
3.      Bagi mereka, rakyat tidak begitu runsing dengan kenaikan harga bahan api. Malah, jika kerajaan dapat memperbaiki serta menaiktaraf sistem pengangkutan awam sama ada di bandar dan luar bandar, itu lebih bermanfaat dan terpuji. Sebagai rakyat yang berada dalam negara yang sedang membangun, perkara utama yang penting adalah setiap rakyat wajar mendapat keperluan asas khususnya bahan makanan yang cukup lagi berkhasiat. Dan, ini hanya akan dapat dicapai jika kerajaan bersedia memastikan harga bahan tersebut di paras yang rendah. Mampu dalam ertikata mampu dibeli oleh sebuah keluarga yang hanya berpendapatan bawah RM2,000 (berdasarkan suasana hari ini) – sedangkan peratusan penduduk yang berpendapatan demikian adalah golongan majoriti di negara ini lebih-lebih lagi melayu. Bagaimana pula jika mereka tinggal di bandar? Dengan sewa rumah dan kos pelbagai yang tinggi termasuk persekolahan anak-anak, apakah mampu mereka memberikan ahli keluarganya mekanan yang cukup dan berkhasiat?


Justeru, itulah sebenarnya yang amat-amat dikehendaki rakyat marhaen menerusi apa sahaja bajet yang dibentang sejak dulu, kini dan selamanya. Saya setuju dengan pandangan dan usul mereka itu. Jika ini dapat dipraktikan, saya percaya akan ramai pemuda yang lebih berani untuk berumah tangga. Dan, bila mana itu berlaku tentunya keluarga-keluarga baru ini juga lebih berani untuk memiliki ramai anak. Bukan itu amat baik untuk negara terutama selepas tahun 2020 nanti?

Jagindas: mahu tambah satu lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.