sapa ni? |
Jaminan Kerajaan Hanya Gurauan
MENTERI Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan
Malek, berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga barang keperluan tidak
akan naik berikutan kenaikan harga bahan api petrol dan diesel baru-baru ini.
Rakyat lega dengan jaminan itu khususnya rakyat marhaen di seluruh negara.
Padi tadi pula, ketika
penulis membeli barang-barang keperluan di sebuah kedai runcit bertaraf harga
patut di satu pekan di Batu Gajah, peniaga tersebut memaklumkan bahawa mulai
bulan beberapa barangan keperluan akan naik sehingga ada yang mencecah RM1.00
berbanding dengan harga biasa. Makna kata, kalau dulu sepeket barang A berharga
RM9.00, mulai bulan depan harganya adalah RM10.00
Mereka yang berniaga
makanan seperti peniaga kecil burger , peniaga kueh-mueh dan gerai-gerai
makanan tentunya serba salah sama ada akan menaikan harga makanan (masakan)
atau mengurangkan keuntungan dengan mengekalkan harga lama.
Kalau nak dinaikan, berapa
pula? Kalau nak dikekalkan, apakah peniaga mampu mengekalkan rasa masakan atau
saiznya.
Dan, sudah tentu apa
sahaja dalam keadaan itu, ia pastinya akan mengurangkan jumlah pelanggan. Dari
segi peribadi atau keluarga ia sesuatu yang bagus kerana jika penduduk
mengurangkan sikap makan di luar - jimat dan ekonomik. Namun, bagaimana pula
nasib peniaga?
Bukan sahaja jumlah
pelanggan akan berkurang , tidak mustahil juga jumlah peniaga juga akan turut
berkurangan (atau gulung tikar) berikutan tidak mampu berhadapan dengan kos penyediaan
yang semakin meningkat di samping sukar untuk mendapatkan margin keuntungan
yang selesa. Peniaga melayu, sudah pasti menjadi mangsa teramai.
Justeru, menteri atau
kerajaan tidak terburu-buru mengungkapkan kata jaminan itu dan ini padahal
realitinya ia tidak terjadi. Rakyat sudah cerdik dan peka (bukan pekak). Jangan
asyik 'menggula-gula' dengan harapan rakyat akan tenteram.
Pihak GLC juga nampaknya
turut mengenakan pelbagai caj yang dulunya tidak ada dalam bil tetapi mulai
bulan ini tiba-tiba sahaja sudah ada. Kalau kerajaan fikir dengan mengekan caj
itu dapat mengumpul dana untuk melaksanakan pelbagai janji lain seperti BR1M
dan sebagainya, itu adalah satu kesilapan yang besar. Ia sama seperti membina
'celaka' sendiri.
Apabila rakyat heboh,
kerajaan segera menafi dengan merujuk pelbagai fakta sebab mursabab. Sorry beb, rakyat bukan bodoh macam 50
tahun lalu... Rakyat diam bukan bererti redho tetapi bersiap sedia menunggu 3
atau lima tahun lagi....
jagindas: Belum
ada kapitalis yang takut dengan gertakan dan amaran kerajaan atau orang
politik...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.