Jumaat, 24 Ogos 2012

POLIMIK HUDUD (l)

PAS JGN JADI  SEPERTI MELUKUT!



HUKUM HUDUD yang diperjuangkan PAS yang antara lain adalah bagi merealisasikan negara Islam menerusi undang-undang sivil dan jenayah di negara ini kembali menjadi polimik politik setelah sekian lama berdiam diri.
                    Sebelum itu, saya mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada YB Nasharudin Mat Isa kerana diberikan taufik oleh Allah swt untuk menyanggah kenyataan Karpal dan seterusnya membuka mata banyak pihak.
            Terakhir beberapa tahun lalu, pengerusi DAP, pernah berkata orang PAS perlu melangkah mayatnya dahulu sebelum hukum hudud dilaksanakan di negara ini. PAS, kemudiannya mengendurkan suara setelah mendapat tempelak rakan karibnya itu khususnya bagi menghadapi lihanraya ketika itu. Namun terus makan hati berulam jantung.
            Demi kepentingan politik semasa, makanya Kelantan terus dapat dikekalkan dengan pemerintah PAS, manakala empat negeri lain (sekarang tingal tiga) berjaya disambar oleh Pakatan Rakyat (PR). Kononnya, kemenangan itu adalah disebabkan kekuatan PR dengan menafikan sebab-sebab lain meskipun lebih releven terhadap kekalahan Barisan Nasioanal (BN) ketika itu.
            Dalam blog ini, sebelum ini saya juga pernah menyarankan supaya PAS keluar dari PR - sama ada akan bergerak bersendirian atau joint sahaja UMNO atau BN. Penulis tahu, orang-orang PAS amat marah dengan cadangan itu, namun apa yang ada dalam pertimbangan penulis tentulah tidak sama dengan apa yang ada dalam pemikiran PAS.
            Dalam seminggu dua ini pula, ketiga-tiga kompenan utama PR (DAP, PKR dan PAS) sedang bercakaran mempertahankan "kepentingan" masing-masing berikutan kenyataan Karpal Singh yang sama sekali dengan kerasnya menentang pelaksanaan Hukum Hudud yang diperjuangkan PAS. Ulamak kata, DAP jelas menolak Islam!
            Bukan sahaja pemimpin PAS yang terkejut beruk dibuatnya, malah beberapa pemimpin lain termasuk dari kalangan BN sendiri pun ada yang turut melatah!  
            Anwar Ibrahim, dalam kenyataan akhbarnya semalam terus terang menyatakan kesesuaian melaksanakan hukum tersebut belum ada dan beliau menjadikan catatan keramat buku jingga sebagai mempertahankan diri.
            PAS yang turut memperjuangkan kandungan buku jingga sebelum ini bersama-sama rakan politiknya itu, tidak pernah pula mempersoalkan mengapa dasar hudud tidak disebut dalam buku jingga sedangkan buku berkenaan adalah dasar PR untuk memenangi PRU13 sekali gus menawan Putera Jaya.
            Jelaslah, antara ketiga-tiga sekawan itu masih ada yang tersembunyi dalam benak masing-masing atau dengan tepatnya kejujuran berpolitik dan membuat dasar sesama sendiri masih belum wujud.
            Kalau alasannya, ketika pembentukan buku berkenaan mereka tidak perasan, maka lagi jelaslah bahawa PAS memang cuai dalam urusan politiknya sendiri kerana terlalu bernafsu menghukum orang lain mengikut cara PAS!

[bersambung ke bahagian ll]


Jagindas: .... orang tua-tua kata telunjuk lurus kelingking berkait..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.