Ahad, 12 Oktober 2014

PTPTN: PEMINJAM KIAN GUSAR


Kerja Tak Ada Nak Bayar Dengan Apa?

MENTERI berkenaan sudah mula bising kembali apabila sejumlah besar  peminjam PTPTN masih belum membuat sebarang pembayaran semula walau sesen pun setelah mereka terbabit tamat belajar. Khabarnya berbilion ringgit terbeku begitu sahaja.
Bagi yang sudah bekerja dengan pendapatan bawah RM1,000 sebulan tentulah tidak mampu membayar berdasarkan jadual pembayaran yang ditetapkan oleh PTPTN. Apatah lagi jika mereka berada di bandar. Demikian juga yang berpendapatan bawah RM2,000. Tiada bezanya. Sewa bilik (jika bujang) paling tidak RM300 sebulan – belum kira bil eletrik, air, kos pengangkutan dan keperluan hayat seharian iaitu makan minum dan pakaian.
           Bagi yang mak bapaknya dalam status berada, barangkali mereka ini agak tenang sedikit. Setelah menolak pelbagai kos utama, barangkali mampulah mereka membayar dalam lingkungan RM150 – 200 sebulan.
          Jika pihak berkenaan mewajibkan juga bayaran ikut jadual, maka golongan ini nampaknya akan terus berada dalam status miskin untuk jangka panjang. Memiliki rumah sendiri, berumah tangga dan memiliki kereta hanya tinggal mimpi.
Ok lah tu. Sekurang-kurangnya mereka sudah berkerja. Paling tidak bab makan minum dan pakaian tidak lagi menyusahkan keluarga. Bagaimana yang masih menganggur? Bagaimana yang masih berkerja sekejap di sana dan sekejap di sini? Bunyinya macam sudah bekerja tetapi gajinya tak sampaipun RM900 sebulan. Gaji minima? Kalau kompeni kecil mana larat dia nak bayar gaji setaraf itu....
           Saya faham, bukan mereka tak nak bayar tetapi mereka masih belum ada jaminan hidup! Betul, jasa kerajaan (pinjaman PTPTN) telah menyebabkan mereka sehingga dapat menggenggam sijil, diploma mahupun ijazah. Dan selepas itu tentulah mereka perlukan kerja tetap dan setara bagi membolehkan mereka membayar pinjaman tersebut.
Pada masa sama ada pihak yang menggalakkan orang muda segera mengambil peluang untuk membeli rumah menerusi skim-skim yang dibuat kerajaan. Yalah tu....
             Apa boleh buat...buakn salah ibu mengandung... Apapun, bagi yang sudah bekerja tetap dan memperoleh pendapatan yang agak stabil, cuba-cubalah belajar membayar. Kalau tak mampu RM300 sebulan, barangkali RM100 bulan kan? Yang penting kita ada usaha untuk mengingati jasa orang lain.
             Namun, bagi yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, berjumpalah pihak yang bertanggungjawab. Luahkanlah apa yang terbuku....

Jagindas: Hanya mampu kesian...Belumpun berkerja sudah menanggung hutang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.