Jumaat, 24 Ogos 2012

POLIMIK HUDUD (ll) - bhg. akhir:


PAS JGN JADI  SEPERTI MELUKUT!

BAGI PUAK PAS, dialah yang sepatutnya dipatuhi manakala pada DAP, sekularisme adalah perjuangan global yang menepati kehendak semua rakyat dan PAS mesti menerimanya jika mahukan kerjasama se-parti.
            Dan, sebagai penasihat PR (hehe.. kununnya), Anwar bangkit menerusi twitter dan sidang akhbarnya yang secara tegas menyokong kehendak DAP tapi dalam malu-malu turut memberi harapan kepada PAS bahawa hukum hudud masih belum sesuai dilaksanakan kerana memerlukan banyak perkara untuk dikemaskan.
            Bermakna, dengan kata lain beliau meminta PAS bersabar menyuarakan bab hudud yang kononya sampai masa nanti beliau akan bersetuju untuk dilaksanakan sambil memuji enakmen syariah yang telah digazetkan oleh kerajaan Kelantan dan Terengganu.


            Dengan kata lain, secara instrinsiknya, Anwar mahu PAS bersama DAP dan PKR memastikan kemenangan PR dulu dan tidak mahu menjadikan isu berkenaan sebagai penghalang kepada kejayaan beliau untuk bertakhta di Putera Jaya.
            Himpunan daripada berbagai sudut terhadap kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin PR ini, penulis sekali lagi dapat menyimpulkan bahawa kehadiran PAS dalam PR tidak ubah seperti melukut di tepi gantang.
            Ketika DAP membuat penegasan menolak hukum hudud, tidak ada bayangan kebimbangan terhadap keraguan sokongan pengundi-pengundi PAS kepada DAP dan PKR. Namun, berlainan pula apabila pemimpin PAS cuba membalas hujah tersebut, masih terselindungan kepentingan sokongan orang-orang DAP dan PKR terhadap PAS.
            Sekiranya, PAS bukan berjuang untuk menawan negara seperti yang sedang dilakukan oleh Anwar, tidak ada sebab PAS menolak untuk bersatu dengan UMNO atau BN seperti mana dulu-dulu.
            Masaalah hudud sengaja ditimbulkan oleh PAS bagi menunjukan dengan jelas (kununnya) perjuangan politik PAS dan BN amat berbeza - PAS perjuangan negara Islam manakala BN menegakan negara Kafir(!??).
            Padahal, kalau PAS menang di semua tempat dalam PRU13 nanti pun, jangan harap PAS akan memerintah negara ini. Jangan harap langsung! Kalau PAS berkehendak juga, Na'uzubillah.. tidak dapat diramalkan apa akan jadi! Apatah lagi kalau PAS hanya memenangi beberapa kerusi sahaja, maka puak-puak rakannya barangkali akan menyepak terajang PAS habis terpelanting lebai dan serban.
            Dan, kita pun faham, ketika itu PAS akan merayu supaya UMNO membantunya kerana masa itu baru dia sedar bahawa UMNO itu melayu (selain bumiputera) dan melayu itu Islam. Begitukan?
            Hari ini kita ajak dia, suatu masa nanti dia meyimpan rahsia untuk mengajak kita pula. Penulis masih berpegang kepada pertimbangan wajar yang lebih global dan berpandangan jauh, maka sekali lagi sebelum nasi menjadi bubur, sebelum yang digendong berciciran dan yang dikejar tidak dapat, penulis menyeru supaya PAS keluarlah dari PR atau joint-lah sama ada UMNO atau BN.
            Kalau kita diperbodohkan kerana tertipu, masih ada boleh diterima lagi tapi kalau sudah tahu sipenipu menipu kita, ibarat sudah terang lagi bersuluh, ini bukan lagi bodoh tapi sengaja mencari lubuk untuk terjun membunuh diri!

Jagindas: .... akhirnya akan jadilah siluncai terjun dengan labu-labunya.. 

1 ulasan:

  1. buat apa nak ambik tu pasal PAS ni, lantak dia orang la

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.