Jumaat, 24 Ogos 2012

POLIMIK HUDUD (ll) - bhg. akhir:


PAS JGN JADI  SEPERTI MELUKUT!

BAGI PUAK PAS, dialah yang sepatutnya dipatuhi manakala pada DAP, sekularisme adalah perjuangan global yang menepati kehendak semua rakyat dan PAS mesti menerimanya jika mahukan kerjasama se-parti.
            Dan, sebagai penasihat PR (hehe.. kununnya), Anwar bangkit menerusi twitter dan sidang akhbarnya yang secara tegas menyokong kehendak DAP tapi dalam malu-malu turut memberi harapan kepada PAS bahawa hukum hudud masih belum sesuai dilaksanakan kerana memerlukan banyak perkara untuk dikemaskan.
            Bermakna, dengan kata lain beliau meminta PAS bersabar menyuarakan bab hudud yang kononya sampai masa nanti beliau akan bersetuju untuk dilaksanakan sambil memuji enakmen syariah yang telah digazetkan oleh kerajaan Kelantan dan Terengganu.

POLIMIK HUDUD (l)

PAS JGN JADI  SEPERTI MELUKUT!



HUKUM HUDUD yang diperjuangkan PAS yang antara lain adalah bagi merealisasikan negara Islam menerusi undang-undang sivil dan jenayah di negara ini kembali menjadi polimik politik setelah sekian lama berdiam diri.
                    Sebelum itu, saya mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada YB Nasharudin Mat Isa kerana diberikan taufik oleh Allah swt untuk menyanggah kenyataan Karpal dan seterusnya membuka mata banyak pihak.
            Terakhir beberapa tahun lalu, pengerusi DAP, pernah berkata orang PAS perlu melangkah mayatnya dahulu sebelum hukum hudud dilaksanakan di negara ini. PAS, kemudiannya mengendurkan suara setelah mendapat tempelak rakan karibnya itu khususnya bagi menghadapi lihanraya ketika itu. Namun terus makan hati berulam jantung.
            Demi kepentingan politik semasa, makanya Kelantan terus dapat dikekalkan dengan pemerintah PAS, manakala empat negeri lain (sekarang tingal tiga) berjaya disambar oleh Pakatan Rakyat (PR). Kononnya, kemenangan itu adalah disebabkan kekuatan PR dengan menafikan sebab-sebab lain meskipun lebih releven terhadap kekalahan Barisan Nasioanal (BN) ketika itu.
            Dalam blog ini, sebelum ini saya juga pernah menyarankan supaya PAS keluar dari PR - sama ada akan bergerak bersendirian atau joint sahaja UMNO atau BN. Penulis tahu, orang-orang PAS amat marah dengan cadangan itu, namun apa yang ada dalam pertimbangan penulis tentulah tidak sama dengan apa yang ada dalam pemikiran PAS.
            Dalam seminggu dua ini pula, ketiga-tiga kompenan utama PR (DAP, PKR dan PAS) sedang bercakaran mempertahankan "kepentingan" masing-masing berikutan kenyataan Karpal Singh yang sama sekali dengan kerasnya menentang pelaksanaan Hukum Hudud yang diperjuangkan PAS. Ulamak kata, DAP jelas menolak Islam!
            Bukan sahaja pemimpin PAS yang terkejut beruk dibuatnya, malah beberapa pemimpin lain termasuk dari kalangan BN sendiri pun ada yang turut melatah!  
            Anwar Ibrahim, dalam kenyataan akhbarnya semalam terus terang menyatakan kesesuaian melaksanakan hukum tersebut belum ada dan beliau menjadikan catatan keramat buku jingga sebagai mempertahankan diri.
            PAS yang turut memperjuangkan kandungan buku jingga sebelum ini bersama-sama rakan politiknya itu, tidak pernah pula mempersoalkan mengapa dasar hudud tidak disebut dalam buku jingga sedangkan buku berkenaan adalah dasar PR untuk memenangi PRU13 sekali gus menawan Putera Jaya.
            Jelaslah, antara ketiga-tiga sekawan itu masih ada yang tersembunyi dalam benak masing-masing atau dengan tepatnya kejujuran berpolitik dan membuat dasar sesama sendiri masih belum wujud.
            Kalau alasannya, ketika pembentukan buku berkenaan mereka tidak perasan, maka lagi jelaslah bahawa PAS memang cuai dalam urusan politiknya sendiri kerana terlalu bernafsu menghukum orang lain mengikut cara PAS!

[bersambung ke bahagian ll]


Jagindas: .... orang tua-tua kata telunjuk lurus kelingking berkait..

"NO BRAIN" - KATA NAZRI.


PINDAAN SYEKSEN 114A KEKAL
MOHAMED NAZRI AZIZ

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Seri Abdul Aziz, menyifatkan mereka yang membantah pindaan syeksen 114A (penyiaran media) sebagai "No Brain" atau tidak ada otak.
          "Mereka yang menentang pindaan syeksen tersebut adalah no brain. Tak ada otak. Kalau tak tahu tentang undang-undang, jangan cakap pasal undang-undang", katanya dalam satu sidang media di Kuala Kangsar, semalam.

Jagindas Kata:

Wah, wah, wah, Nazri cantiknya bahasa... Macam itu rupanya bahasa orang undang-undang yek?

Teringat saya satu cerita sejarah lama pertarungan panglima Majapahit denganLaksanama Melaka. Mengikut ceritanya, Panglima Majapahit  bernama Taming Sari. Panglima ini tidak lut selagi dia menggunakan kerisnya. Maka, Laksamana Melaka, Hang Tuah, telah mengunakan kebijaksanaannya untuk menyambar keris hikmat tersebut. Akhirnya, Panglima Majapahit mati tertikam  kerisnya sendiri oleh Datuk Hang Tuah. Dan, keris itu dipinda namanya kepada "Keris Taming Sari".

Jagindas:  setakat ini yang ada otak namanya Namewee, begitu juga Hindraf walaupun ia pertubuhan tidak berdaftar namun masih boleh bergerak dan bersuara atas nama "HINDRAF"! Tak ada siapa berani kacau beb!





SEKAT KEMASUKAN PEMUDA LAMBOK


BANYAK BERI KESAN NEGATIF TERHADAP SOSIAL DI NEGARA INI

      PEMUDA LAMBOK...Di bahagian 
      manakah yang menggilakan wanita       
      Malaysia?
"Keluarga arwah Nur Afifah Mohd Zuhari, 16, yang dilarikan lelaki warga Indonesia ke Lombok sebelum meninggal dunia pada 6 Mei lalu mendakwa diganggu penculik anaknya itu dengan menghantar pelbagai ugutan menerusi panggilan telefon dan SMS".[cerita lanjut]

CERITA di atas adalah antara beberapa peristiwa 'penculikan' anak dara mahupun wanita tempatan negara ini oleh pemuda Lambok, Indonesia. Banyak kisah seperti itu telah dipaparkan media dan boleh dikatakan semua yang terbabit dikatakan menderita apabila tinggal di Lambok.
          Oleh kerana kaedah 'perkahwinan' mereka ini diragukan kerana melibatkan aktiviti culik atau melarikan anak dara tempatan dalam keadaan di luar kawal (mungkin juga ada kaitan denganilmu hitam) maka beberapa kes telah dapat diselamatkan di mana wanita terbabit serta anak mereka telah dapat dibawa balik ke negara ini dengan usaha NGO dan agensi-agensi pihak berkuasa.
          Sepintas lalu kita boleh katakan bahawa anak gadis atau wanita tempatan yang gatal merenyam dan mabuk haiwan menggilai pemuda Lambok sehingga sanggup meninggalkan keluarga dan sebagainya semata-mata untuk mengikut kekasih Lamboknya, padahal yang hendak dikejar jauh lebih teruk deritanya berbanding kehidupan di sini.
          Namun, harus juga kita rasional dan bertimbang rasa kerana jika peristiwa tersebut berlaku di luar kesedaran atau normal pemikiran berikutan disebabkan sesuatu 'mistik' atau ilmu hitam, maka simpati serta usaha meyelamat perlu dan wajib dibuat.
          Justeru, cara atau kaedah pemuda Lambok ini di sifatkan sebagai ganas dan adakalanya tidak berperikemanusiaan, maka adalah dicadangkan supaya kerajaan Malaysia mengetatkan syarat kemasukan pemuda dari daerah berkenaan atau sama sekali mengharamkan mereka memasuki negara ini.
          Kita tidak menyimpulkan bahawa 'orang-orang' Indonesia sebagai jahat atau ganas, namun tindakan jenayah yang dilakukan oleh beberapa kerat rakyat negara itu perlu mendapat perhatian serius kerajaan dan segera berbuat sesuatu sebagai langkah pembendungan gejala tersebut sebelum ianya menjaid lebih runcing apatah lagi ia membabitkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
          Kerajaan Malaysia sewajarnya bersikap lebih tegas terhadap pendatang luar sama ada datangnya secara halal atau memasuki negara ini secara haram.
          Antara lain, satu undang-undang yang membolehkan kita mendakwa 'lelaki' terbabit mengikut undang-undang negara ini perlu diwujudkan meskipun mereka telah kembali ke nagara asalnya.
           Ini kerana, pelakuan mereka itu boleh ditafsirkan bukan sahaja melanggar bahkan juga mereka dengan sengaja telah mempersenda undang-undang negara ini.
          Langkah itu penting kerana kita tidak mahu pihak-pihak seperti NGO dan agensi-agensi terbabit membuang masa dan belanja semata-mata untuk menyelamat rakyat negara ini yang teraniaya.
          Kita ada banyak kerja lain yang memerlukan tenaga, masa dan wang ringgit bukan untuk melancong ke Lambok yang tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada negara.

Jagindas:  kalau ikut hudud, dalam kes seperti ini hukumannya macam mana?